[83]

kalau orang tanya 'hari apa yang paling beruntung bagi aku?',
aku akan jawab, dua hari lepas. eh tak. hari sabtu dengan ahad lepas.

ya, dua hari tu yang paling beruntung bagi aku.
beruntung sangat sebab aku ada ikut satu program ni. program yang macam belajar cara nak berdakwah.
belajar agama lain. mungkin kalau aku bagi tau kat ibu aku, ibu aku akan macam terkejut kut. mungkin macam pelik kenapa lah pula anak dia seorang ni nak belajar pasal agama lain, belajar pasal kitab kitab mereka semua kan. kau orang, pelik tak? ok tak yah jawab.

tapi benda ni semua, sangat sangat sangat dan sangat lah membantu. serius.
kita bukan nya belajar agama atau kitab dia orang pasal nak tukar masuk agama dia orang, Nauzubillah.
tapi benda ni memantapkan iman kita sendiri juga. mendidik kita untuk yakin Islam agama yang benar.
maksud aku, kita memang dah sedia maklum hanya Islam agama yang diterima Allah, yang benar. tapi tak semua orang yakin kan. ada beza dengan tahu Islam agama benar dan yakin Islam agama benar.

satu ayat yang buat aku tersedar seperti rasa ditampar tampar 12 kali selang 5 saat.

"bilakah anda benar benar mula memilih Islam?"

sebab apa aku rasa ditampar, sebab sebelum ini aku cuma mengikut aturan mak bapak. sebab aku sudah sedia dilahirkan dalam keluarga Islam. beruntungnya aku ini. tetapi tak pernah nak hargai keberuntungan yang aku peroleh. aku tak dalami Islam itu dengan sebenarnya. 

ok sekarang kau orang tukarkan kata ganti nama diri 'aku' kepada 'kita'.


dan aku. masih. masih mencuba untuk berubah. untuk menjadi Islam atas nama Islam kerana pilihan aku, bukan kerana peluang yang aku dapat.
untuk meninggalkan perkara biasa, masa lampau yang kita sayang kan dulu, sangat lah payah.
okey. benda ni tak menjadi payah pun sebenarnya, asal ada kekuatan diri sendiri asal kan ada doa pada Dia, insyaAllah boleh je. jangan kata kau memang tak kuat, kita ini semua ada kekuatan masing masing. dan sekali kau dapat peluang menguatkan diri itu jangan lepaskan, kerana mungkin ia tak datang lagi.

Allah tak akan beban kan kita dengan perkara yang kita mampu nak buat, kan?

mungkin akan nampak macam sangat pahit, tapi nampak saja macam tu. rasa disebaliknya sangat manis.
macam rasa yang aku dapat bila aku dah benar benar yakin Islam agama benar. 

terima kasih juga lah kat roomate aku sorang tu. aku dengan dia, insyaAllah kami cuba untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. baik dalam erti kata baik yang sebenarnya. baik disisi penglihatan Allah, bukan manusia. semoga. dan semoga kau orang juga begitu.



ouh program aku pergi tu nama dia Friendly Comparative Religion. penceramah dia nama Shah Kirit. tapi aku tak jumpa lah pula link yang sesuai utuk dikongsi di sini. tak pa, nanti kalau aku jumpa, aku kasi kau orang.

panjanglah pula kan entri kali ini. macam buat untuk rumusan PMR saja. tapi panjang lagi jalan untuk aku nak ubah diri sendiri. senyum.




Comments

ewanthology said…
Muslim by born....
Bijen M. said…
Nak chance belajar dakwah dak?
Gua boleh tolong.
Kalau nak, roger gua.
Heheh.
:)
tufah. said…
bijen,
mcm mne cara nya?

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang