bila pergantungan kita cuma pada Allah,
rasa kecewa tu macam dah tak wujud dah.
salam 20 ramadhan.
selamat mengejar lailatulqadr.
semoga bertemu lailatulqadr.
11.7.14
[239]
Allahu.
Kau teguh kan lah hati hati kami.
Kau beri kan lah belas kasih Mu,
untuk kami terus kukuh di jalan Mu.
untuk kami terus merasa dekat pada Mu.
hanya taufiq dan hidayah Mu yang kami mahu.
cuma redha dan rahmat Mu yang kami perlu.
Ya Rabb.
berikan lah kami kesempatan.
untuk merasa cinta kepada Mu.
merasa cinta kepada kekasih kekasih Mu.
terima lah kami.
dorong lah kami.
ampuni lah kami.
rahmati lah kami.
jadikan lah hidup kami dalam iman.
biarkan lah mati kami dalam iman.
9.7.14
[238]
ada masanya,
kita mahu terbang tinggi.
kerna mahu melihat alam.
indahnya alam dengan lebih meluas.
sampai masanya,
kita akan terbang tinggi.
kita dapat melihat alam.
indahnya alam dengan lebih meluas.
dan kita bahagia.
bahagia tak terkata.
kita doa.
biar kita terbang tinggi lama lama.
dan kita doa.
bila kita pandang bawah kita tak lupa,
situlah tempat asal kita.
dan kalaupun kita jatuh.
kerana tiba tiba rasa lelah.
kerana tiba tiba angin tak nak kawan dengan kita.
dan dia tiup kita sampai kita jatuh menjunam.
dan kalaupun begitu jadinya.
harap kita tak jatuh tak terbang terbang.
harap kita masih ada dua dua sayap kita.

hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly.
- Imam Maududi
24.6.14
[237]
nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung dan ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang dikelilingnya itu, dia hanya melihat kekurangannya. yang senantiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain, dan pada tangan orang lain. kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia menyesal dan dia teringat pulang iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi.
- Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, HAMKA.
buku cerita, malah apa jenis buku pun, bukan lah 'menu wajib' waktu kecil aku. hobi membaca pada Kad 001 adalah sekadar untuk mengisi borang. baru nampak bijaksana dan bestari sikit. tak kan lah pulak nak tulis hobi: main lego, nyorok nyorok dsb. aku adalah antara ramai budak sebaya yang hanya memenuhi ruang plot di buku NILAM dengan menyalin sinopsis belakang buku. setiap tahun buku NILAM aku memang akan bertukar, tapi muka surat yang digunakan boleh dikira hanya dengan menggunakan jari tangan. bertukar atas alasan hilang.
keluarga aku jugak bukan lah keluarga yang ada ruang mini library di rumah, yang buku buku nya tersusun kemas mesti dibaca sebelum tidur. tidak. kami tidak menerapkan budaya membaca. kami terapkan budaya bercerita atau erti kata lain, bersembang. ya, bersembang sampai tertidur.
tapi ini cerita dahulu lah.
membaca betul betul menjadi hobi aku bila dah lepas spm. jadinya, dari situ lah baru nya aku kenal penulis penulis, HAMKA sebagai contoh. yang mana aku tak kenal sangat pun sebenarnya.
dan aku rasa rugi. rugi kerana dahulu aku tak minat baca siri salma. kalau tidak mungkin aku lebih geliga sekarang. hahaha tak lah.
rasa rugi sebab banyaknya tulisan tulisan dahulu mengajak pembaca untuk berfirkir. bukan untuk bersuka ria semata. bukan nya membaca sekadar hobi. tapi membaca dan ambil isinya, yang mana banyak baiknya ke dalam kehidupan seharian.
bukan macam kebanyakkan buku cerita sekarang. ok. mungkin aku sebenarnya yang salah beli buku dan baca. tapi itu lah dia. itu yang buatkan aku rasa rugi dan menyesal sedikit. dan cemburu. sebab aku tak pandai nak pilih buku yang bagus bagus. sebab aku tak tahu mana nak cari buku yang bagus bagus. huhu.
part cemburu tu aku sendiri tak paham kenapa aku kena cemburu.
bila nampak orang baya aku baca buku yang macam agak lusuh sedikit (buku lama lah),
dalam hati aku, 'iehh bestnya dia ada buku tu. mana dia dapat?'.
padahal nya aku tak pernah pun baca buku tu dan aku tak tau pun buku tu best ke tak.
aku juga akan jadi cemburu bila tengok rumah orang lain yang buku buku nya,
ya ampun banyak giga!
dan atas sebab cemburu tu lah aku tulis entri ni. ceh.
petikan kat atas tadi saja kongsi aje sebenarnya.
dan tiba tiba terasa macam kena kat batang hidung sendiri. adeh.

8.6.14
[236]
ke hadapan Laila,
ini, entah kan surat yang ke berapa.
cuma nya kali ini, aku mahu ia dipapar umum.
walau engkau di mana mana,
aku mohon engkau terus hidup sejahtera.
menemui engkau adalah doa aku.
mengenali engkau adalah harapan aku.
doa dan harapan yang tak pernah pudar.
bagaikan anak kecil yang menangis meminta perhatian bundanya,
begitu lah aku yang merayu pada Tuhan agar dikirimkan engkau buat aku.
menjadi pahlawan aku.
menumpangkan bahu memujuk aku.
memeluk aku dikala dingin.
meminjamkan secebis cahayamu untuk terangi gelap ku.
Laila, usah gusar.
walau di mana mana engkau berada,
aku ini akan tetap setia menunggu.
kerna aku yakin benar.
Tuhan pasti kirimkan engkau ke aku.
dan pada waktu itu,
sapa lah aku,
"Assalamualaikum. saya lah malam yang awak rindui."
yang benar,
aku yang merindui.

Subscribe to:
Posts (Atom)