Posts

Showing posts from 2014

[247]

awak boleh mengherdik macam macam. awak boleh kata, awak benci segala. benci pada keadaan yang awak benci. awak lihat semua, buat awak rasa menyampah. awak rasa tempat awak ini macam sampah. awak tambah sumpah seranah. sebabnya -- satu. awak sibuk cari sebab untuk benci apa yang awak ada sekarang. dan, tutupkan mata rapat rapat dari lihat indahnya ia. yang sampah tu awak.

[246]

Image
tiga tahun. yang mengajar aku macam macam. ini. hasil dari tiga tahun. dan nikmat yang paling nikmat. yang Dia hadiah kan pada aku seumur hidup aku. -- ibu dan bapak. terima kasih ya Allah. terima kasih, sungguh :')

[245]

kenapa pilih untuk jadi orang lain? tak. aku tak pilih. cumanya, aku yang dulu dah tak ada. aku yang dulu yang aku juga sangat suka kan, dah hilang. haihh. cuba bagitahu, siapa yang suka digelar kejam-tidak berperasaan?

[244]

Image
satu lagi fasa hidup. dan pada saat ini, sungguh.  aku masih tidak tahu mana tempat nya aku nanti.  fokus aku apa?  mana arah aku?  apa mahu aku?  jawapannnya masih berterbangan ke mana mana.  tak terjumpakan.  cuma satu yang aku sangat pasti.  walau mana akhirnya aku,  tak salah kalau aku terus mencari,  kan? dan untuk usia yang mencecah dua-satu ini;  aku menjadi lebih banyak belaja. tentang hidup.

[243]

Image
kak, untuk hampir satu dekad ini terima kasih terima kasih untuk semua pesan walau cuma pada tulisan terima kasih untuk segala kata yang membangun jiwa terima kasih untuk setiap lagu terima kasih untuk setiap cerita yang sudi dipinjamkan untuk hampir sedekad ini dan untuk masa masa yang mendatang semoga kakak terus membelai jiwa mencipta rasa memberi makna -- tiada yang lebih indah berbanding nikmat hidup ini terima kasih untuk mengingatkan pada kuasa Tuhan kak, terima kasih. moga kamu dan keluarga dikasih Tuhan sampai mati :) maaf, video tiada kaitan dengan entri pun hehe

[242]

rooftop rant. bicara bumbung. aku percaya semua orang nak ada somebody someone. seseorang yang kita rasa sangat selesa. untuk meluah rasa, melawan bicara. seseorang yang kita mahu kan dia itu benar benar faham kita, boleh baca kita walau dengan reaksi muka tanpa suara. dan seseorang itu boleh jadi sesiapa saja. tak semestinya kena couple. tak perlu pun kena berabang-adik-angkat. macam Trisy dengan Jade. tak ada nama atas hubungan dorang. tapi ya, tetap salah. bab ikhtilat tu. tak semestinya seseorang tu kena berlainan jantina. tak semestinya. seseorang tu boleh jadi yang paling dekat, famili sendiri. tapi kalau cerita hidup macam Trisy ni, memang tak dapat nak apply lah kan benda ni. jujur kalau aku pun, entah, aku segan kut bercerita dengan kakak atau mak aku. tak semua benda boleh kongsi sama. aku pun tak tahu kenapa padahal famili kita lah yang patutnya lebih tahu luar dalam kita berbanding mana mana strangers, kan? kita tahu kita ada Tuhan. yang bila bila masa saja D

[241]

Image
tiada yang lain melainkan Nya. tiada yang maha melain diri Nya. yang Maha Mengasihi. yang Maha Mengampuni. pemilik segala perancangan yang indah. SubhanAllah!

[240]

bila pergantungan kita cuma pada Allah,  rasa kecewa tu macam dah tak wujud dah.  salam 20 ramadhan. selamat mengejar lailatulqadr. semoga bertemu lailatulqadr.

[239]

Image
Allahu.  Kau teguh kan lah hati hati kami.  Kau beri kan lah belas kasih Mu,  untuk kami terus kukuh di jalan Mu.  untuk kami terus merasa dekat pada Mu.  hanya taufiq dan hidayah Mu yang kami mahu.  cuma redha dan rahmat Mu yang kami perlu.  Ya Rabb.  berikan lah kami kesempatan.  untuk merasa cinta kepada Mu.  merasa cinta kepada kekasih kekasih Mu.  terima lah kami.  dorong lah kami.  ampuni lah kami.  rahmati lah kami.  jadikan lah hidup kami dalam iman.  biarkan lah mati kami dalam iman. 

[238]

ada masanya, kita mahu terbang tinggi. kerna mahu melihat alam. indahnya alam dengan lebih meluas. sampai masanya, kita akan terbang tinggi. kita dapat melihat alam. indahnya alam dengan lebih meluas. dan kita bahagia. bahagia tak terkata. kita doa. biar kita terbang tinggi lama lama. dan kita doa. bila kita pandang bawah kita tak lupa, situlah tempat asal kita. dan kalaupun kita jatuh. kerana tiba tiba rasa lelah. kerana tiba tiba angin tak nak kawan dengan kita. dan dia tiup kita sampai kita jatuh menjunam. dan kalaupun begitu jadinya. harap kita tak jatuh tak terbang terbang. harap kita masih ada dua dua sayap kita. hope and fear is like a pair of wings,  you need both to fly.  - Imam Maududi

[237]

nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di gunung dan ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan.  tetapi nafsu tiada merasa puas, atau tidak ingat nikmat yang dikelilingnya itu, dia hanya melihat kekurangannya. yang senantiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain, dan pada tangan orang lain. kelak kalau dia ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu,  dia menyesal dan dia teringat pulang  iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi. - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, HAMKA. buku cerita, malah apa jenis buku pun, bukan lah 'menu wajib' waktu kecil aku. hobi membaca pada Kad 001 adalah sekadar untuk mengisi borang. baru nampak bijaksana dan bestari sikit. tak kan lah pulak nak tulis hobi: main lego, nyorok nyorok dsb. aku adalah antara ramai budak sebaya yang hanya memenuhi ruang plot di buku NILAM dengan menyalin sinopsis belakang buku. setiap tahun buku NILAM aku memang akan bertukar, tapi

[236]

ke hadapan Laila, ini, entah kan surat yang ke berapa. cuma nya kali ini, aku mahu ia dipapar umum. walau engkau di mana mana, aku mohon engkau terus hidup sejahtera. menemui engkau adalah doa aku. mengenali engkau adalah harapan aku. doa dan harapan yang tak pernah pudar. bagaikan anak kecil yang menangis meminta perhatian bundanya, begitu lah aku yang merayu pada Tuhan agar dikirimkan engkau buat aku. menjadi pahlawan aku. menumpangkan bahu memujuk aku. memeluk aku dikala dingin. meminjamkan secebis cahayamu untuk terangi gelap ku. Laila, usah gusar. walau di mana mana engkau berada, aku ini akan tetap setia menunggu. kerna aku yakin benar. Tuhan pasti kirimkan engkau ke aku. dan pada waktu itu, sapa lah aku, "Assalamualaikum. saya lah malam yang awak rindui." yang benar, aku yang merindui.

[235]

berada di takuk lama. sampai bila? tahu cara. tapi tingkah berbeza. patah asa. hilang daya. [padahal usaha sejemput] masih di takuk lama. sampai bila?

[234]

Image

[233]

tiga tahun. cerita tiga tahun aku di seri iskandar dah tamat dua minggu yang lalu. dan mana mungkin satu entri ini mampu nak cover semua cerita tiga tahun. walau sebahagian daripada nya pernah aku cerita kan dahulu. diterima masuk ke uitm perak, tak ada perancangan apa apa pun yang aku siapkan. yang aku pikir kan cuma untuk belajar dan belajar supaya mampu genggam diploma pada masanya dengan keputusan yang cemerlang (aku tengah menunggu result sem terakhir, doa kan aku dapat yang terbaik). tapi sungguh, perancangan Allah yang paling paling indah. siapa sangka, aku sendiri tidak. diletakkan Allah pada sebaik baik tempat. dilindungkan aku dalam kelompok sebaik baik manusia. aku bertuah? ya. alhamdulillah. sepanjang tiga tahun, enam semester aku di sana, Allah turunkan, Allah hantarkan manusia manusia yang berhati baik untuk menjaga aku. lecturers aku bukan menjadi cikgu semata yang mengajar akademik semata. kelas aku yang beruntung sebenarnya. pada setiap satu semester akan ada palin

[232]

hidup. memang ada masa payah. tapi Allah dah janji. tiap tiap kesulitan ada kemudahan. percaya pada janji Dia. Allah yang bagi payah tu. Allah juga lah yang bagi mudah. berbalik pada Dia. tapi kadang, hati degil juga. duk soal, "apa aku buat semua masih belum cukup?"  hati akan jawab sendiri, "tak."  nak dibandingkan dengan nikmat Nya, tak cukup. macam mana kita rasa banyak dah benda baik kita buat, belum cukup. nikmat Dia tak terhitung. sebab tu kita tak selalu perasan nikmat Allah. sebab tak terkira banyaknya. kalah jumlah banyaknya payah. pandang belakang, lihat. berapa banyak dah halangan mampu kita hadap? kita seorang seorang ka? tak. Allah ada sama. percaya pada Allah. percaya pada janji Dia. berbalik pada Dia. semak diri semak hati. bersama izin Dia, kita mampu lagi kali ini :) Wahai Tuhan kami!  Berikan lah rahmat kepada kami dari sisi Mu  dan sempurnakanlah bagi kami  petunjuk yang lurus dalam urusan kami in

[231]

entri pertama tahun baru. ceh. sebenarnya nak mengcukupkan 45 entri untuk 2013, tapi tak tersempat. cuma empat puluh empat entri untuk dua ribu tiga belas. dan ya, aku semakin jauh ke belakang dari hari ke hari. seperti semakin hilangnya memori memori dalam kepala aku, seperti itu lah juga kurangnya perkataan perkataan untuk aku menulis. dan ya, aku semakin jauh ke belakang. bagaimana aku tega bermimpi,  jika malam belum pun mampu aku hampiri?