19.12.16

[282]

Mungkin saja, kita pernah berdiri di tempat yang sama.
Cumanya berlainan masa.

Mungkin saja, kita pernah berselisih bahu.
Tetapi mata tidak pula bertemu.

Biarlah.

Kemungkinan kemungkinan itu memang kadangnya,
lebih manis bila tidak diketahui.

Maka biarlah.

12.10.16

[281]

minta ku,
diajarkan aku tentang
menyimpan rasa (amarah)
sekaligus mampu menjadi tenang.

diam tidak menghebah.
tenteram tidak menggelabah.


ajarkan aku untuk hidup sendiri
wahai manusia manusia sunyi.


29.9.16

[280]

satu hari itu
entah apa yang menjadi sebabnya

aku mula menerima
dan tidak lagi berharap
untuk kau muncul di hadapan aku, Laila.


kerana memang sejak awal lagi
kau cuma lah watak yang aku cipta sendiri.


kau ternyata tidak pernah wujud.



dan sejak satu hari itu
aku sudah berhenti bermimpi.
malah sehingga kini, aku mulai lupa bagaimana mempunyai mimpi.

[279]

setahun lalu, aku meminta. 
tahun ini, masih permintaan yang itu itu juga. 

-- diberi lebih sabar. 
-- dijadikan aku pelajar yang benar benar belajar. 

sepanjang setahun ini, 
aku masih ini ini lah juga. 


lalu aku berkeputusan. 
sejak lama dahulu, 
sepatutnya aku, 
terima sahaja diri aku yang ini ini, 
dan bukannya mahukan diri aku begitu begitu. 
 

10.6.16

[278]

sepanjang minggu ini, 
yang telihat di sekitar aku, 
adalah hati hati yang penuh kebencian. 

manusia yang membenci manusia lain. 

-- benci. 
-- tidak suka. 
-- tidak puas hati. 

dah macam wabak. 
merebak kepada sesiapa sahaja. 

tahu lah aku, 
betapa hati hati kita telah tenat. 

sungguh lah, penyakit hati penyakit yang paling bahaya. 
macam mana kita rasa kan kita ni baik, hati kita dah bersih, 
tetapi tidak sebenarnya. 

bukan hanya sekali perlu dibersihkan. 
tetapi tiap detik. 

satu contoh. tentang aku. dahulu, aku pernah merasa melakukan street dakwah.
pada awal nya, sungguh memang niat Lillahi Taala. demi agama Nya. 
di pertengahan, timbul satu rasa dalam hati. 
 
"Ya Allah, bagus ni makin ramai yang mendengar"

saat itu, tahulah aku, bahawa aku sudah diserang penyakit hati. 

aku jadi suka. jadi suka dengan kejayaan diri sendiri yang berjaya menarik ramai untuk mendengar. 
tapi aku silap. mereka mendengar, tetapi tidak dapat memahami. 
kerana apa yang telah aku sampaikan bukan sudah niatnya Lillahi Taala. 
niat sudah berubah, menyampaikan kerana rasa seronok. 
menyampaikan untuk merasa puas. 

malam itu adalah malam pertama dan malam terakhir. 

* pause *

apa yang cuba aku kata kan adalah, 
betapa perlu berhati-hatinya kita dalam menjaga hati. 

ajar hati untuk jangan degil. 
ajar hati untuk jangan tanam benci. 
ajar hati untuk merasa cukup dengan apa yang kita ada. 
ajar hati untuk merasa bahagia. 

-------

sekarang, zaman aku ini sudah begini, 
aku mula khuatir tentang masa depan. 
tentang zaman adik aku. 
tentang zaman anak buah aku. 

tahu lah aku, 
betapa hati aku sedang tenat.



8.6.16

[277]

"Bila kamu melihat orang yang lebih kekurangan nya daripada kamu, dan kamu merasakan kasihan kerana Tuhan menguji mereka seperti itu, kamu tersilap. Tuhan juga sedang menguji kamu. Menguji hati kamu, tindak tanduk kamu. Apa yang telah/ akan kamu lakukan kepada mereka?"

Sungguh, nikmat yang kita rasa, bukan untuk kita seorang, bukan untuk kita simpan.
Tapi untuk kita gunakan dan berikan pada yang lain.

Ada terlampau banyak cara, terlampau banyak ruang.
Pilih yang betul. Pilih yang kita mampu.

Beri apa yang sedang kita ada dalam tangan.
Bukannya menanti, berlengah, berkata kata sendiri,
"Bila aku kaya, akan aku berikan segala."

Apa yang ada dalam tangan kita,
bukan seratus peratus hak kita.
Dalamnya ada milik yang lain.

Kerana tiada apa yang Maha Pemilik selain Dia.





Give. And you will receive. 
Even a single smile can change a life. 


Salam Ramadhan :)

21.5.16

[276]


- nak hati baru.

+ hati sekarang?

- kotor. hitam.

+ basuh lah. 

- dah basuh. kotor lagi.

+ salah cara basuh agak nya. basuh lagi.

- nak hati baru. bersih. hati sekarang nak buang. taknak ingat.

+ mana boleh. nanti hati baru kotor, buang lagi?

- hati baru tak akan kotor.

+ pasti?

- ........

+ basuh hati sekarang. kotor hitam, basuh lagi. 

- penat lah. tak boleh hilang dah kotor nya!

+ memang lah. mana boleh hilang sekali gus. tapi kena lah basuh jugak. 
   hari hari basuh. lama lama hilang lah kotor. jangan kotor kan balik.

- .............

+ basuh lagi okay? tak apa penat sikit. hasil berbaloi.
   kita basuh sama sama, ya.
 

7.5.16

[275]

"siapa lagi yang nak pujuk diri kita kalau bukan kita sendiri?"

lama dahulu, ayat ini yang aku ulang cakap kat diri sendiri. siapa yang kenal arlina banana akan jumpa ayat ini jugak. masa dia keluarkan buku dia dengan ayat ni, aku terkejut kejap sebenarnya. sebab, eh serupa? tapi takda apa yang pelik pun. sebenarnya, kita semua pun ada ayat untuk diri sendiri. untuk beri semangat pada diri sendiri.

takda apa yang boleh buat kita bahagia. alih alih diri sendiri juga yang akan gembira kan hati sendiri. satu, sebab cuma kita yang kenal, yang faham diri kita. cuma kita yang tahu apa mahu kita bila perasaan tengah tak betul. kita sendiri tahu apa yang kita nak. cuma yalah, kadang kadang kita keliru sendiri.

tapi lama lama, bila dah makin besar ni, ayat tu dah tak relevan ke aku.
aku tak rasa aku mampu pujuk hati sendiri.

keadaan dah lain.
daya penerimaan dah lain.

aku ni perempuan degil.

perempuan degil yang perlu kan seseorang yang terus terang depan aku, dan kata kan apa yang aku buat, salah. tak betul. bukan nya orang yang, pujuk aku macam budak kecik, takpa hari ni buat salah nanti nanti jangan buat lagi ya. tak.

dan sebenarnya, aku dah jumpa pun orang tu. dia bagi aku adalah manusia yang paling jujur pernah aku jumpa. kadang kadang bila dia tegur aku memang tergores lah hati ni. memang rasa nak bergaduh. tengah emosi biasa lah. tapi bila fikir rasional, betulah apa yang dia cakap tu.

macam yang aku pernah baca, 'kita jangan hidup dalam expectation orang, sebab kita takkan mampu capai apa yang orang tu nak. tapi jangan jugak hiraukan terus segala nasihat yang orang berikan.'

balik pada diri sendiri lah. kena pandai pilih. kena pandai fikir. kena pandai beza.
mana satu orang yang nak menjatuhkan kita, dan mana satu orang yang nak bantu kita.
jangan lihat pada orang tu, tapi lihat pada apa yang nak dia sampaikan.
selagi benda yang dia cakap tu memang untuk kebaikan, maka ikutlah. kalau tak, tinggal kan.


paling senang sebenarnya, ikut Dia.
dan nak paling senang pujuk diri sebenarnya, berbalik pada Dia.


ayat memujuk aku bila aku sakit, surah az-zumar ayat 53. 

2.5.16

[274]

biarpun kalah berkali,
selagi belum mati,


tiada alasan untuk berhenti.

-----
entri ini terhasil dari entri yang ini.


selepas bertahun, dan mungkin untuk tahun tahun yang mendatang,
beginilah aku.


memujuk hati sendiri
untuk bangun kembali
biarpun tergolek berkali.


semoga Allah bantu.
dan iya, Dia selalu ada.
cuma Dia.

21.4.16

[273]

How could you be so heartless? 
How could you be so Dr. Evil? 
You're bringing out a side of me that I don't know 
- The Fray, Heartless





kotak itu, aku beri
untuk kau jaga elok

aku izinkan, untuk kau buka
dan selongkar segala isi dalam nya

kau selongkar selongkar
kau cari cari

dan akhirnya kau jumpa
satu figura yang aku tak tahu kewujudannya

figura kau ambil
kotak kau pulangkan




cuba beritahu
bagaimana mampu aku berjalan
dengan dada berlubang?

19.4.16

[272]

Letih lah. Letih dengan diri sendiri


dari dulu sampai sekarang, ini ungkapan aku. aku tak reti untuk hidup tanpa kata orang sekeliling. orang yang dekat dengan aku. orang yang aku sayang. segala apa yang orang itu katakan, terbias ke dalam hati. 

kata kata yang macam, 

"Ish menyampah lah dia ni"
"Serius sikit boleh tak? tahu tak orang tak suka?"
"Tolong lah jangan jadi annoying sangat"

bukan seorang dua. bukan sekali. 
tapi itulah yang orang orang duk ulang ke aku. 

kita tahu, bila orang tu cakap kat kita, memang untuk kebaikkan kita. takda nya orang saja saja cakap. tambah lagi orang yang dekat dengan kita. sebab dia sayang kita. dia nak kita ubah diri, jadi yang lebih baik. bukan untuk capai kesempurnaan pun, cukup untuk jadi lebih baik. 


dan ini lah sebab kenapa aku letih dengan diri sendiri. sebab tak reti nak berubah. duk itu itu juga. macam mana penat nya orang tu pesan, cakap kat kita, macam tu juga lah penat nya otak ni duk memikir, hati ni duk memperingat. 


Allahu. 

tambah letih sebab tahu benda tu tak betul. benda tu salah. tapi masih buat juga. benda yang sama. ulang kali. 


contoh sekarang ni, aku tengah baca Infiru. baru nak masuk bab 20. yang aku jumpa, yang aku hadam masuk dalam diri, tentang perkara yang sama juga lah. perkara yang kita dah belajar dah. kita memang dah tahu dah. benda benda sekian sekian ni Allah tak suka. tapi kita duk buat benda sama tu juga lah.

dan yang paling aku hadam dalam banyak banyak perkataan, 

'letih'.


kita banyak beralasan. 

letih lah. aku dah try dah buat benda yang Allah suka, tapi tak nampak pun perubahan dalam diri aku. masih sama juga tak rasa pun Allah pandang aku. 

letih lah. aku dah belajar sungguh dah tapi result tang tu juga baik aku tak payah belajar langsung. 

letih lah. aku solat awal waktu dah, aku doa sungguh dah biar Allah bagi sabar tu lebih kat aku, tapi aku tetap baran juga. 

bila benda yang kita nak tapi kita tak dapat sedangkan kita dah usaha sungguh, kita mula lah beralasan dengan kata letih ni.



bagi aku, mungkin, sebab kita ni, jenis nak result tu muncul cepat depan mata. kita tak lihat usaha yang kita duk buat tu, cara kita untuk jadi lebih baik tu sebagai ganjaran untuk kita. kita duk pikir end result sedang kan yang paling penting adalah bagaimana kita nak sampai kepada end result tu. 

see? aku tahu pun apa yang patut aku buat sebenarnya. tapi aku memilih untuk beralasan. beralasan untuk tidak buat benda yang aku patut buat. tidak buat dengan alasan letih. 





biar letih macam mana pun, aku doa kan hati aku ni tahu bangun balik dan mula semula. biar lah letih macam mana sekali pun. 

9.3.16

[271]

cerita aku cerita bosan.
dari awal hingga ke tengah cerita,
mendatar.

tiada intonasi.
tiada emosi.
tiada kata menusuk hati.

cerita yang aku reka, tiada penghabisan.
tak pernah aku letak kan kata muktamad.

aku tinggalkan dengan persoalan.
ya. diri aku sendiri yang selalu persoalkan.



cerita yang aku karang, tak pernah habis.
sebab aku malas nak pikir pengakhiran nya.
sebab aku sendiri tak pernah sampai ke pengakhiran nya.

sebab sebenarnya, cerita cerita semua itu adalah sebuah harapan.


harapan.

harapan yang bagaimana akhirnya nanti,
aku tak pasti.


kerana aku, belum pun pernah sampai ke pengakhiran.

23.2.16

[270]

tika ini, apa yang aku paling mohon,
biarlah akal aku lebih mendahului daripada mulut aku.


semoga aku reti diam sebentar. heh.

3.2.16

[269]

Januari lepas, blog ni genap 5 tahun.

Selama 5 tahun, aku tak pernah bercerita di blog seperti cerita sebuah diari. Kalau cerita pasal diri sendiri aku suka guna ganti nama diri ketiga. atau aku tulis dalam bentuk puisi. Sebabnya tak nak orang tahu yang sebenarnya, itu adalah tentang aku. Sebabnya, bila aku baca semula, boleh timbul satu rasa di hati yang aku kena awas diri dan buat sesuatu.

sejak 5 tahun dulu, aku sibuk kisah kan nak mencari diri sendiri. Nak kenal aku ini siapa, bagaimana sebenarnya. sejak 5 tahun dulu, aku cuba faham, apa arah tuju aku. Ke mana langkah kaki aku. Tapi sampai ke hari ini, aku tak ada jawapan. sejak 5 tahun dulu, aku buat keputusan untuk cari Tuhan. Dekat dengan Dia.


Aku berubah? Iya.
Jadi lebih baik? Entah.


Tahun ini, umur aku dah nak masuk 23.
Dan aku mula rindu banyak perkara tentang aku yang dahulu.

yang tak pernah peduli apa kata orang.
yang tak mudah terasa hati.
yang tak mudah goyah dengan masalah. 
yang tidak menunjukkan emosi.

semua semua itu, tiada lagi pada aku.
dan aku mulai rindu.
rindu menjadi yang dahulu.



rindu untuk menulis kembali seperti dahulu.