7.9.22

[422]

Lari. Berdiam. 
Bawa diri. 
Pujuk diri. 

Awak boleh buat semua itu. 
Dan bila masa menyembuhkan, 
awak boleh kembali. 

Awak boleh lari, 
dan kembali. 

Untungnya. 

4.9.22

[421]

Aku tahu, aku tak pernah menjadi yang terbaik. 
Sebab aku tak pernah pun buat yang terbaik. 

Segala apa yang aku lakukan, tak pernah pun capai tahap yang aku boleh katakan, aku dah buat sehabis mampu. Sebab aku sendiri tahu, tak, aku tak pernah buat sehabis mampu aku. 

Aku hanya tahu buat sekerat jalan. 
Aku hanya, "asal buat jadi lah". 

Aku tak pernah jadi yang terbaik. 

Tapi dalam pada setiap saat itu, Allah tak pernah juga tinggalkan aku. 

Untuk aku yang tak baik ni, Allah bagi banyak benda-benda baik. 

Aku tak tahu nak minta macam mana lagi, sebab rasa dah banyak sangat meminta, tapi tetap aku tak pernah bagi yang terbaik. 

Tapi Ya Allah, untuk esok-esok ni, berilah apa yang terbaik untuk aku. Untuk keluarga aku. Untuk kehidupan kami akan akan datang. 

Sekali lagi, bantu lah aku.

5.6.22

[420]

Dia pun tidak pasti sejak bila. 
Belah kiri dadanya sakit. 
Dia robek-robek tiap kali. 

Dia robek-robek lagi. 
Dan lagi. 

Malam ini, belah kiri dadanya sakit lagi. 
Dia robek-- eh sudah tiada? 

Tapi dadanya belah kiri, sakit. 

Dia pun tidak pasti sejak bila,
dia berjalan dengan dada berlubang. 

[419]

"Kau tak boleh lari dari diri kau dengan pindah dari satu tempat ke tempat yang lain." 

Ini yang aku dah buat. Aku pindah. Sebab aku harap, aku boleh jadi lain. Jadi yang lebih baik. Sebab aku selalu cakap dekat diri sendiri, atau cuba menangkan hati sendiri yang, aku perlukan keterpaksaan untuk bergerak, atau buat sesuatu. Sesuatu yang lebih baik. 

Tapi ini, selepas nak dekat sebulan. Sungguh aku taktahu. Betul ke? Is this really the best thing I can do? The best thing for me? 

Macam mana nak tahu? Kat usia aku sekarang untuk try and error, masih relevan lagi ke?  

Aku sekarang ni macam menyeksa diri sendiri. Macam sengaja bagi diri sendiri bertambah penat. Untuk apa? Aku nak lari dari apa sebenarnya? Aku nak apa? 

Will future me regretting what I have done today? 
Will future me forgive me for what I have done today?