23.11.13

[228]

dia.
yang melindung diri dengan rasa malu.
yang merendah diri untuk bangkit gagah.
yang masih ada tegas dalam lembut.


perempuan itu. 
ya, dia lah.


22.11.13

[227]

sempurna tujuh hari.
tujuh hari yang Tuhan ajarkan aku tentang hidup.

bukan hidup aku.
hidup orang orang lain.
orang orang yang aku tak pernah kenal siapa.

tiga orang perempuan sebenarnya.


entahlah.
Tuhan memang selalu baik dengan aku.
seperti yang selalu jugak aku cakapkan,
yang betapa mudahnya Dia turunkan setiap jawapan pada soalan soalan aku,
seperti itulah jugak mudahnya Dia ajarkan aku tentang hidup.

jujur. sebelum sebelum ini bilamana terbaca kisah kisah perit anak anak kecil yang dizalimi,
tak pernahnya rasa syukur itu hadir kerana aku diberikan hidup lebih indah. rasa kasihan ya ada.

tapi semenjak seminggu ini, aku tahu.
aku tahu yang aku dah rugi sembilan belas tahun.

rugi kerana hidup tanpa rasa syukur.
maksud aku syukur yang sungguh sungguh.
yang bukan hanya terlafaz di mulut.

apa lagi yang aku mahukan bilamana Tuhan telah beri banyak?

tak perlu pergi jauh sebenarnya.
rasa hela nafas yang dihembus saja,
sudah cukup untuk kita benar benar rasa syukur.


hidup mereka bertiga, buat aku sedar.
hidup aku ni dah cukup baik dah.
dah cukup, cukup.



segala puji hanya bagi Mu, Maha Suci Allah.

18.11.13

[226]

"Faiza gigih sangat, saya terharu melihat ikhlasnya Faiza". Kata Din.
"Hutang kena bayar... Jaja tak nak menyusahkan Din di akhirat nanti". 
Burhanuddin tidak tahu ingin menyampuk yang bagaimana. Kenapa Faiza pandai sahaja membuat hatinya senang dengan segala kata-katanya.

"Tak tau la umur Jaja ni panjang ke dak, kalau nak bertagak-tagak, Din".
- Jaja & Din, Noor Suraya



pernah baca? aku baru aje baca dua bulan lepas. padahal novel ni novel lama dah. bahasa Noor Suraya selalunya indah bagi aku. masa aku baca, kawan aku sorang duk ingat aku baca buku cerita kanak-kanak, sebab cover dia. eh? haha. setengah orang kalau beli novel memang akan tengok covernya. tapi kalau aku tak kisah sangat pun. memang lah dengan cover dia yang selalu akan buat aku terpanggil untuk beli, tapi bila aku baca blurp nya atau sinopsis nya macam tak best, tak capai jugak aku.

ok dah. novel ni kelakar. dan comel sangat :) tapi kelakar kelakar dia, ha amik! ada juga part yang mengharukan sehingga mengalir air mata. terharu dia bukan terharu yang biasa biasa. dia terharu yang bahagia. indah. novel ni indah :) 

berbaloilah beli. dan baca. sebab boleh dapat ilmu baru jugak. barulah bagi aku. macam kenapa nak kena ada tanda titik dalam huruf arab. ada kisah pasal Atiqah binti Zaid, yang aku tak pernah dengar pun namanya sebelum ni. ada ajar macam mana nak kira berapa banyak kita kena 'bayar hutang' kita kat Allah.

dan sebenarnya, itulah pun point utama yang aku nak cakapkan. tentang bayar hutang. tentang tanggungjawab pada Dia. macam yang tadi Jaja ada cakap dia tak nak menyusahkan Din kat akhirat nanti. sebab apa? sebab Jaja tu sekarang dah bawah tanggungjawab Din, suami dia. jadi apa silap yang dia buat, Din pun terkena jugak tempiasnya. akan kenal soal jugak nanti kat Sana. kalau Jaja ada buat salah, dan Din tak tegur, Din pulak yang dipertanggungjawabkan. kesian suaminya.

macam kebanyakkan anak dara sekarang, ok tak banyak pun lah sebab aku pun dengar dari dua tiga orang aje, yang duk cakap, "alaa.. nanti aku dah kawin lah baru berubah, kalau dak sian laki aku". wahai! tahu tak yang bila kita ini perempuan yang belum berkahwin, kita ini dibawah tanggungjawab ayah ayah kita? tak kesian ka dengan ayah kita, kut esok kena soal siasat lama lama disebabkan kita. TT_TT sedih sangat kalau ada yang cakap macam ni. padahal ayah tulah yang ada dengan kita dari kecik. tapi tup tup, duk kesian kan kat bakal suami yang tak tahu siapa lagi tu. sedih lagi.


"tapi ayah saya pun bukannya baik sangat. lagu mana?". 

ok ini kita cerita hari lain. eh?

tak lah. kita, dah besarkan. dah mumaiyiz, boleh tahu mana baik mana buruk. mana betul mana salah. tahu hukum. kalau tak, takda lah kita duk nafikan. dah arif dah tentang hal hal ni. bila dah tahu dah jadi tanggungjawab. kena lah tanggung supaya mudah kita menjawab di sana. dan jadi anak, anak yang baik, kita bantulah jugak mak ayah kita untuk lunaskan tanggungjawab dia orang. 

kena utamakan tanggungjawab yang utama. sebagai Islam, dah tentu tentu tanggungjawab pada Allah. sebagai anak, kepada siapa lagi kalau bukan mak ayah. yang di soal pada kita nanti tentang tanggungjawab kita pada orang tu, apa yang kita dah lakukan pada dia. bukan apa yang dia dah lakukan pada kita.

ingat tak kisah pemuda masa zaman Nabi Musa a.s? yang akan berjiran dengan Nabi Musa di Syurga. pemuda yang beribubapakan seekor khinzir. rupa ibu bapa nya ditukar manjadi rupa khinzir yang sangat hodoh kerana dosa mereka. tapi anak dia orang, pemuda tadi tu tetap buat baik, lunaskan tangunggjawab dia sebagai seorang anak. tiap tiap hari dimandikan mak ayah dia, tiap tiap hari didoakan keampunan buat mak ayah dia. dan atas sebab itu, dia diangkat jadi anak yang soleh dan hidup berjiran pulak dengan Nabi Musa di Syurga. SubhanAllah!!


sambung pasal tadi. hutang yang Jaja gigih nak bayar, adalah hutang solat yang dia tinggalkan dahulu. adat berhutang, kenalah bayar. kan? :)

untung jadi perempuan ni sebenarnya. kan? sebab sentiasa ada orang yang di atas kita dahulu untuk sentiasa ingatkan kita. ada orang yang lindung kita. dan nah, ini antara buku buku lain yang boleh baca jugak untuk kita kita;
  1. Maryam: An Examplary Muslim Woman - Harun Yahya
  2. Aisyah Keanggunan Sejati - Sulaiman An Nadawi
  3. Syahadah Gadis Ateis - Imran Haaz


semoga kita, menjadi hamba Nya yang terpilih untuk lebih dekat pada Dia :)

15.11.13

[225]

as you grow older, you will discover that you have two hands; 
one for helping yourself, the other for helping others.
- Audrey Hepburn



sepatutnya, semua orang macam tu lah kan.
membantu membangunkan. bukan membantu menjatuhkan.

tapi adat manusia, lebih sibuk menghukum atau lebih tepat, sibuk melabelkan orang sebelum tahu cerita sebenar. lebih sibuk bercakap belakang daripada memanjangkan tangan mencapai membantu. oh sebelum lupa, aku nak bagitahu. benda ini tuju nya ke aku dulu. macam lecturer aku cakap, " mulut orang yang menasihati, lebih dekat dengan telinganya sendiri banding dengan telinga orang yang dinasihat ". dan ya, ini lebih kepada teguran buat aku sendiri terlebih dahulu.


aku selalu ngelat.
ngelat untuk betul betul tolong orang lain.
sebab bagi aku, kalau diri sendiri pun tak tertolong, macam mana nak tolong orang. kan?

aku lupa aku ada dua tangan.
aku tamak yang sampaikan dua dua tangan aku nak guna untuk aku seorang.
padahal tangan ni pun Allah yang kasi pinjam. semuanya pun Allah yang kasi pinjam.

satu untuk kau. satu untuk orang lain.
bukannya dua dua untuk orang lain.
jangan jadi kedekut.

buat baik, balasnya baik.
lambat cepat, urusan Dia.
baiknya tak dapat ke diri sendiri,
dapat ke mak ayah. dapat ke anak nantinya.

jangan duk berkira.
jangan sibuk pertikai.

tapi sibuk sibuk lah tanya kat diri sendiri,
apa je yang aku dah buat untuk tolong orang?



Wahai orang orang yang beriman! 
Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan
 menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Muhammad: 7]



dan sungguh. apa je yang aku dah tolong selama aku hidup ni? 


13.11.13

[224]

sekali lagi. 
marah aku mengundang bencana. 
dan terusan, rasa bersalah menghantui aku.



tell me your secrets 
and ask me your questions.
let's go back to the start.

5.11.13

[223]

aku selalu sentuh tentang peluang. dan pilihan. dalam buku aku (?) pun, aku ada sentuh tentang dua benda ni. cari peluang. jumpa pilihan. kata buku aku.

tapi aku terlupa sesuatu. sehingga semalam. aku terlupa yang kita, manusia adalah antara makhluk yang sering tak sedar. tak sedar tentang keadaan sekeliling kita. macam peluang peluang yang terbagi juga. kita sering tak perasan dengan peluang yang dah Dia berikan. yang untuk sedar akan peluang itu  cuma lah dengan kehendak Dia.

cuma dengan izin Dia, kita dapat cari peluang.
cuma dengan petunjuk Dia, kita dapat jumpa pilihan.

aku terlupa tentang itu.

sama macam hidayah dari Allah. tak semua orang dapat hidayahNya. tak semua. sebab atas kehendak Dia. semua atas kuasa Dia. ada orang dah berkurun dalam gelap, baru jumpa cahaya. ada yang mudah mudah saja dapat, tapi diabaikan pula.

jadi, apa yang kita boleh buat?


doa. doa biar kita ini menjadi insan terpilih. hamba yang terpilih untuk menggenggam hidayah dari Dia. terpilih untuk sedar akan peluang peluang dan tak tunggu lama untuk ambil dan buat pilihan. doa dengan hati yang tak lalai.

sungguh Allah tahu sikap sifat manusia. sebab Dia yang ciptakan kita. Allah tahu kita memang akan jadi sering terlupa. terlalai. sering terlepas peluang peluang berharga. sebab itu bukan sekali dua saja Dia hadiahkan peluang untuk kita. setiap detik kita buka kan mata dari tidur kita, itulah peluang kita sebenarnya. Allah Maha Tahu.



semoga, untuk peluang berada dalam tahun baharu ini, kita ambil dan guna sebaik baik nya. semoga, kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha Dia. lebih dekat dan lebih cinta pada Dia.

insyaAllah :)

Salam Maal Hijrah 1435