7.12.15

[268]

Aku yang selalu pura pura cool.
Aku yang tak pernah nak kisah tanpa ada sesiapa di sisi.
Aku yang tak pernah suka hal remeh temeh.
Aku yang punya kepakaran membuang segala masalah.

Semua semua itu, tidak lagi ada pada aku.
tidak ada selepas kau muncul.

4.12.15

[267]

bila dah jumpa orang yang boleh terima busuk kita, kita kena simpan dia.
sebab tak ramai yang sanggup tahan dan entah bila kita akan jumpa lagi.

tapi, tak kan nak pentingkan diri?
simpan dia dan biarkan kita dengan busuk kita, sampai bila dia mampu tahan?
dan sampai bila kita nak terus jadi busuk?

hari ke hari, kalau kita asyik jadi sampah, orang pun menyampah. 

hari ke hari, kita patut ubah lah.
bukan ubah terus jadi yang lain.
cukup ubah untuk jadi yang lebih baik.

bila kita wangi, ramai orang sayang.
tapi kita tetap sayang lebih dekat yang pertama,
yang tahan dengan busuk kita tu :)

13.11.15

[266]

manusia matang bukan semata kerana meningkat nya umur.
manusia matang dengan fikiran. dengan perwatakan.

manusia matang, bila belajar daripada kejadian yang telah terjadi,
pada dirinya atau pada sekeliling nya.

dua puluh dua hari ini.
tidak banyak yang aku minta.
selain syukur masih diberi peluang oleh Tuhan,
aku mohon, moga aku menjadi pelajar yang benar benar belajar
daripada tiap kejadian yang telah terjadi.
aku juga mohon, moga aku diberi lebih sabar dalam setiap hal.

mohon agar Tuhan terus sudi menunjuk jalan
dan aku sendiri tidak berhidung tinggi.


tiap yang jadi ada hikmahnya. 
dan pengertian yang sebenar adalah, 
bagaimana kita belajar daripada hikmah tersebut.

10.9.15

[265]

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki, kan ku cari langit.
Terbang, terbang tinggi awan, pilu menanti bersama pelangi.
- Yuna, Langit.

--
terbang memang seronok.
berada terapung di awangan, terasa semua milik kita.

tapi bila lama tidak menjejak tanah,
bila lama terapung tanpa tujuan,
mana kan tidak hati menjadi gusar?

kerana, tiba tiba sudah rasa tidak pasti.
untuk terus terbang dengan rasa seronok
atau kembali ke tanah yang dirindu.
--

Boleh terbang, tapi tiap-tiap terbang mesti pulang.
- Wani Ardy, Langit Vanilla.

26.7.15

[264]

sesak. 
lelah. 
kaku.

bagaimana aku boleh ada di sini?

di sini yang kaki aku tenggelam sempurna.
diselimuti pasir pantai --ketat.
di sini yang aku nampak segala.
tapi tak bisa sentuh --penat.

aku terjerat lagi.
aku jauh kembali.

dari semua yang aku hendakkan. 
--langit jingga.
--matahari lawa.
--laut membiru.

aku mahu punya semua.
tapi aku, tak mampu.

--langit gelap. 
--matahari tiada. 
--laut senyap.

dan aku, baru mampu bebas?
setelah apa yang aku hendakkan pergi semuanya,
baru aku mampu lepas?

untuk apa?

--------
yang kita hendakkan bukan semestinya yang kita perlu. 
jangan tamak bilamana Dia lebih tahu perlu kita daripada mahu kita. 

itu pasir pantai seluas itu, kenapa tidak terperasankan?

23.7.15

[263]

aku menjadi sangsi sendiri.

mengapa orang tidak menilai bahagia dalam sunyi?
kenapa perlu bahagia hanya diletak pada cinta berdua?


sunyi itu bahagia.
bahagia yang kita punya seorang.




mood: sedang baca Selamat Pagi Cinta, Aidah Bakri :)

1.7.15

[262]


sometimes its just gets too much.
I feel that I've lost touch.





My Lord, show me right from wrong.
make me strong.

[261]

berkat Ramadhan ini, 
aku mohon. 


pulihkan hati kembali. 

9.6.15

[260]

baca yang ini dulu.

sebenarnya, bukan mudah untuk kita tak ambil hati langsung bila ada orang yang tak suka kan kita. tipu sangat kalau kita memang tak ada rasa sikit pun. lebih lebih lagi bila, orang yang tak suka kita sekarang adalah orang yang paling rapat dengan kita dulu.

tapi balik pada diri sendiri lah.
nak layan kan rasa tu atau nak abaikan.
pilih sendiri.

dan aku. pilih atau tak pilih, kadang mesti aku akan layan kan rasa yang tak best tu. akan terasa hati. walaupun otak aku duk tegah, cakap jangan nak terasa sangat, tapi hati aku selalu tak sependapat. degil sangat hati ni pun.

frasa 'aku benci kau', tak akan buat aku terasa sangat
berbanding frasa 'aku menyampah dengan kau'.

sebab. bila menyampah tu macam bawa maksud yang orang tu, dah penat dengan kita. dah malas nak layan. macam, alangkah bagusnya kalau kau tak pernah wujud dalam hidup aku..


aku tak tau orang lain. tapi kadang aku ada rasa yang orang tertentu tak suka dengan aku. kalau orang yang aku tak kenal, tak pernah rapat, memang aku tak heran. tapi kalau kawan sendiri?



cumanya. apa yang orang lain tak tahu.
orang yang dikatakan menyampah ini,
pun sebenarnya menyampah dengan diri beliau sendiri. haa

menyampah sebab daripada dahulu dia dah tahu dia suka buat orang rasa menyampah dengan diri dia, dan dia cuba ubah tapi sampai ke saat ini dia tak dapat dapat nak ubah.

menyampah sebab dia buat sesuatu yang terang terang orang yang dia sayang tak suka.

menyampah sebab dia tak boleh nak benci diri dia sendiri. sebab kalau dah benci diri sendiri siapa lagi nak sayang dia? dan dia tahu, manusia memang tak patut pun benci diri sendiri. Allah dah kasi nikmat yang paling indah, diri sendiri. jadi kenapa nak benci nikmat Tuhan pula.



ehh tiba tiba rasa macam loser sangat pula. 



bukannya nak minta paham, minta terima dengan perangai yang menyampah ni.
cuma nak minta sabar sikit.
sebab beliau ini pun tengah cuba sabar.

6.6.15

[259]

stranger, hai.

kita jumpa kembali sekejap tadi.
dan semoga bertemu lagi di lain kali.

:)

2.6.15

[258]

setiap kita ada tempoh masing masing. dan tempoh antara kita tak sama. tempoh kau gembira mungkin lagi panjang dari tempoh aku gembira. tempoh dia sedih mungkin kurang sikit dari tempoh kau sedih.

tapi, macam mana nak rasa nikmat dalam dua dua benda ni?
sebab dua dua benda ni ujian Dia. apa yang Dia beri adalah nikmat.

bagaimana nak merasai nikmat dalam musibah?


--sabar. syukur.

sabar, pada fikiran aku, sabar ni perkara yang tak ada had. bila kau kata, "ah aku dah penat! sabar aku pun ada had jugak.", ini bukan sabar. bila dah penat, sabar lagi. sabar sampai mati. ramai orang salah anggap sabar tu dengan tak buat apa apa perkara. do nothing. sabar menunggu tanpa apa apa perancangan, itu bukan sabar.

sabar, bila kita dah buat habis daya, tapi tetap tak dapat.

sabar dalam usaha.
sabar dalam doa.
sabar dalam berserah.
sabar dalam solat.

memang. senang cakap dari buat. kan?


aku tak suka nak bandingkan kita dengan Nabi. sebab Nabi bukan tandingan kita.
Nabi patut kita ikuti, kita contohi. sabarnya Nabi dahulu kesannya sampai ke kiamat.

kalau kita sabar sekarang, kesannya sampai kita mati. sabar sampai mati.
orang sabar Allah sayang. sebab kesan dia besar.


senang cakap dari buat. kan?




demi memohon sabar itu sendiri. perlunya sabar.

[257]

silapnya aku.
bila berkasih tak berpada.
bila menyayangi sepenuh raga.

silapnya aku.
kerana memegang yang bukan milik.
kerana mengharap pada yang bukan hak.




maka Tuhan,
ampuni lah aku.

maka Tuhan,
janganlah Engkau biarkan aku mencintai makhluk Mu lebih dari aku mencintai Mu.
tetapi biarkan lah aku merasai cinta kepada makhluk Mu kerana cintanya aku kepada Mu,
dan cintanya dia kepada Mu.

maka Tuhan, bantulah aku.




"bila sayang berpada-padalah, 
risau nanti hati yang punah."

24.4.15

[256]

dalam dunia ni,
bukan semua orang suka kita.
dan bukan semua orang juga yang tak suka kita.

lebihnya kita pada orang yang ini,
mungkin itu lah kurangnya kita pada orang yang itu.

dan ya, kita tak mampu nak puaskan hati orang orang keliling kita.


tapi, jangan disebabkan kita pegang pada 'kita-tak-mampu-puaskan-hati-orang',
kita langsung tak nak usaha, tak nak cuba buat kan dia, si orang itu rasa suka pada kita.

benda yang kita kena buat, kita patut buat. hasil lepas tu, terpulanglah.
kalau dia tetap tak nak suka dekat kita, walaupun kita dah buat macam macam, biar lah.
asalkan 'buat-macam-macam' tu tak mendatangkan mudarat, jadi biar lah.



macam mana kita nak orang hormat hak kita,
macam tu jugak lah kita kena hormat hak orang.

biar lah.
jangan ambil hati sangat :]

14.4.15

[255]

bila dalam pembelajaran, atau nak dekat dekat exam, kita akan doa sungguh sungguh. 
kita doa, agar kita mudah paham pembelajaran. atau agar kita cemerlang dalam exam.

doa sudah. 
usaha sudah. 
tawakal pun sudah. 

tapi masih, apa yang kita harapkan, yang kita doa kan. 
-- tak dapat.

bila belajar rasa payah sangat nak masuk. 
padahal alhamdulillah, hubungan dengan Allah kita jaga elok elok dah. 

sebabnya?

satu, yang memang kita jarang nak perasan,
kita ni lalai dalam laksanakan tanggungjawab kita.
lalai dalam menjaga hubungan kita dengan manusia.

jadi anak, kita rasa kita dah cukup patuh dah dengan mak ayah. selalu saja call mereka tanya kabar. tapi hati sendiri masa tu mungkin tak cukup ikhlas. masa mak call tu, mungkin rasa macam alahai malasnya lah nak angkat.

sebab tu,
bila kita tak dapat benda yang kita nak,
bukan semata kerana benda tu tak baik untuk kita
atau benda tu bukannya yang kita perlu.
tapi sebab, kita ada terlalai sikit.

sebab tu, kita kena selalu semak diri semak hati.
tanya sendiri,

"hari ni, apa khabar iman aku?"
"hari ni, aku ada benci orang tak?"
"hari ni, aku ada termasam muka ke kat siapa siapa?"


ya, manusia bukannya sempurna.
dan kita adalah manusia.

sebab tu kita kena selalu minta maaf,
sebab tu kita kena selalu muhasabah diri.



perkara ni sama saja untuk semua keadaan sebenarnya. contoh, dalam isu jodoh. selalu rasa kenapalah jodoh aku lambat? kenapalah aku dapat orang yang tak memuaskan hati? semak balik diri kita yang dulu dulu. mungkin kita ada terbuat dosa dekat parents terutama, mungkin kita ada tersakit kan hati orang sangat sangat. atau mungkin kita sendiri banyak mengelatnya dalam menjaga hubungan dengan Allah. 


masa lalu memang tak boleh ubah dah.
tapi untuk masa akan datang, kita masih punya peluang nak rangka baik baik.

8.4.15

[254]

menjadi manusia seperti aku,
yang rasa kasihnya melimpah ruah,
-- payah.

payah untuk melepas rasa.
payah bila punya teman yang berbuat aniaya,
dan mahu membuang rasa kasih pada dia itu.

cakap orang, baiklah kiranya kita memaafkan.
jika mahu hati tenang, maka maafkan lah.


memaafkan datang bersama memori.

ini payah yang kedua.

bagaimana mampu untuk melupakan pada memori bersama si orang itu?
baik memori yang mengundang tawa,
dan memori yang memendam duka.

kerna sampai ke hari ini, walau pun sudah bertahun,
tetap aku tak punya daya untuk melupakan.

lalu, aku menjadi sangsi sendiri,
apa benar aku sudah betul betul memaafkan?





untuk yang melukakan, terima kasih. 
untuk yang dilukai, maaf.



15.2.15

[253]

manja dan mengada-ngada, pengamatan aku, benda dua ni berbeza. contoh, mengada-ngada macam anak buah aku yang suka buat muka mengada-ngada, kejap nak minta dukung kejap tak nak haha. manja, contoh bila mak ayah duk manja kan lah anak dia tu sampai anak dia tak pandai buat satu apa kerja pun sendiri walau umur dah layak amik lesen motor.

benda manja ni benda paling serius. sebab kalau benda mengada-ngada ni, macam contoh tadi aku bagi, kalau kita tak layankan, dia pun tahu penat. aku selalu buat kat anak buah aku hahaha. jadi tak berapa nak serius sangat berbanding manja tu.

dan bagi pengamatan aku lagi, benda manja ni boleh dikurangkan bila adanya keadaan yang memaksa. anak yang manja tadi mungkin boleh dikurangkan kemanjaan dia tu, bila mak ayah sendiri yang paksa diri mereka untuk paksa anak diaorang masuk sekolah asrama penuh. mungkin. tapi key point nya adalah paksa.

------------

hati aku manja. 
dan ada sedikit ego.

maka Ya Allah, 
Kau paksa lah aku. 
pasak kan aku pada keadaan yang memaksa.

memaksa hati aku untuk sentiasa ingat Kau. 
memaksa jiwa aku untuk tambah cinta pada Kau.  

kerana sungguh, aku dah tak tahan dengan hati aku yang manja ini.




keikhlasan wujud daripada keterpaksaan. - unknown

12.2.15

[252]

apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan... benda tu akan jadi satu perkara yang kau akan ingat sampai bila bila. apabila perkara tu terkumpul dengan perkara perkara sedih yang lain.. kau tau tak, sakit? dan masa tu, kau menangis macam mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.  - Lisa, Tentang... Dhiya.


masa lalu tak pernah hilang. 
dia ada tiap masa, walau pun kita tak sedar. 
walau pun kita lupa kan macam mana, dia ada. 
ekori kita walau ke mana pun. 

terutama masa lalu yang sedih. 
terutama masa lalu yang tak diluahkan. 

tahu bila dia muncul balik? 
bila kita tengah sedih dengan keadaan kita yang sekarang. 

masa ni, semua rasa yang lepas lepas. 
semua memori yang kita yakin dah hilang. 
akan bermain di depan kita, satu satu. 

dan kita sakit. 
kita rasa menyampah. 
kita rasa marah. 

marah sebab kita tengah sedih, 
tapi dia pun sibuk nak muncul jugak. 


dan masa ni, kita menangis macam mana pun, 
semua rasa tu tak nak lepaskan kita. 

9.2.15

[251]

kadang, kau menulis bukan untuk orang lain baca. 
tapi mungkin lebih pada cara kau nak luahkan semua rasa.
- ayat orang.

aku tambah,
...dan kalaupun bukan untuk orang lain baca, 
tapi untuk kau yang di masa hadapan. 


ini. sebab aku menulis.

boleh saja nak tulis dalam jurnal tanpa perlu dipapar umum.
tapi kenapa kita kadang pilih untuk tulis di blog? atau facebook?

satu, mungkin benda yang sama jadi dekat orang lain.
lalu orang lain tu boleh guna dan jadikan iktibar. atau bagi semangat dekat kita.

dua, macam yang aku cakap tadi. untuk bagi diri sendiri yang pada masa depan baca. macam reminder. bila dipapar umum, jadi takut untuk buat benda yang berlawanan daripada apa yang dah ditulis.


kemudian akan ada pula yang cakap,
kenapa kena meluahkan rasa pada umum? sorang sorang pada Allah, tak boleh ka?

*pause*

nak jawab apa? kalau ada orang tanya depan depan macam ni nak jawab apa?


pernah tak rasa macam ni,
yang mana bila lepas saja habis solat, dan kau tadah tangan, berdoa, mahu meluah segala rasa pada Maha Kuasa, padahal kau tahu dah yang Dia tahu segala, kau tadah tangan tapi apa yang kau nak doakan, apa yang kau nak luahkan, tak terkeluar. walau pun dalam hati. hati kau tak ada rasa apa. dan kau rasa sedih sangat sebab tak dapat lepaskan apa yang kau rasa. kau rasa sedih sebab apa yang kau nak adukan, tak terkeluar. dan kau nak menangis. tapi air mata kau pun tak sanggup nak keluar.

pernah rasa?

4.2.15

[250]

mari kita membedah buku hari ini. eh tidak, aku tak nak cakap pasal buku atau novel. aku nak cakap pasal penulis buku. jadi yang sepatutnya adalah, mari kita membedah penulis buku hari ini. hahaha tak kena langsung. okay. abaikan apa yang tak penting.

ada orang baca buku atau novel sebab minat pada genre nya. orang lain pulak mungkin sebab plot nya. dan orang yang lain lagi mungkin sebab penulis nya. dan aku jatuh pada yang ke tiga. jujur, aku bukan jenis yang rajin sangat nak baca review orang pasal buku ni, buku tu. tapi aku rajin masuk kedai buku dan rembat apa apa je buku walau pun aku tak rancang pun nak beli. a'ah aku memang akan membazir kalau bab beli buku. sebab ada aje buku yang aku beli tiba tiba tapi buku tu tak best pun. ada aje buku yang aku baca sekerat. membazir betul.

cuma satu. tiap kali masuk kedai buku benda pertama aku cari novel baru dari penulis penulis yang aku suka. sebab walau apa pun kisah novel dorang aku akan beli, aku akan kumpul. contoh, macam Syud. tulisan dia ada banyak dalam novel kompilasi. jadi aku akan beli novel kompilasi tu demi untuk baca tulisan dari dia. orang lain punya yang ada sama dalam tu, kalau kenan di hati habislah aku baca, kalau tak tak lah. itu kira membazir jugak ke? haha tak nak tahu.

aku suka Syud sebab apa yang dia tulis pasal kita kita. maksudnya tentang rakyat marhein. tentang apa yang jadi kat orang yang biasa biasa. dan latar belakang tempat sekitar johor-kl, yang mana aku boleh bayang dalam kepala tempat tempat sekian.

aku suka Noorsuraya sebab bahasa dia. aku selalu rasa bahasa yang Kak Su guna tu indah. sangat. cerita dia macam ada kelembutan. macam gaya ibu ibu. sama macam Tere Liye, penulis dari seberang. bahasa mereka sangat indah. menegur dengan penuh kelembutan. ada rasa kesederhanaan. ada rasa ketenangan. haa macam tu.

aku suka wani ardy. tak payah cakap sebab apa. aku pun tak tahu. orang kalau suka orang lain tak perlukan sebab kan sebenarnya. dia just, suka. apa yang wani tulis, itu yang aku suka. apa apa pun. dan hari tu aku ada peluang jumpa dia depan depan tapi aku lepaskan peluang tu. bila kau jumpa orang yang kau kagum, kau akan jadi tak tahu nak buat apa depan dia. tu lah aku.

ouh dan. Rin Ahmad. penulis yang jadi sebab aku tulis entri ni. sebab aku baru habis baca novel baru dari dia, Bimbo. apa Bimbo bimbo ni? beli lah dan baca. haha. kan aku ada cakap aku ni dulu kuat benar judgemental nya. aku kurang suka sikit baca novel cerita tentang orang orang yang berada ni. macam tak masuk dalam jiwa. macam haih payah lah nak cakap. prejudis lebih aku ni. tapi rin ahmad berjaya ubah apa yang aku rasa. dengan penulisan dia. yeay! aku tahu rin ahmad, dari first novel dia, Untuk Semua Dosaku. masa tu kakak aku yang mintak tolong belikan. aku tak sangka itu tajuk novel, aku ingat kan buku motivasi ke apa. aku baca dan aku terus tertarik dengan rin walau pun aku bukanlah follower blog dia.

satu persamaan penulis penulis ni semua, novel dorang ada ilmu. bukan cerita fantasi yang semata mata untuk menghiburkan hati. aku rasa jadi penulis memang itu tujuan nya kan? untuk beri ilmu pada orang yang membaca. jadi makna nya, aku bukan lah penulis. perapu mungkin. hahaha tiru ayat orang selamba aje. ouh kalau suka baca novel tolong lah pergi blog ni jugak [klik sini].




aku baru balik dari langkawi. orang lain duk borong cokelat lah corelle lah, aku rembat novel Bimbo aje. jauh berjalan novel tu. nampak sangat hati aku jatuh pada buku.

30.1.15

[249]

pada tiap tiap apa yang jadi, 
ada hikmah menyelusuri. 
cepat atau lambat. 

tapi kita ini, 
bagaimana kita ini mahu terima 
dan mahu belajar dari apa yang terjadi. 

--------------

wahai hati, 
lembut lah. 

dan bersabar lah.

17.1.15

[248]

empat tahun.
sini tempat aku. 

menulis tentang banyak hal. 

jatuh. 
bangun. 
jatuh. 
lama. 
leka. 
bangun lagi. 


empat tahun. 
yang aku lihat sendiri, 
manusia apa aku ini. 


banyak. 
macam macam yang Dia bagi kan. 
yang aku minta dan aku dapat. 
yang aku tak minta pun dapat. 
yang aku tak nak jadi, jadi juga. 

macam macam yang Dia bagi kan. 
segala peluang. dan pilihan. 


ini. tempat ini. 
nikmat yang paling padat.