kepul kepul magis pada langit merebak rebak dan dan dan menembusi hati paling dalam lalu membentuk bentuk love.
siapa yang gatal buat magis ni?!
29.3.11
24.3.11
[34]
dan. ini sahaja. cukup. alhamdulillah.
Tuhan Maha Adil.
Dia jatuhkan sakit dan Dia bagi gembira
dalam masa yang sama.
Adil bukan?
Tuhan Maha Adil.
Dia jatuhkan sakit dan Dia bagi gembira
dalam masa yang sama.
Adil bukan?
19.3.11
[33]
ah! rasa ini.
rasa yang paling ter-menyampah. paling benci. paling mahu di deny awal awal.
pernah kau rasa benci akan apa yang kau dah lakukan?
pernah kau rasa macam nak cekik diri kau pada masa itu juga bila ingat balik?
pernah?
itu yang aku rasa, manis ku.
dan salahnya siapa?
rasa yang paling ter-menyampah. paling benci. paling mahu di deny awal awal.
pernah kau rasa benci akan apa yang kau dah lakukan?
pernah kau rasa macam nak cekik diri kau pada masa itu juga bila ingat balik?
pernah?
itu yang aku rasa, manis ku.
dan salahnya siapa?
7.3.11
[32]
Azreel Azhar - Sesal
Tubuh ini seakan lemah
Tiada daya tiada kuasa
Mengingat butir-butir dosa
Terkumpul menjadi lumpur jiwa
Menangis berjujuran air mata
Aku hamba yang hina
Sedekad masa diberi
Hanya diselimuti noda
Menjadi karat dalam hati
Masihkah diterima taubatku lagi?
Aku mengerti kesalahan diri
Aku mengerti aku insan keji
Aku mengerti tiada ruang buatku lagi
Hanya menanti pembalasan azali
Namun walau jengkal waktu ini
Benarkan aku mencari
Walau sekelumit ruang
Menutup dosa-dosa silam
Aku ingin sekali
Menjadi hamba yang mengenal
Siapa pencipta...
[31]
tutup mata kita. tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan.
mari berfikir sejenak.
bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita,
lantas dengan lembut berkata,
"aku berikan kau kesempatan hebat. lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan,
dan aku pasti menjawab sekarang. lima pertanyaan.
apakah pertanyaan pertamamu?"
"di tengah begitu maraknya novel novel islami yang jelas isinya jauh daripada unsur unsur agama, novel ini bagai segelas air pelepas dahaga, hadir memberi pengalaman spiritual yang berkesan bagi pembacanya. anda akan menikmati segarnya kisah tentang pemahaman hidup dan kehidupan." - A.Syarif Maarif (budayawan, mantan Ketua PP Muhamadiah)
"ketika anda membaca novel tere-liye kali ini, anda bakal merasakan bertapa kita tidak dapat berandaian dalam hidup." - Ratih Sanggarwati (penulis, artis)
"ketika anda membaca novel tere-liye kali ini, anda bakal merasakan bertapa kita tidak dapat berandaian dalam hidup." - Ratih Sanggarwati (penulis, artis)
----------------
aku bukan orang nya yang minat untuk bercerita tentang hebatnya sesuatu buku atau novel dan filem atau drama. sebelum ini. tak tau bagaimana pun cara sebenarnya. tapi kali ini, terkecuali.
datang nya novel ini dari seberang. ditransletkan dalam bahasa ibunda kita. jauh panggang dari api lah aku kata, aku memang tak pernah nya nak tarik minat untuk baca karya dari luar. maksud, bukan penulis dari Malaysia. terlalu patriotik mungkin. *sengih*.
bila sebut nama penulis novel ni, memang terasa macam nak nyanyi hindustan. Tere-Liye. mengikut apa yang aku dah baca pun, dalam satu babak itu yang mana ketika watak utama, Ray, bertemu satu satu nya cinta hati dia, cerita nya persis babak ketika dalam filem Mohabbattein. nanti dah baca tau lah. *senyum*.
okay. balik pada asal. novel ini kisah nya tentang Ray yang memiliki pertanyaan nya sendiri. sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya. ya, novel ini bertema kan kehidupan. persoalan persoalan yang setiap daripada kita akan tanya kan. seperti; (1) adakah kami memang tidak pernah memiliki kesempatan untuk memilih saat akan dilahirkan?, (2) adakah hidup ini adil?, (3) bagaimana langit tega mengambil semuanya?, (4) mengapa walau sudah memiliki segala yang hendak kan masih terasa kosong-hampa?, dan (5) mengapa takdir merasa sakit-kecewa itu menyelubungi diri?
ini. novel ini berkisah tentang perkara perkara ini. yang memang nya kita tak akan pernah nak nampak dengan sisi kita. sudut diri kita.
kata kata dalam novel ini mudah. membawa kita terus kepada jawapan nya. termasuk juga berbagai kata semangat atau mungkin boleh cakap, kata kata yang indah mendamaikan hati. cehh...
nak tau jawapan daripada persoalan persoalan tersebut? sila ikut nasihat aku; pergi cari. beli. baca.
macam apa je dah. ouh dan, terjemahan novel ini diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
gila tipu. setengah jam aku susun ayat nak buat benda ni je?
Subscribe to:
Posts (Atom)