31.7.26

[513]

Merasa sakit menjadi bukti sedang hidup. 

Merasa sakit itu, perkara yang telah berlaku, kan?
Ada sesuatu yang berlaku, mengakibatkan sakit. 

Dan memori, tempat menyimpan apa-apa yang telah berlaku.
Memori menyimpan rasa sakit. 

Beroleh merasa sakit, menjadi bukti masih hidup. 

Jadi, kita sedang hidup dalam memori. Kan?

[512]

Benar mungkin. 
Aku masih terperangkap.
Dalam kehidupan aku yang belasan dahulu. 

Aku hidup dalam memori. 
Aku rela terus terperangkap, 
dalam memori aku yang belasan. 

Kerana ketika aku belasan, 
aku betul-betul merasa aku.

Tapi, aku rindu juga aku yang duapuluh. 
Aku rindu juga aku yang tigapuluh. 


Dewasa aku yang masih dalam perangkap belasan aku, 
merindukan aku yang dua-tiga puluh. 

Kerana, aku hidup dalam memori. 


21.7.26

[511]

Seperti mana tulisan-tulisan kamu memeluk aku, memujuk dalam banyak-banyak hari sedih ku. Yang sama seperti itu juga ingin aku hadiahkan kepada kamu. 

Tetapi aku ini cuma antara debu-debu yang tak terlihat. 

Maka, aku mohon pelan-pelan, untuk kamu terus tumbuh dan kembali kuat.

20.7.26

[510]

Dah diberikan setaman bunga-bunga indah. 
Warnanya terang, baunya harum, kelopaknya segar. 

Tetap, yang kau cari-cari, durinya. 
Yang kau tanyakan, "Hidupnya lama mana?"

--

Dicarinya duri, tertusuklah jari. 
Berdarah. Bunga hilang indah. 

Dan kau soalkan, "Kenapa?"



(Mungkin patut diberikan kaktus)
(Durinya nampak, tidaklah sengaja memilih luka)

4.7.26

[509]

It's the same old song. 
And getting out of tune more often. 

Rewind. Rewind. Rewind. 

It is a broken record now.

30.6.26

[508]

 





(benda lama masa obses lettering)

(patut letak sini juga ke segala lettering dulu?)

24.6.26

[507]

“Hi. It has been a while”, she said. 

Then she left.

Burden me with a bundle of memories, 
running inside my head, stomping my heart. 

Gasped for the air. 

None. 

Because she took it with her too. 

[506]

Dan seperti angin kasar menampar pipi, 
Dia datang menyapa kembali.

Sekejap. 
Tapi paling terkesan. 

Terhempap aku, dikambus beban kenangan. 

17.6.26

[505]

Entah sejak bila, mula dari mana,
bayang insecurity diam-diam muncul. 

Dari cuma mengintai di hujung penjuru, 
sekarang sudah mula menyusur, 
cuba merapat bersatu dengan bayang aku sendiri. 

Dia belum pun selubungi aku sepenuhnya. 
Tetapi aku sudah cemas sebegini.

Tak boleh. Tak boleh.


16.6.26

[504]

“Engkau adalah bunga yang gugur, bertebaran ditiup bayu.
Dan aku adalah tanahnya, yang menyimpan semua kenanganmu." 

-Moonbyul, 4 Flowers 

14.6.26

[503]

Pisau yang dalam genggaman, 
engkau sorokkan di balik badan. 
Dengan sengaja tidak kau hunus 
cuba menikam dada aku. 

Kerana sejak awal lagi engkau niatkan, 
senjata utama engkau bukan pada tangan. 
Tetapi pada kata-kata yang kau hati-hati pilih 
untuk diseranahkan kepada aku. 

Kerana engkau tahu sungguh, luka kata-kata lebih dalam. 
Lebih lambat pulih bila luka dan parutnya tidak nampak. 


I almost caused an accident. 
Aku hampir buatkan seseorang mati. 
It's not simply a mistake. 
It was plain stupid. 
Bodoh. Bodoh. Bodoh.

10.3.26

[502]

Rupanya, 
Bukan kerana aku tidak tahu apa aku mahu. 
Tapi kerana banyaknya dosa yang berulang, 
dan luasnya pengharapan yang aku perlu. 
Yang membuatkan aku kaku tak tahu mana nak mula. 


“Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun 
dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah 
keampunan kepada kami.”


7.3.26

[501]

Ada banyak peluang. 
Kau yang tak pernah cuba memenuhi ruang. 
Kau menyalahkan masa. 
Sedangkan kau yang sering berkira-kira. 

Tak ada yang mengikat pun. 
Tak ada tali halimunan pun. 

Selagi masih ada nyawa, buat saja segera.
Tak adalah rugi berkali-kali, 
dan menyesal kemudian hari. 

19.2.26

[500]

Untuk semua pertarungan yang kita bersungguh penat melawan; yang selalu bermain dalam kepala dan yang kita gaduhkan dalam hati; pertarungan yang tak terjelas pada mata; 

Moga, untuk semua-semua itu, akan tercatit menjadi bukti pelindung di akhir kita nanti. 


Salam Ramadan 1447.

18.2.26

[499]

Apabila kau tahu tiada apa yang kekal, 
Kau sedar untuk belajar berpada-pada. 

Kau boleh mencintai sepenuh raga. 
Tapi bila cinta mula menyesak dada, 
Kau akan segera memilih membela jiwa. 

Tiada apa yang kekal selagi belum mati. 
Baik cinta, mahupun benci. 

Kau boleh herdik pada langit yang datangkan ribut.
Tapi, seperti pelangi, itu semua akan pergi.

Apabila kau tahu tiada apa yang kekal, 
Kau sedar, bahagia itu sementara. 
Kecewa kau juga sementara. 

17.2.26

[498]

Dua manusia, duduk berhadapan. 
Dua-dua dengan kertas dan pensil. 

Seorang melukis satu bentuk hati. 
Seorang menulis satu kata cinta. 

Sama makna. 
Beza cara.

15.2.26

[497]

Pada setiap akhir baris kata yang kau sembahkan malam kelmarin,
Aku teriakkan sendiri dalam diam. 

“Bukan aku. Bukan aku!” 

Si jiwa ranap; bukan aku. 
Si pemimpi hebat; juga bukan aku. 

Jiwa aku tak ranap, cuma luka-luka. 
Mimpi aku tak hebat, cuma iya, ada lah. 

Aku cuma, ada. 

[496]

Aku bukannya asing, tidak tergolong di mana-mana. 
Aku bukannya istimewa begitu.

Aku hanyalah pohon semalu di tepi jalan. 
Berharap-harap ada daun kering jatuh, menutupi aku.

Kelihatan dipandangan mata, kemudian diendahkan. 

14.2.26

[495]

Paling Atas 

Antara kita dua 
Aku selalu merasakan 
Akulah yang paling menyayangi. 

Selalu merasakan yang cinta aku kepada kamu 
Lebih dalam daripada cinta kamu untuk aku. 

Selalu hendak menjadi juara, 
Aku lebih atas dalam membagi kasih dan sayang. 

Selalu menyatakan, 
Akulah yang paling banyak berkorban segala. 
Demi mencantikkan hubungan kita dua. 

Dan engkau tetap di situ, 
Tidak langsung mencuba membantah. 
Tetap di situ, terus mencintai. 

Tanpa aku sedar bahawasanya, 
Engkaulah selama ini yang paling mahu 
Paling melindungi mencantikkan kita dua 
Dengan tidak membantah aku. 

Dan kerana itu, 
Untuk kamu yang masih setia 
Tetap bersama aku yahg degil, 
Tetap diam membiar aku menang, 
menjadi ter-paling atas dalam apa pun, 
-- Terima kasih. 

Engkaulah yang layak menjadi paling atas.