[69]

TIGA RUANG. PILIH, MANA MAHU KAU.

i
tujuhbelas tahun terbela
makan teduh terjaga
hari hari menjadi biasa
dengan segala arah ditetap
ditunjuk mana baik mana sampah
dimarah kerana sayang
dirotan tak mahu nanti menjadi rosak
dibentang jalan biar nampak bahagia
tapi tiada tenang

ii
tujuhbelas tahun terbela
makan teduh terjaga
hari hari menjadi sia sia
dengan segala cakap bohong
meroyan menolak ditunjuk
mengerang memaki bila dimarah
hilang peduli berbirat dirotan
tak perlu dibentang sudah nampak bahagia
tapi penuh dendam

iii
tujuhbelas tahun terbela
makan teduh terjaga
hari hari menjadi basah
dengan segala air mata yang merembes
diminta tunjukkan jalan
dirasa diri selalu dimarah
ditampar sendiri biar sedar
walau berkali dibentang jalan bahagia
masih alpa
fitrah hamba
tapi belum cukup

Comments

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang