Posts

Showing posts from November, 2013

[228]

Image
dia. yang melindung diri dengan rasa malu. yang merendah diri untuk bangkit gagah. yang masih ada tegas dalam lembut. perempuan itu.  ya, dia lah.

[227]

sempurna tujuh hari. tujuh hari yang Tuhan ajarkan aku tentang hidup. bukan hidup aku. hidup orang orang lain. orang orang yang aku tak pernah kenal siapa. tiga orang perempuan sebenarnya. entahlah. Tuhan memang selalu baik dengan aku. seperti yang selalu jugak aku cakapkan, yang betapa mudahnya Dia turunkan setiap jawapan pada soalan soalan aku, seperti itulah jugak mudahnya Dia ajarkan aku tentang hidup. jujur. sebelum sebelum ini bilamana terbaca kisah kisah perit anak anak kecil yang dizalimi, tak pernahnya rasa syukur itu hadir kerana aku diberikan hidup lebih indah. rasa kasihan ya ada. tapi semenjak seminggu ini, aku tahu. aku tahu yang aku dah rugi sembilan belas tahun. rugi kerana hidup tanpa rasa syukur. maksud aku syukur yang sungguh sungguh. yang bukan hanya terlafaz di mulut. apa lagi yang aku mahukan bilamana Tuhan telah beri banyak? tak perlu pergi jauh sebenarnya. rasa hela nafas yang dihembus saja, sudah cukup untuk kita benar benar rasa s

[226]

"Faiza gigih sangat, saya terharu melihat ikhlasnya Faiza". Kata Din. "Hutang kena bayar... Jaja tak nak menyusahkan Din di akhirat nanti".  Burhanuddin tidak tahu ingin menyampuk yang bagaimana. Kenapa Faiza pandai sahaja membuat hatinya senang dengan segala kata-katanya. "Tak tau la umur Jaja ni panjang ke dak, kalau nak bertagak-tagak, Din". - Jaja & Din, Noor Suraya pernah baca? aku baru aje baca dua bulan lepas. padahal novel ni novel lama dah. bahasa Noor Suraya selalunya indah bagi aku. masa aku baca, kawan aku sorang duk ingat aku baca buku cerita kanak-kanak, sebab cover dia. eh? haha. setengah orang kalau beli novel memang akan tengok covernya. tapi kalau aku tak kisah sangat pun. memang lah dengan cover dia yang selalu akan buat aku terpanggil untuk beli, tapi bila aku baca blurp  nya atau sinopsis nya macam tak best, tak capai jugak aku. ok dah. novel ni kelakar. dan comel sangat :) tapi kelakar kelakar dia, ha amik!

[225]

as you grow older, you will discover that you have two hands;  one for helping yourself, the other for helping others. - Audrey Hepburn sepatutnya, semua orang macam tu lah kan. membantu membangunkan. bukan membantu menjatuhkan. tapi adat manusia, lebih sibuk menghukum atau lebih tepat, sibuk melabelkan orang sebelum tahu cerita sebenar. lebih sibuk bercakap belakang daripada memanjangkan tangan mencapai membantu. oh sebelum lupa, aku nak bagitahu. benda ini tuju nya ke aku dulu. macam lecturer aku cakap, " mulut orang yang menasihati, lebih dekat dengan telinganya sendiri banding dengan telinga orang yang dinasihat ". dan ya, ini lebih kepada teguran buat aku sendiri terlebih dahulu. aku selalu ngelat. ngelat untuk betul betul tolong orang lain. sebab bagi aku, kalau diri sendiri pun tak tertolong, macam mana nak tolong orang. kan? aku lupa aku ada dua tangan. aku tamak yang sampaikan dua dua tangan aku nak guna untuk aku seorang. padahal tangan ni pun Alla

[224]

Image
sekali lagi.  marah aku mengundang bencana.  dan terusan, rasa bersalah menghantui aku. tell me your secrets  and ask me your questions. let's go back to the start.

[223]

aku selalu sentuh tentang peluang. dan pilihan. dalam buku aku (?) pun, aku ada sentuh tentang dua benda ni. cari peluang. jumpa pilihan. kata buku aku. tapi aku terlupa sesuatu. sehingga semalam. aku terlupa yang kita, manusia adalah antara makhluk yang sering tak sedar. tak sedar tentang keadaan sekeliling kita. macam peluang peluang yang terbagi juga. kita sering tak perasan dengan peluang yang dah Dia berikan. yang untuk sedar akan peluang itu  cuma lah dengan kehendak Dia. cuma dengan izin Dia, kita dapat cari peluang. cuma dengan petunjuk Dia, kita dapat jumpa pilihan. aku terlupa tentang itu. sama macam hidayah dari Allah. tak semua orang dapat hidayahNya. tak semua. sebab atas kehendak Dia. semua atas kuasa Dia. ada orang dah berkurun dalam gelap, baru jumpa cahaya. ada yang mudah mudah saja dapat, tapi diabaikan pula. jadi, apa yang kita boleh buat? doa. doa biar kita ini menjadi insan terpilih. hamba yang terpilih untuk menggenggam hidayah dari Dia. terpilih unt