31.3.21

[385]

Lautan Seorang Anak Kecil dan Seorang Dewasa

Sebanyak mana masa telah berlalu, 
Tetap ada luka yang tidak akan sembuh. 

Malam ini, hati ku hiba. 
Kerana aku masih tidak dapat menyayangi diri ku sepenuhnya. 

Wajah di dalam cermin itu terlihat sangat asing. 
Dan seperti selalu, perlahan aku menutup mata. 
Dan setiap kali malam tiba, 
aku sepertinya ingin segera bertemu esok. 

Anak yang selalu mengimpikan mimpi-mimpi, 
berapa lama telah dia tersakiti? 
Hanya untuk menjadi diri ku yang kini? 
Aku menjadi jauh darinya. 
Dia dan aku tidak mungkin akan bersatu semula. 
Dan mungkin tiada apa yang boleh pulih semula. 

Dalam jiwa anak kecil itu dahulu, 
ada lautan yang tidak pernah kering. 
Kini hanya menjadi sebuah jejak yang kabur. 

--- 

Nafasku terdengar menderu lancar 
dan angin bertiup di atas kepala ku. 
Ingin sekali aku menjadi ombak 
dan berlari ke segenap arah. 

Dalam ketakutan, perlahan aku membuka mata bersama harapan.
Setiap detik hidup ku hadir dan menjadi hadiah yang bergemerlapan. 
Aku rasa, aku sudah mampu memberi jawapan, 
kepada diri ku yang dahulunya penuh keraguan. 

Mimpi dahulu memanggil ku di sebalik sana. 
Suara yang telah lama aku terlupa. 


Aku berlari melawan ombak 
ke arah lautan milik ku dahulu. 

Walaupun aku dibawa arus dan hilang arah, aku bebas. 
Aku tidak akan lagi menutup mata 
dalam kegelapan yang memerangkap ku.
Aku tidak akan lagi berpura tidak mengenali diri ku. 

Tetap akan ada waktu 
yang aku akan kalah dalam kehidupan. 
Tetapi sejauh mana aku hilang arah, 
aku tahu jalan untuk pulang semula. 

----------------------------------------- 

Lirik dialih bahasa daripada lagu My Sea oleh IU (Listen here )

English lyrics translation credited to;
https://iu-jjang.tumblr.com/post/647059642660306944


27.2.21

[384]

It is not on my appearance 
or my body shape 
or my face 
that makes people 
do not like me 
but apparently
it is about
my attitude 

16.2.21

[383]

we choose the happiness or, 
the happiness chooses us?

15.2.21

[382]

Laila, malam ku. 

Dahulu, engkau yang sering aku tunggu. 
Yang sering aku sebutkan bersama pengharapan ku. 

Dan sekali lagi, 
kali ini aku berharap. 
Aku minta. 
Aku rayu. 

Tolong Laila, tolong jangan muncul. 

Laila, malam ku. 
Tolong, jangan muncul.

[381]

 Bismillahirahmanirahim.

aku rasa ni first time aku tulis post serius. aku taktahu nak cakap macam mana, tapi aku rasa aku kena tulis ni. 

jujurnya, aku tak pasti apa yang jadi dekat diri aku sekarang. cuma, yang pastinya, aku tengah tak betul. dalaman aku. aku tahu, ada something dalam badan aku yang tak betul. yang tengah tunggu masa untuk keluar membuak buak dan menjahanamkan diri aku. bukan, dia dah keluar pun sebenarnya pada tak tentu masa. yang dah menjahanamkan dalaman aku. Allahu, aku taknak menangis. aku taip ni kat ofis ni. 

benda ni masa 2019 ke tak silap aku, pernah jadi. tapi dalam dua minggu macam tu saja. kau paham tak rasa penat yang kau taknak buat satu benda pun. lepas tu bila ada orang nak bercakap dengan kau, kau rasa macam nak suruh orang tu diam. jangan cakap dengan kau. dan, orang tu adalah parents kau. dia macam, asal parents kau tanya soalan aje dekat kau, belum apa apa, dalam dada kau ni dah panas membuak buak nak marah kan dorang. heh in fact, kau dah naik suara pun. Allahuu

Dan sekarang, sejak beberapa hari yang lalu, benda sama lagi jadi. aku penatlah macam ni ya Allah. so untuk elakkan dari aku marah tinggikan suara lagi dari parents aku, lepas balik kerja saja aku lari masuk bilik tak keluar keluar. semalam pun belum apa apa aku dah tengking abang aku. 

lepas tu tiap malam, rasa macam, macam kau taknak hidup dah tahu tak. rasa malas nak hidup. rasa kau tak nak bangun pun. malas lah malas. aku dah paham apa yang orang dalam satu video ni rasa, yang dia kata hari tu adalah first time dia gosok gigi setelah sekian lama, yang dia rasa itu adalah sebuah kejayaan bagi dia. sebab macam kau akhirnya keluar dari kemelut "kemalasan" kau tu. faham tak? entahlah. aku sekarang ni pun nak makan pun rasa malas. 

aku sampai dah start doa sebelum tidur, ya Allah kau janganlah kasi aku cederakan diri aku time aku tak sedar. sebab tanpa aku sedar kadang tiap malam sebelum tidur aku dah pukul pukul dinding sebelah katil. dalam fikiran aku pulak aku rasa nak lempang lempang diri aku. dan macam mana aku istighfar banyak kali pun, aku baca ya latif banyak kali pun, benda tu tak hilang kau tahu. penat lah.

dan kenapa aku pilih untuk tulis ni sekarang time dekat ofis, kau tahu tak sebab apa. sebab aku rasa yang sama dah dekat sini. rasa nak tengking semua orang. sebelum ni aku macam okay lagi, aku tak bawa pergi ofis masalah ni. tapi ni sekarang kalau dia dah mula ganggu kerja aku, payah. payah. 


apa aku kena buat ya Allah? 
macam mana ya Allah? 

aku dah penat dah ni.