To rise again.
6.3.20
5.3.20
[352]
Aku sedih.
Aku marah.
Dan aku tahu.
Saatnya nanti ditarik nyawa.
Berpisah jiwa dan raga .
Diletakkan aku menghadap Engkau.
Saatnya itu bila dibukakan tanganku,
pasti tiada apa.
Tiada apa.
Tiada apa untuk aku tunjukkan,
walau sekelumit bukti.
Tiada sekelumit bukti.
Tentang perjalanan aku kepada Mu.
Kerana walau sedalam mana aku sedih.
Kerana walau sekeras mana aku marah.
Aku tahu, kaki aku tidak pernah cuba
melangkah
mengubah arah.
24.2.20
[351]
tiada apa yang lebih sakit berbanding rasa sakitnya patah hati. dan itu semua terjadi penyebabnya datang daripada diri sendiri.
22.2.20
[350]
tiga ratus muka surat
surat yang aku tulis
terus tersimpan
tidak ku alamatkan
sebetulnya sejak awal lagi
aku tahu menulis ini ini semua
tidak bermakna apa apa
sebanyak tiga ratus muka itu
perkara yang itu itu juga
tentang hati yang sentiasa
tidak merasa selesa
aku menulis
dan tiada apa yang berlaku
kerana semua semua ini
jadi sebegini rupanya
kerana aku yang membiarkan
sekali lagi, setelah mengjangkau
tiga ratus muka
isi nya tetap sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)