Posts

Showing posts from April, 2012

[117]

Image
ok. aku tak tahu ini apa. tapi.. ha aku dah selesai baca 4 novel  Syud  buat. jalan cerita novel dia ringkas. maksud, memang cerita cerita tu selalu je terjadi dalam dunia sebenar. perkara perkara biasa yang terjadi pada orang biasa. dan aku bukan lah nak cerita pasal novel dia sangat. cuma apa aku nak bagitau, aku tak pernah rasa 'sedekat' ini dengan segala buku yang pernah aku baca. tapi 4 novel Syud tu dah berjaya buat aku rasa sangat 'dekat'. ni novel yang 4 aku cakap kan rasa tu hadir (ceh macam apa je...) sebab semua watak heroin dalam novel novel Syud ni, aku rasakan ada cebisan cebisan diri aku. diorang, watak watak tu macam pecahan diri aku, dibahagi empat, dan dibuat cerita. mula mula aku tak perasan benda ni. tapi lepas aku baca novel novel tu versi ulangan yang entah berapa kali dah (ye, aku memang suka baca buku sama banyak banyak kali sebab aku tak ada dan malas nak beli buku yang lain kalau aku tak nak, peratus tak nak beli lebih tinggi lah),

[116]

Gadis Kecil dengan Payung dan Se-orang Tua dengan Beca Tua gadis kecil sunyi itu, jalan di satu lorong dalam hujan. lebat. payung di tangan tapi tidak dibuka. membagi percuma hujan basahi diri. tidak merasa risau sakit yang bakal timpa. untuk apa bila momen ini pun dia sudah merasa sakit? lalu beca tua, dikayuh se-orang tua berbaju hujan. lusuh. kuning pudar. becanya bukan baju hujannya. melaung kuat se-orang tua melawan suara hujan memanggil gadis kecil sunyi. mahu ditumpangkan gadis bersama payung itu, walau nanti dia tahu tempat duduk beca nya bakal basah dan dia juga bakal penat untuk keringkan kembali. tapi itu, belakang cerita. sunyi. cuma suara hujan yang menjadi latar. dan kadang kadang, guruh juga. gadis kecil bersama payung nya terletak di sebelah, bersuara mengeluh. "saya ini tidak ada apa apa pakcik. saya ini tidak hebat. bagaimana mahu jadi hebat seperti mereka mereka yang hebat itu ya pakcik?" se-orang tua yang dipanggil pakcik itu, diam. gadis kecil

[115]

semalam baru aku sedar. yang jika engkau mengharap tinggi pada satu orang yang engkau sangat hormat-kasih-sayang kan, kau harus bersedia untuk rasa kecewa yang sama tinggi. sebab kalau tak, engkau akan jadi macam luarnya ada dalamnya tiada. heh. aku cukup tak suka keadaan ini. sebab aku lah, orang yang tak bersedia tu.

[114]

Image
salam :) hari ni birthday bapak tapi hari ni yang masak makan tengah hari tadi pun bapak. bukan aku. ngehehehe. bapak masak kari kepala ikan yang memang superb! wahaha bapak kalau masak benda yang dia suka memang lazat aje. kalah mamak. sorry lah bapak, anak perempuan mu yang umur dah nak penghujung belasan ni masih belum tahu nak menggulai ke mengkari ke. kalau tak memang dah masak kan dah untuk bapak tapi rasa nya still tak boleh lawan lah kari bapak. best je tadi makan berdua dengan bapak. lepas tu bapak pun bagitau lah anak dia ni sikit macam mana nak masak kari nak masak gulai lemak. wuhoo! :D moga bapak panjang umur sempat lah nak tengok anak dia punya anak. hehe. kalau dapat suami macam bapak best jugak ni. okay. ni lah bapak saya yang osem dan hensem :) # ouh dah aku tatau kenapa kawan kawan aku macam pelik bila aku panggil bapak aku bapak. apa kah?

[113]

apa jadi nya pada pelanduk di tengah gajah sama gajah bergaduh? mati tersepit? aku. belum lah mati tersepit. kemungkinan pertama; aku, boleh jadi pelanduk yang tolong mendamaikan. dan mereka berbaik. kemungkinan kedua; aku, boleh jadi juga pencetus pergaduhan yang lagi dasyat. dan aku mati tersepit. aku lagi suka kemungkinan yang pertama tu. aku selamat. mereka sejahtera. aman. ya Tuhan. izinkan aku menjadi pendamai bukan pencetus perang. Amin.

[111]

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutan kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. [59:21] Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang. [59:22] Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. [59:23] Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [59:24] alhamdulillah. jangan pernah kedekut berdoa. sungguh, Dia Maha Mengetahui. Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang teran

[110]

Image
A man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. aku percaya, setiap orang boleh berubah dengan bersebabkan apa apa saja. kadang kadang sebab tu boleh jadi sangat lah tak relevan. dan aku, mula berasa hendak berubah, menjadi sesuatu yang lebih baik, dari pandangan Dia, bersebabkan dengan baca Versus, Hlovate yang buat. time tu memang rasa aku hidup selama ni, aku jadi baik selama ni sebenarnya masih belum cukup baik. itu satu. kemudian tadi, lepas dah baca separuh Contengan Jalanan,  ada satu rasa lagi datang. yang perubahan yang aku buat ni, masih belum cukup. banyak lagi rompong nya. masa tak pernah menunggu manusia. dan kenapa aku, manusia yang nak menunggu saja sampai tiba masa yang tepat untuk aku bergerak? macam mana kalau masa yang tepat kononya pada pandangan aku, itulah masa yang aku tak tersempat?

[109]

berhenti mengeluh. ucap syukur. dah banyak nikmat Allah bagi kau. apa lagi yang kau nak?