nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung dan ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang dikelilingnya itu, dia hanya melihat kekurangannya. yang senantiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain, dan pada tangan orang lain. kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia menyesal dan dia teringat pulang iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi.
- Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, HAMKA.
buku cerita, malah apa jenis buku pun, bukan lah 'menu wajib' waktu kecil aku. hobi membaca pada Kad 001 adalah sekadar untuk mengisi borang. baru nampak bijaksana dan bestari sikit. tak kan lah pulak nak tulis hobi: main lego, nyorok nyorok dsb. aku adalah antara ramai budak sebaya yang hanya memenuhi ruang plot di buku NILAM dengan menyalin sinopsis belakang buku. setiap tahun buku NILAM aku memang akan bertukar, tapi muka surat yang digunakan boleh dikira hanya dengan menggunakan jari tangan. bertukar atas alasan hilang.
keluarga aku jugak bukan lah keluarga yang ada ruang mini library di rumah, yang buku buku nya tersusun kemas mesti dibaca sebelum tidur. tidak. kami tidak menerapkan budaya membaca. kami terapkan budaya bercerita atau erti kata lain, bersembang. ya, bersembang sampai tertidur.
tapi ini cerita dahulu lah.
membaca betul betul menjadi hobi aku bila dah lepas spm. jadinya, dari situ lah baru nya aku kenal penulis penulis, HAMKA sebagai contoh. yang mana aku tak kenal sangat pun sebenarnya.
dan aku rasa rugi. rugi kerana dahulu aku tak minat baca siri salma. kalau tidak mungkin aku lebih geliga sekarang. hahaha tak lah.
rasa rugi sebab banyaknya tulisan tulisan dahulu mengajak pembaca untuk berfirkir. bukan untuk bersuka ria semata. bukan nya membaca sekadar hobi. tapi membaca dan ambil isinya, yang mana banyak baiknya ke dalam kehidupan seharian.
bukan macam kebanyakkan buku cerita sekarang. ok. mungkin aku sebenarnya yang salah beli buku dan baca. tapi itu lah dia. itu yang buatkan aku rasa rugi dan menyesal sedikit. dan cemburu. sebab aku tak pandai nak pilih buku yang bagus bagus. sebab aku tak tahu mana nak cari buku yang bagus bagus. huhu.
part cemburu tu aku sendiri tak paham kenapa aku kena cemburu.
bila nampak orang baya aku baca buku yang macam agak lusuh sedikit (buku lama lah),
dalam hati aku, 'iehh bestnya dia ada buku tu. mana dia dapat?'.
padahal nya aku tak pernah pun baca buku tu dan aku tak tau pun buku tu best ke tak.
aku juga akan jadi cemburu bila tengok rumah orang lain yang buku buku nya,
ya ampun banyak giga!
dan atas sebab cemburu tu lah aku tulis entri ni. ceh.
petikan kat atas tadi saja kongsi aje sebenarnya.
dan tiba tiba terasa macam kena kat batang hidung sendiri. adeh.
24.6.14
8.6.14
[236]
ke hadapan Laila,
ini, entah kan surat yang ke berapa.
cuma nya kali ini, aku mahu ia dipapar umum.
walau engkau di mana mana,
aku mohon engkau terus hidup sejahtera.
menemui engkau adalah doa aku.
mengenali engkau adalah harapan aku.
doa dan harapan yang tak pernah pudar.
bagaikan anak kecil yang menangis meminta perhatian bundanya,
begitu lah aku yang merayu pada Tuhan agar dikirimkan engkau buat aku.
menjadi pahlawan aku.
menumpangkan bahu memujuk aku.
memeluk aku dikala dingin.
meminjamkan secebis cahayamu untuk terangi gelap ku.
Laila, usah gusar.
walau di mana mana engkau berada,
aku ini akan tetap setia menunggu.
kerna aku yakin benar.
Tuhan pasti kirimkan engkau ke aku.
dan pada waktu itu,
sapa lah aku,
"Assalamualaikum. saya lah malam yang awak rindui."
yang benar,
aku yang merindui.

4.6.14
[235]
berada di takuk lama.
sampai bila?
tahu cara.
tapi tingkah berbeza.
patah asa.
hilang daya.
[padahal usaha sejemput]
masih di takuk lama.
sampai bila?
sampai bila?
tahu cara.
tapi tingkah berbeza.
patah asa.
hilang daya.
[padahal usaha sejemput]
masih di takuk lama.
sampai bila?
27.4.14
[233]
tiga tahun. cerita tiga tahun aku di seri iskandar dah tamat dua minggu yang lalu. dan mana mungkin satu entri ini mampu nak cover semua cerita tiga tahun. walau sebahagian daripada nya pernah aku cerita kan dahulu.
diterima masuk ke uitm perak, tak ada perancangan apa apa pun yang aku siapkan. yang aku pikir kan cuma untuk belajar dan belajar supaya mampu genggam diploma pada masanya dengan keputusan yang cemerlang (aku tengah menunggu result sem terakhir, doa kan aku dapat yang terbaik). tapi sungguh, perancangan Allah yang paling paling indah.
siapa sangka, aku sendiri tidak. diletakkan Allah pada sebaik baik tempat. dilindungkan aku dalam kelompok sebaik baik manusia. aku bertuah? ya. alhamdulillah. sepanjang tiga tahun, enam semester aku di sana, Allah turunkan, Allah hantarkan manusia manusia yang berhati baik untuk menjaga aku. lecturers aku bukan menjadi cikgu semata yang mengajar akademik semata. kelas aku yang beruntung sebenarnya. pada setiap satu semester akan ada paling kurang, seorang lecturer yang benar benar menjadi ibu bapa kami. yang bukan hanya mengajar ilmu dunia, tapi juga yang mendidik hati kami yang sunyi-rindu-jauh dari parents, untuk pandang dunia bukan dengan mata. tapi dengan hati. yang sentiasa mengingatkan tentang Dia.
yang menjadikan proses perubahan aku lebih mudah.
dan membuatkan aku bersetuju, yang persekitaran sekeliling benar benar membantu dalam mendidik hati seseorang. walau pun aku pernah katakan dahulu, untuk berubah ini terpulan pada hati kita sendiri sama ada nak atau tak nak. pilihan kita sendiri setelah kita jumpa peluang yang ada. tapi masih, pandangan orang lain, yakni persekitaran tempat kita berdiri, main kan peranan yang sangat lah penting. terutama pandangan mereka yang rapat dengan kita. famili kita. kawan kawan kita. pandangann yang selalu bikin hati celaru. memang senang nak cakap, nak pujuk hati "ah persetankan semua ni. yang penting hati aku, yang penting Allah ada dengan aku". tapi, siapa lah yang mampu nak jadi kuat dalam sekelip mata?
dengan peluang yang ada. dan kita pulak memilih untuk berubah menjadi lebih baik. mungkin senang. tapi untuk kekal dalam bentuk perubahan kita, akan ambil masa. tambah lagi dengan persekitaran yang tak membantu.
seorang kawan aku pernah cakap, bilamana aku luahkan kegusaran aku tentang masa masa aku yang akan datang, yang bukan di perak ni. dia cuba tenangkan hati aku dan cakap,
"kalau nak tahu hasil tarbiyah kita ni berjaya ke tak, duduk lah di tempat yang cuma ada kita seorang."
maksud, sama ada kita mampu kekal dengan perubahan kita dan menjadi lebih baik atau pun tidak walau keadaan persekitaran nya dah tak sama.
kejap. kenapa macam dah lain aje ceritanya? haha. aku rasa aku dah kena asah balik skill menulis aku. lama sangat dah tinggal jadi terabur dah semua. menulis yang ini pun duk tersangkut aje dari ayat ke ayat. aiyoo.

Subscribe to:
Posts (Atom)