[186]

sepertinya dia
selalu senang keliru 
sama hidupnya dia, dirinya dia. 
serasa, apa yang dibuatnya kini, 
apa betul betul benar?

sepertinya dia 
merasakan kini ruang nya ini 
bukan milik dia lagi. 

ruang yang dahulunya menjadi teman 
selalu memeluk pujuk - menyuruh sabar 
selalu menyimpan semua rasa dan rahsia 
yang dia rasakan paling selesa paling selamat 

tapi untuk momen ini - tidak. tidak. 

sepertinya dia dan ruang ini 
menjadi sesuatu yang asing - jauh. 


dan seperti dibilang tadi. 
dia selalu senang keliru. 
apa sebenarnya, 
ruang ini yang menjauh 
atau hati nya dia yang memang tidak betah lagi di sini. 


selamat tinggal, Disember.

Comments

AdinataGus said…
Semoga hati yg lupa itu ingat kembali di mana tempat bermulanya memori ia singgah :)
tufah. said…
semoga begitu :)

Popular posts from this blog

[170]

belon terbang