Posts

Showing posts from 2013

dan gugur lah segala nombor

nombor nombor juga tidak mampu menghitung. kerana kali ini, aku jatuh bersungguh. I feel You close to me.  Just gimme a chance,  cause I don't wanna slip away.

[230]

betapa, perang jiwa itu. benar benar halimunan. tak mampu nak menyangka banyak. satu saat, kita rasa kita menang. saat kemudiannya, baru kita tahu, rupanya kita dah kalah teruk tertusuk panah. melarat hingga ke saat yang lama. jadi lebih tragis. bila kita turut hilang harap. pada Tuhan tambahnya. bukan. bukan hilang harap. cuma hilang yakin. masih berharap pada Tuhan. sebab kita memang dah tak ada siapa boleh bantu. kita harap. sungguh sungguh harap. Tuhan bantu bangunkan kembali. seperti berapa banyak kali entah dahulu. masih harap. Tuhan pandang usaha yang lepas lepas. untuk kali ini, biar bagi kita menang. cuma kita. hilang yakin. pada diri sendiri. jadi takut untuk bangun. sebab takut jatuh balik. dan kalah lagi. betapa, perang jiwa itu. benar benar halimunan.

[229]

ramai mereka yang masih terkesan dengan memori semalam. sama ada yang bikin hati robek atau yang bikin senyum sampai tidur. dan aku di sini. bergelumang sendiri cuba paksa mengingati segala memori memori. apa mungkin, aku sudah perlu khuatir dengan daya ingatan aku?

[228]

Image
dia. yang melindung diri dengan rasa malu. yang merendah diri untuk bangkit gagah. yang masih ada tegas dalam lembut. perempuan itu.  ya, dia lah.

[227]

sempurna tujuh hari. tujuh hari yang Tuhan ajarkan aku tentang hidup. bukan hidup aku. hidup orang orang lain. orang orang yang aku tak pernah kenal siapa. tiga orang perempuan sebenarnya. entahlah. Tuhan memang selalu baik dengan aku. seperti yang selalu jugak aku cakapkan, yang betapa mudahnya Dia turunkan setiap jawapan pada soalan soalan aku, seperti itulah jugak mudahnya Dia ajarkan aku tentang hidup. jujur. sebelum sebelum ini bilamana terbaca kisah kisah perit anak anak kecil yang dizalimi, tak pernahnya rasa syukur itu hadir kerana aku diberikan hidup lebih indah. rasa kasihan ya ada. tapi semenjak seminggu ini, aku tahu. aku tahu yang aku dah rugi sembilan belas tahun. rugi kerana hidup tanpa rasa syukur. maksud aku syukur yang sungguh sungguh. yang bukan hanya terlafaz di mulut. apa lagi yang aku mahukan bilamana Tuhan telah beri banyak? tak perlu pergi jauh sebenarnya. rasa hela nafas yang dihembus saja, sudah cukup untuk kita benar benar rasa s

[226]

"Faiza gigih sangat, saya terharu melihat ikhlasnya Faiza". Kata Din. "Hutang kena bayar... Jaja tak nak menyusahkan Din di akhirat nanti".  Burhanuddin tidak tahu ingin menyampuk yang bagaimana. Kenapa Faiza pandai sahaja membuat hatinya senang dengan segala kata-katanya. "Tak tau la umur Jaja ni panjang ke dak, kalau nak bertagak-tagak, Din". - Jaja & Din, Noor Suraya pernah baca? aku baru aje baca dua bulan lepas. padahal novel ni novel lama dah. bahasa Noor Suraya selalunya indah bagi aku. masa aku baca, kawan aku sorang duk ingat aku baca buku cerita kanak-kanak, sebab cover dia. eh? haha. setengah orang kalau beli novel memang akan tengok covernya. tapi kalau aku tak kisah sangat pun. memang lah dengan cover dia yang selalu akan buat aku terpanggil untuk beli, tapi bila aku baca blurp  nya atau sinopsis nya macam tak best, tak capai jugak aku. ok dah. novel ni kelakar. dan comel sangat :) tapi kelakar kelakar dia, ha amik!

[225]

as you grow older, you will discover that you have two hands;  one for helping yourself, the other for helping others. - Audrey Hepburn sepatutnya, semua orang macam tu lah kan. membantu membangunkan. bukan membantu menjatuhkan. tapi adat manusia, lebih sibuk menghukum atau lebih tepat, sibuk melabelkan orang sebelum tahu cerita sebenar. lebih sibuk bercakap belakang daripada memanjangkan tangan mencapai membantu. oh sebelum lupa, aku nak bagitahu. benda ini tuju nya ke aku dulu. macam lecturer aku cakap, " mulut orang yang menasihati, lebih dekat dengan telinganya sendiri banding dengan telinga orang yang dinasihat ". dan ya, ini lebih kepada teguran buat aku sendiri terlebih dahulu. aku selalu ngelat. ngelat untuk betul betul tolong orang lain. sebab bagi aku, kalau diri sendiri pun tak tertolong, macam mana nak tolong orang. kan? aku lupa aku ada dua tangan. aku tamak yang sampaikan dua dua tangan aku nak guna untuk aku seorang. padahal tangan ni pun Alla

[224]

Image
sekali lagi.  marah aku mengundang bencana.  dan terusan, rasa bersalah menghantui aku. tell me your secrets  and ask me your questions. let's go back to the start.

[223]

aku selalu sentuh tentang peluang. dan pilihan. dalam buku aku (?) pun, aku ada sentuh tentang dua benda ni. cari peluang. jumpa pilihan. kata buku aku. tapi aku terlupa sesuatu. sehingga semalam. aku terlupa yang kita, manusia adalah antara makhluk yang sering tak sedar. tak sedar tentang keadaan sekeliling kita. macam peluang peluang yang terbagi juga. kita sering tak perasan dengan peluang yang dah Dia berikan. yang untuk sedar akan peluang itu  cuma lah dengan kehendak Dia. cuma dengan izin Dia, kita dapat cari peluang. cuma dengan petunjuk Dia, kita dapat jumpa pilihan. aku terlupa tentang itu. sama macam hidayah dari Allah. tak semua orang dapat hidayahNya. tak semua. sebab atas kehendak Dia. semua atas kuasa Dia. ada orang dah berkurun dalam gelap, baru jumpa cahaya. ada yang mudah mudah saja dapat, tapi diabaikan pula. jadi, apa yang kita boleh buat? doa. doa biar kita ini menjadi insan terpilih. hamba yang terpilih untuk menggenggam hidayah dari Dia. terpilih unt

[222]

dan aku terus keliru. antara ego dengan malu. mana perlu didahulu?

[221]

dik, jangan menyimpan benci. tempiasnya nanti ke hati sendiri. maafkan. dan doakan. tahu. memang payah. sebab sakitnya sudah diganda dua. manakan dengan sakit kecewa belum habis, ditambah pula sakit menjeruk rasa benci. sudah lah. berpaling lah. dah tiba masa serah diri. bukan serah diri -- mengalah lemah. serah diri pada Dia. tempat datang segala. serah dengan sebenar benar penyerahan. serah hati serah jiwa. harap cuma pada Dia. percaya dengan rancangan Dia. dik, sudah lah. jangan membazir masa. buang benci. jaga hati. Salam Aidil Adha. maaf, segala ketelanjuran kata.

[220]

untuk dua dekad ini, terima kasih atas segala rahmat dan nikmat. eh, kebetulan? dan patutnya ini entri 28 hari bulan. hehe

[219]

Image
kita masing masing. ada tanggungjawab.  yang bakal ditanya nanti.  tapi. tak ramai yang sedar.  sebab kita hanya jadi manusia semata. 

[218]

yang paling jauh adalah 'masa lalu'.  Kita tidak pernah bisa mendatangi masa lalu.  Jauh terbentang jaraknya, meski baru beberapa hari lalu, atau beberapa jam lalu.  atau beberapa menit lalu.  Maka bagi yang paham,  masa lalu menjadi pondasi pembelajaran, terus memperbaiki diri. bukan sebaliknya membebani, membuat langkah kaki terasa berat untuk maju.  -Tere Liye

[217]

tali dah dihulur tangan sempurna sudah mencapai. cukup cukup cuma untuk elak kan diri dari terus jatuh terjunam dengan dasyat. yang jadi persoalannya kini, apa hanya mahu menanti tali yang dihulur tadi ditarik perlahan atau nak gunakan kudrat sendiri mendaki gaung untuk sampai ke tempat selamat? ---------- walau ada beribu tangan yang menghulur membantu tapi hati sendiri tak rela diselamatkan,  tak guna juga kan?

[216]

dan tetap dia di situ ke belakang tidak ke hadapan tidak. ke hadapan malah. paling paling perkara yang dimahukan. paling paling tindakan yang pingin sekali dilakukan. tetap dia di situ. di tempat yang sama. tempat yang -- iya -- lain dari dahulu. maju sedikit dari dahulu. tapi selepas selepas itu. tetap dia, tak berganjak sudah. padahalnya, dia sungguh sungguh mahukan. mahu ke hadapan lagi. dan lagi. lagi. lagi. lagi. maju ke hadapan. lebih dekat dengan Dia. lebih takut dan lebih cinta pada Dia. Tuhan, bantu lah. dorong lah hati.  kerana hanya Engkau Maha Kuasa.  tiada tuhan melainkan Engkau, Ya Allah. 

[215]

Subuh berganti Dhuha dan langit masih belum berhenti menangis. tangisan yang memberi damai pada hati hati yang berduka semalam dukakan khilaf sendiri. Dhuha bersambung Hajat. seperti lebatnya hujan sebanyak itu lah doa doa harapan harapan naik ke langit. harapan besar jiwa jiwa yang penuh cinta pada Dia. semoga, ada berita baik menyusul. [17 Ramadhan]

[214]

malam, keluarkan aku dari mimpi. dan siapkan aku bertemu hari. salam 15 Syaaban -------- meh baca sama. [sini] .

[213]

Image
selagi mampu,  aku akan terus bertahan. 

[212]

belum cuba belum tahu. jadi aku sedang cuba.  cuba memaksa diam.  jika ini yang terbaik,  maka aku diam.  shhh.

[211]

bersama malam, dia meredah gelap suram. untuk kembali kepada cahaya, dan merebut cinta-Nya. semoga sampai. dan tak akan terhenti.

[210]

untuk hampir dua puluh tahun ini.  menjadi anak kepada ibu dan bapak.  sungguh hadiah yang paling paling indah.  Tuhan, pinjamkan mereka ke aku lama lagi.  terima kasih. terima kasih.  *nangis*

[209]

Image
berkesempatan ke Penang dengan izin Nya, sungguh memberikan aku sesuatu.  saat hati berdegil, membara dengan segala keresahan dan kegelisahan, Allah izinkan aku merasai alam. menjadikan alam sebagai penyejuk hati. SubhanaAllah!  Berjalan dan bermusafirlah  untuk melihat kebesaran Nya  lantas berfikir dan bersyukur  di atas nikmat dan kurnia Nya  nilai harganya iman dan takwa  - Mirwana, Hikmah Kembara pandang sekeliling, dan bersyukurlah. jangan bandingkan apa yang kita tak ada dengan apa yang orang lain ada. cuba merasa cukup dengan nikmat Dia. syukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih diberi peluang untuk bernafas. Alhamdulillah Ya Rahman :) alam berbicara.  menyatakan cinta dari Dia.

[208]

ada masanya, kita kena lari dari kebiasaannya kita. lari untuk mencari 'sesuatu'. sesuatu yang lebih baik. sesuatu yang lebih bawa makna. pasti ada. sebab kita tak akan pernah tahu, apa yang bakal Dia hadiahkan untuk kita. kita tak akan tahu dan tak akan jumpa. kalau kita tak lari untuk mencari. jadi meh lari. "Kat tempat baru yang orang tak kenal kita, nak start something yang baru tu tak susah mana" - Trisy, Rooftop Rant

[207]

seorang bonda memaksa menjadi kuat untuk anaknya menjadi kuat; selepas dikecewakan dunia. seorang suami memaksa menjadi kuat untuk isterinya menjadi kuat;  selepas anak yang dikandung lima bulan diambil Tuhan.  seorang sahabat memaksa menjadi kuat untuk sahabatnya menjadi kuat;  selepas ditipu hidup hidup oleh sahabat yang lainnya.  seorang ayah memaksa menjadi kuat untuk keluarganya menjadi kuat;  selepas kemiskinan menghimpit jiwa.   seorang anak memaksa menjadi kuat untuk bondanya menjadi kuat;  selepas kematian suami.  seorang isteri memaksa menjadi kuat untuk suaminya menjadi kuat;  selepas dibuang kerja serta merta.  seseorang memaksa menjadi kuat untuk seseorang yang lain menjadi kuat. dan di atas segala kekuatan semua semua itu, datangnya dari Dia.  Dia pemilik segala kekuatan. ------------ untuk abang ngah dan isteri, semoga kuat dengan kehilangan ini. insyaAllah masih ada rezeki buat kalian.

[206]

Image
kita tak bisa mengubah duduknya gunung. tapi kita mampu mendaki gunung untuk sampai ke puncaknya.

[205]

Image
dua situasi; pilih. satu. cebisan hati kau diambil-curi.  dua. cebisan hati kau dicantum-cantik ini. bukan apa apa pun. rindu menconteng. mungkin.

[204]

bagaimana engkau boleh menjadi manusia yang benar benar kalah? bila engkau menyerah kalah sebelum sempat bermulanya apa apa.  dan bila engkau mula mencipta alasan membenarkan apa yang kau lakukan. walau cuma alasan dalam hati.  dan ini sekali gus  menjadikan kau manusia pengecut.

[203]

dia. perempuan berjiwa kecil. yang punya dua harapan seluas langit. ya. dua harapan. satu; mahu menjadi lenyap daripada seluruh pandangan dan kenangan. dua; mahu menjadi wujud pada setiap pandangan dan sebutan. tapi sayang. seperti jiwanya yang kecil. daya usahanya jua kecil. lalu. terkubur lah dia bersama dua harapannya. harapan tinggal harapan.

[202]

dia dibunuh. oleh watak watak yang dia mainkan.

[201]

ini perkongsian. aku pernah cerita dalam blog juga dahulu tentang bagaimana aku nak berubah pakai tudung labuh baju longgar tutup aurat dengan sempurna semua. dan ini, cerita yang sama juga. cuma lebih terperinci, mungkin. dan entri ini untuk satu peraduan sebenarnya [ klik sini ]. ------------------------ “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkein

[200]

setiap cerita, permulaannya adalah sebuah pengakhiran. dan kita, bukan hidup sekali. hidup yang di sini tentukan hidup kita yang di Sana. berbaik baik lah. Salam 1 Rejab.

[199]

perlahan-lahan.  cahaya menjadi jauh dari dia.  jauh. perlahan-lahan.  dia tahu sebenarnya dia yang menjauh. dia tahu, dengan hanya 'tahu' saja tidak cukup.  --------- ya. dengan hanya tahu saja belum cukup.  macam kita ada ilmu tapi kita tak amal.

[198]

tadi. cuma sekejap. malam datang bersama hujan. dan aku. terpujuk.

[197]

menunggu tanpa apa apa. itu percuma. bina daya mu dengan usaha. dan doa pastinya. berbalik pada Maha Perkasa. engkau akan ketemu asa. dan cinta.

[196]

bersama tanya tanya ku. aku pasti tetap menunggu mu,  wahai malam ku. menunggu pasti.  ini janji.  -------- Laila, di mana engkau?

[195]

Image
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. [al-Baqarah: 186]

[194]

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging  yang dimaksudkan ini adalah hati. [Riwayat Bukhari dan Muslim] berkawan rapat lah dengan hati. apabila kau menjaganya, dia akan menjaga mu. apabila kau memperindahkan nya, maka dia turut mengindahkan mu. sesungguhnya dia lah yang paling dekat dengan mu. insyaAllah, kita mampu :)

[193]

Image
Ya Rabbi,  hanya kepada Mu, aku berserah diri.  bantu lah aku dalam meluruskan hati.

[192]

pada malam bulan suram. dia mengadu pada angin rawan. tolong, tolong kirimkan sahabat buat dia. yang tidak kisah segala cela dia, dan sanggup mempercantik molek kan dia. yang tidak memanjai dia, si perempuan degil, dan sanggup memperkasa hati dia menjadi kuat. tolong, tolong. daratkan ke sisi dia seorang teman. yang mempertunjukkan jalan. yang memimpin tangan. menuju ke Syurga bersama. kehadapan Tuhan Maha Kuasa. --------- sekuat mana pun kita berteriak, kita katakan, aku mampu seorang seorang harung semua. tetap bila tergelincir jatuh tergolek, Allah akan hantarkan seseorang untuk bantu. Allah tahu. sungguh Dia tahu. waktu mana kita mampu sendiri. waktu mana kita mesti berteman. --------- sehingga ke waktu yang ditetapkan. dia harus terus menjadi kuat sendiri. untuk terus menunggu.

[191]

Image
dulu aku pernah cakap; bila mana kita sudah letak kan harapan yang sangat tinggi pada seseorang,  saat itu kita harus sedia untuk merasa kecewa yang sama tinggi juga. tapi itu dulu. sebelum aku berhenti meletakkan harapan pada manusia.  sebelum aku mula belajar untuk berharap hanya pada Dia. sungguh sungguh.  dan selepas selepas itu, aku tak jumpa dah kecewa.  sebab Allah Maha Tahu.  Dia tahu aku.  lebih dari aku tahu diri aku sendiri.  meski Allah tak bagi seperti apa yang aku harapkan.  [source: nadhirahhadi.tumblr.com ] sebab Dia, tak bagi apa yang kita mahukan. Dia bagi apa yang kita perlukan.

[190]

hujan basahi aku. basahi aku. dengan cinta. cinta milik Dia.

[189]

adakah kita mahu menjadi pencinta Cinta, atau mahu menjadi pencinta Pencipta Cinta? - Rin Ahmad, Untuk Semua Dosaku

[188]

Image
bagaimana aku tega, kembali dengan hati yang ini? hati yang tak terjaga baik. hati yang tiada indah seperti mula mula dahulu yang Engkau pinjamkan. bagaimana aku bisa pulangkan kembali? ke Negeri sana? ke hadapan Mu? [ tentang ] sungguh. aku tak sanggup.  bantulah aku, bimbing lah aku, Ya Rabb.