26.12.13

dan gugur lah segala nombor

nombor nombor juga tidak mampu menghitung.
kerana kali ini, aku jatuh bersungguh.




I feel You close to me. 
Just gimme a chance, 
cause I don't wanna slip away.

23.12.13

[230]

betapa, perang jiwa itu.
benar benar halimunan.

tak mampu nak menyangka banyak.

satu saat, kita rasa kita menang.
saat kemudiannya, baru kita tahu,
rupanya kita dah kalah teruk tertusuk panah.

melarat hingga ke saat yang lama.


jadi lebih tragis.
bila kita turut hilang harap.
pada Tuhan tambahnya.

bukan.
bukan hilang harap.
cuma hilang yakin.

masih berharap pada Tuhan.
sebab kita memang dah tak ada siapa boleh bantu.


kita harap. sungguh sungguh harap.
Tuhan bantu bangunkan kembali.
seperti berapa banyak kali entah dahulu.
masih harap. Tuhan pandang usaha yang lepas lepas.
untuk kali ini, biar bagi kita menang.


cuma kita. hilang yakin.
pada diri sendiri.
jadi takut untuk bangun.
sebab takut jatuh balik.

dan kalah lagi.





betapa, perang jiwa itu.
benar benar halimunan.

22.12.13

[229]

ramai mereka yang masih
terkesan dengan memori semalam.

sama ada yang bikin hati robek
atau yang bikin senyum sampai tidur.


dan aku di sini.
bergelumang sendiri
cuba paksa mengingati
segala memori memori.



apa mungkin, aku sudah perlu khuatir dengan daya ingatan aku?

23.11.13

[228]

dia.
yang melindung diri dengan rasa malu.
yang merendah diri untuk bangkit gagah.
yang masih ada tegas dalam lembut.


perempuan itu. 
ya, dia lah.


22.11.13

[227]

sempurna tujuh hari.
tujuh hari yang Tuhan ajarkan aku tentang hidup.

bukan hidup aku.
hidup orang orang lain.
orang orang yang aku tak pernah kenal siapa.

tiga orang perempuan sebenarnya.


entahlah.
Tuhan memang selalu baik dengan aku.
seperti yang selalu jugak aku cakapkan,
yang betapa mudahnya Dia turunkan setiap jawapan pada soalan soalan aku,
seperti itulah jugak mudahnya Dia ajarkan aku tentang hidup.

jujur. sebelum sebelum ini bilamana terbaca kisah kisah perit anak anak kecil yang dizalimi,
tak pernahnya rasa syukur itu hadir kerana aku diberikan hidup lebih indah. rasa kasihan ya ada.

tapi semenjak seminggu ini, aku tahu.
aku tahu yang aku dah rugi sembilan belas tahun.

rugi kerana hidup tanpa rasa syukur.
maksud aku syukur yang sungguh sungguh.
yang bukan hanya terlafaz di mulut.

apa lagi yang aku mahukan bilamana Tuhan telah beri banyak?

tak perlu pergi jauh sebenarnya.
rasa hela nafas yang dihembus saja,
sudah cukup untuk kita benar benar rasa syukur.


hidup mereka bertiga, buat aku sedar.
hidup aku ni dah cukup baik dah.
dah cukup, cukup.



segala puji hanya bagi Mu, Maha Suci Allah.

18.11.13

[226]

"Faiza gigih sangat, saya terharu melihat ikhlasnya Faiza". Kata Din.
"Hutang kena bayar... Jaja tak nak menyusahkan Din di akhirat nanti". 
Burhanuddin tidak tahu ingin menyampuk yang bagaimana. Kenapa Faiza pandai sahaja membuat hatinya senang dengan segala kata-katanya.

"Tak tau la umur Jaja ni panjang ke dak, kalau nak bertagak-tagak, Din".
- Jaja & Din, Noor Suraya



pernah baca? aku baru aje baca dua bulan lepas. padahal novel ni novel lama dah. bahasa Noor Suraya selalunya indah bagi aku. masa aku baca, kawan aku sorang duk ingat aku baca buku cerita kanak-kanak, sebab cover dia. eh? haha. setengah orang kalau beli novel memang akan tengok covernya. tapi kalau aku tak kisah sangat pun. memang lah dengan cover dia yang selalu akan buat aku terpanggil untuk beli, tapi bila aku baca blurp nya atau sinopsis nya macam tak best, tak capai jugak aku.

ok dah. novel ni kelakar. dan comel sangat :) tapi kelakar kelakar dia, ha amik! ada juga part yang mengharukan sehingga mengalir air mata. terharu dia bukan terharu yang biasa biasa. dia terharu yang bahagia. indah. novel ni indah :) 

berbaloilah beli. dan baca. sebab boleh dapat ilmu baru jugak. barulah bagi aku. macam kenapa nak kena ada tanda titik dalam huruf arab. ada kisah pasal Atiqah binti Zaid, yang aku tak pernah dengar pun namanya sebelum ni. ada ajar macam mana nak kira berapa banyak kita kena 'bayar hutang' kita kat Allah.

dan sebenarnya, itulah pun point utama yang aku nak cakapkan. tentang bayar hutang. tentang tanggungjawab pada Dia. macam yang tadi Jaja ada cakap dia tak nak menyusahkan Din kat akhirat nanti. sebab apa? sebab Jaja tu sekarang dah bawah tanggungjawab Din, suami dia. jadi apa silap yang dia buat, Din pun terkena jugak tempiasnya. akan kenal soal jugak nanti kat Sana. kalau Jaja ada buat salah, dan Din tak tegur, Din pulak yang dipertanggungjawabkan. kesian suaminya.

macam kebanyakkan anak dara sekarang, ok tak banyak pun lah sebab aku pun dengar dari dua tiga orang aje, yang duk cakap, "alaa.. nanti aku dah kawin lah baru berubah, kalau dak sian laki aku". wahai! tahu tak yang bila kita ini perempuan yang belum berkahwin, kita ini dibawah tanggungjawab ayah ayah kita? tak kesian ka dengan ayah kita, kut esok kena soal siasat lama lama disebabkan kita. TT_TT sedih sangat kalau ada yang cakap macam ni. padahal ayah tulah yang ada dengan kita dari kecik. tapi tup tup, duk kesian kan kat bakal suami yang tak tahu siapa lagi tu. sedih lagi.


"tapi ayah saya pun bukannya baik sangat. lagu mana?". 

ok ini kita cerita hari lain. eh?

tak lah. kita, dah besarkan. dah mumaiyiz, boleh tahu mana baik mana buruk. mana betul mana salah. tahu hukum. kalau tak, takda lah kita duk nafikan. dah arif dah tentang hal hal ni. bila dah tahu dah jadi tanggungjawab. kena lah tanggung supaya mudah kita menjawab di sana. dan jadi anak, anak yang baik, kita bantulah jugak mak ayah kita untuk lunaskan tanggungjawab dia orang. 

kena utamakan tanggungjawab yang utama. sebagai Islam, dah tentu tentu tanggungjawab pada Allah. sebagai anak, kepada siapa lagi kalau bukan mak ayah. yang di soal pada kita nanti tentang tanggungjawab kita pada orang tu, apa yang kita dah lakukan pada dia. bukan apa yang dia dah lakukan pada kita.

ingat tak kisah pemuda masa zaman Nabi Musa a.s? yang akan berjiran dengan Nabi Musa di Syurga. pemuda yang beribubapakan seekor khinzir. rupa ibu bapa nya ditukar manjadi rupa khinzir yang sangat hodoh kerana dosa mereka. tapi anak dia orang, pemuda tadi tu tetap buat baik, lunaskan tangunggjawab dia sebagai seorang anak. tiap tiap hari dimandikan mak ayah dia, tiap tiap hari didoakan keampunan buat mak ayah dia. dan atas sebab itu, dia diangkat jadi anak yang soleh dan hidup berjiran pulak dengan Nabi Musa di Syurga. SubhanAllah!!


sambung pasal tadi. hutang yang Jaja gigih nak bayar, adalah hutang solat yang dia tinggalkan dahulu. adat berhutang, kenalah bayar. kan? :)

untung jadi perempuan ni sebenarnya. kan? sebab sentiasa ada orang yang di atas kita dahulu untuk sentiasa ingatkan kita. ada orang yang lindung kita. dan nah, ini antara buku buku lain yang boleh baca jugak untuk kita kita;
  1. Maryam: An Examplary Muslim Woman - Harun Yahya
  2. Aisyah Keanggunan Sejati - Sulaiman An Nadawi
  3. Syahadah Gadis Ateis - Imran Haaz


semoga kita, menjadi hamba Nya yang terpilih untuk lebih dekat pada Dia :)

15.11.13

[225]

as you grow older, you will discover that you have two hands; 
one for helping yourself, the other for helping others.
- Audrey Hepburn



sepatutnya, semua orang macam tu lah kan.
membantu membangunkan. bukan membantu menjatuhkan.

tapi adat manusia, lebih sibuk menghukum atau lebih tepat, sibuk melabelkan orang sebelum tahu cerita sebenar. lebih sibuk bercakap belakang daripada memanjangkan tangan mencapai membantu. oh sebelum lupa, aku nak bagitahu. benda ini tuju nya ke aku dulu. macam lecturer aku cakap, " mulut orang yang menasihati, lebih dekat dengan telinganya sendiri banding dengan telinga orang yang dinasihat ". dan ya, ini lebih kepada teguran buat aku sendiri terlebih dahulu.


aku selalu ngelat.
ngelat untuk betul betul tolong orang lain.
sebab bagi aku, kalau diri sendiri pun tak tertolong, macam mana nak tolong orang. kan?

aku lupa aku ada dua tangan.
aku tamak yang sampaikan dua dua tangan aku nak guna untuk aku seorang.
padahal tangan ni pun Allah yang kasi pinjam. semuanya pun Allah yang kasi pinjam.

satu untuk kau. satu untuk orang lain.
bukannya dua dua untuk orang lain.
jangan jadi kedekut.

buat baik, balasnya baik.
lambat cepat, urusan Dia.
baiknya tak dapat ke diri sendiri,
dapat ke mak ayah. dapat ke anak nantinya.

jangan duk berkira.
jangan sibuk pertikai.

tapi sibuk sibuk lah tanya kat diri sendiri,
apa je yang aku dah buat untuk tolong orang?



Wahai orang orang yang beriman! 
Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan
 menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Muhammad: 7]



dan sungguh. apa je yang aku dah tolong selama aku hidup ni? 


13.11.13

[224]

sekali lagi. 
marah aku mengundang bencana. 
dan terusan, rasa bersalah menghantui aku.



tell me your secrets 
and ask me your questions.
let's go back to the start.

5.11.13

[223]

aku selalu sentuh tentang peluang. dan pilihan. dalam buku aku (?) pun, aku ada sentuh tentang dua benda ni. cari peluang. jumpa pilihan. kata buku aku.

tapi aku terlupa sesuatu. sehingga semalam. aku terlupa yang kita, manusia adalah antara makhluk yang sering tak sedar. tak sedar tentang keadaan sekeliling kita. macam peluang peluang yang terbagi juga. kita sering tak perasan dengan peluang yang dah Dia berikan. yang untuk sedar akan peluang itu  cuma lah dengan kehendak Dia.

cuma dengan izin Dia, kita dapat cari peluang.
cuma dengan petunjuk Dia, kita dapat jumpa pilihan.

aku terlupa tentang itu.

sama macam hidayah dari Allah. tak semua orang dapat hidayahNya. tak semua. sebab atas kehendak Dia. semua atas kuasa Dia. ada orang dah berkurun dalam gelap, baru jumpa cahaya. ada yang mudah mudah saja dapat, tapi diabaikan pula.

jadi, apa yang kita boleh buat?


doa. doa biar kita ini menjadi insan terpilih. hamba yang terpilih untuk menggenggam hidayah dari Dia. terpilih untuk sedar akan peluang peluang dan tak tunggu lama untuk ambil dan buat pilihan. doa dengan hati yang tak lalai.

sungguh Allah tahu sikap sifat manusia. sebab Dia yang ciptakan kita. Allah tahu kita memang akan jadi sering terlupa. terlalai. sering terlepas peluang peluang berharga. sebab itu bukan sekali dua saja Dia hadiahkan peluang untuk kita. setiap detik kita buka kan mata dari tidur kita, itulah peluang kita sebenarnya. Allah Maha Tahu.



semoga, untuk peluang berada dalam tahun baharu ini, kita ambil dan guna sebaik baik nya. semoga, kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha Dia. lebih dekat dan lebih cinta pada Dia.

insyaAllah :)

Salam Maal Hijrah 1435

23.10.13

[222]

dan aku terus keliru.
antara ego dengan malu.



mana perlu didahulu?

15.10.13

[221]

dik,
jangan menyimpan benci.
tempiasnya nanti ke hati sendiri.

maafkan.
dan doakan.


tahu. memang payah.
sebab sakitnya sudah diganda dua.
manakan dengan sakit kecewa belum habis,
ditambah pula sakit menjeruk rasa benci.


sudah lah.
berpaling lah.

dah tiba masa serah diri.
bukan serah diri -- mengalah lemah.

serah diri pada Dia.
tempat datang segala.

serah dengan sebenar benar penyerahan.
serah hati serah jiwa.
harap cuma pada Dia.
percaya dengan rancangan Dia.



dik,
sudah lah.
jangan membazir masa.

buang benci. jaga hati.



Salam Aidil Adha. maaf, segala ketelanjuran kata.

30.9.13

[220]

untuk dua dekad ini,
terima kasih atas segala rahmat dan nikmat.


eh, kebetulan? dan patutnya ini entri 28 hari bulan. hehe

28.8.13

[219]




kita masing masing. ada tanggungjawab. 
yang bakal ditanya nanti. 

tapi. tak ramai yang sedar. 
sebab kita hanya jadi manusia semata. 

14.8.13

[218]

yang paling jauh adalah 'masa lalu'. 
Kita tidak pernah bisa mendatangi masa lalu. 
Jauh terbentang jaraknya, meski baru beberapa hari lalu, atau beberapa jam lalu. 
atau beberapa menit lalu. 


Maka bagi yang paham, 
masa lalu menjadi pondasi pembelajaran, terus memperbaiki diri.


bukan sebaliknya membebani, membuat langkah kaki terasa berat untuk maju.

 -Tere Liye

12.8.13

[217]

tali dah dihulur
tangan sempurna sudah mencapai.

cukup cukup cuma untuk elak kan diri dari terus jatuh terjunam dengan dasyat.


yang jadi persoalannya kini,
apa hanya mahu menanti tali yang dihulur tadi ditarik perlahan
atau nak gunakan kudrat sendiri mendaki gaung untuk sampai ke tempat selamat?

----------
walau ada beribu tangan yang menghulur membantu tapi hati sendiri tak rela diselamatkan, 
tak guna juga kan?

5.8.13

[216]

dan tetap dia di situ
ke belakang tidak
ke hadapan tidak.

ke hadapan malah.
paling paling perkara yang dimahukan.
paling paling tindakan yang pingin sekali dilakukan.


tetap dia di situ.
di tempat yang sama.
tempat yang -- iya -- lain dari dahulu.
maju sedikit dari dahulu.

tapi selepas selepas itu.
tetap dia, tak berganjak sudah.


padahalnya, dia sungguh sungguh mahukan.
mahu ke hadapan lagi.
dan lagi. lagi. lagi. lagi.


maju ke hadapan.
lebih dekat dengan Dia.
lebih takut dan lebih cinta pada Dia.


Tuhan, bantu lah. dorong lah hati. 
kerana hanya Engkau Maha Kuasa. 
tiada tuhan melainkan Engkau, Ya Allah. 

30.7.13

[215]

Subuh berganti Dhuha
dan langit masih belum berhenti menangis.
tangisan yang memberi damai
pada hati hati yang berduka semalam

dukakan khilaf sendiri.

Dhuha bersambung Hajat.
seperti lebatnya hujan
sebanyak itu lah doa doa
harapan harapan naik ke langit.

harapan besar jiwa jiwa yang penuh cinta pada Dia.





semoga, ada berita baik menyusul.

[17 Ramadhan]

24.6.13

[214]

malam,
keluarkan aku dari mimpi.
dan siapkan aku bertemu hari.





salam 15 Syaaban

--------
meh baca sama. [sini].

8.6.13

[213]


selagi mampu, 
aku akan terus bertahan. 

7.6.13

[212]

belum cuba belum tahu.
jadi aku sedang cuba. 


cuba memaksa diam. 


jika ini yang terbaik, 
maka aku diam. 









shhh.

6.6.13

[211]

bersama malam,
dia meredah gelap suram.

untuk kembali kepada cahaya,
dan merebut cinta-Nya.




semoga sampai. dan tak akan terhenti.

5.6.13

[210]




untuk hampir dua puluh tahun ini. 
menjadi anak kepada ibu dan bapak. 
sungguh hadiah yang paling paling indah. 


Tuhan, pinjamkan mereka ke aku lama lagi. 
terima kasih. terima kasih. 

*nangis*

1.6.13

[209]

berkesempatan ke Penang dengan izin Nya, sungguh memberikan aku sesuatu. 
saat hati berdegil, membara dengan segala keresahan dan kegelisahan, Allah izinkan aku merasai alam.
menjadikan alam sebagai penyejuk hati. SubhanaAllah! 


Berjalan dan bermusafirlah 
untuk melihat kebesaran Nya 
lantas berfikir dan bersyukur 
di atas nikmat dan kurnia Nya 
nilai harganya iman dan takwa 


pandang sekeliling, dan bersyukurlah. jangan bandingkan apa yang kita tak ada dengan apa yang orang lain ada. cuba merasa cukup dengan nikmat Dia. syukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih diberi peluang untuk bernafas. Alhamdulillah Ya Rahman :)


alam berbicara. 
menyatakan cinta dari Dia.

30.5.13

[208]

ada masanya,
kita kena lari dari kebiasaannya kita.
lari untuk mencari 'sesuatu'.

sesuatu yang lebih baik.
sesuatu yang lebih bawa makna.

pasti ada.
sebab kita tak akan pernah tahu,
apa yang bakal Dia hadiahkan untuk kita.

kita tak akan tahu dan tak akan jumpa.
kalau kita tak lari untuk mencari.


jadi
meh lari.


"Kat tempat baru yang orang tak kenal kita, nak start something yang baru tu tak susah mana" - Trisy, Rooftop Rant

23.5.13

[207]

seorang bonda memaksa menjadi kuat untuk anaknya menjadi kuat;
selepas dikecewakan dunia.

seorang suami memaksa menjadi kuat untuk isterinya menjadi kuat; 
selepas anak yang dikandung lima bulan diambil Tuhan. 

seorang sahabat memaksa menjadi kuat untuk sahabatnya menjadi kuat; 
selepas ditipu hidup hidup oleh sahabat yang lainnya. 

seorang ayah memaksa menjadi kuat untuk keluarganya menjadi kuat; 
selepas kemiskinan menghimpit jiwa.  

seorang anak memaksa menjadi kuat untuk bondanya menjadi kuat; 
selepas kematian suami. 

seorang isteri memaksa menjadi kuat untuk suaminya menjadi kuat; 
selepas dibuang kerja serta merta. 


seseorang memaksa menjadi kuat untuk seseorang yang lain menjadi kuat.
dan di atas segala kekuatan semua semua itu, datangnya dari Dia. 
Dia pemilik segala kekuatan.


------------
untuk abang ngah dan isteri, semoga kuat dengan kehilangan ini. insyaAllah masih ada rezeki buat kalian.

22.5.13

[206]

kita tak bisa mengubah duduknya gunung.
tapi kita mampu mendaki gunung untuk sampai ke puncaknya.



21.5.13

[205]


dua situasi; pilih.

satu. cebisan hati kau diambil-curi. 
dua. cebisan hati kau dicantum-cantik





ini. bukan apa apa pun.
rindu menconteng. mungkin.

17.5.13

[204]

bagaimana engkau boleh menjadi manusia yang benar benar kalah?


bila engkau menyerah kalah sebelum sempat bermulanya apa apa. 
dan bila engkau mula mencipta alasan membenarkan apa yang kau lakukan. walau cuma alasan dalam hati. 

dan ini sekali gus 
menjadikan kau manusia pengecut.

14.5.13

[203]

dia. perempuan berjiwa kecil.
yang punya dua harapan seluas langit.

ya. dua harapan.

satu; mahu menjadi lenyap daripada seluruh pandangan dan kenangan.
dua; mahu menjadi wujud pada setiap pandangan dan sebutan.

tapi sayang.
seperti jiwanya yang kecil.
daya usahanya jua kecil.



lalu. terkubur lah dia bersama dua harapannya.

harapan tinggal harapan.

[202]

dia dibunuh.
oleh watak watak yang dia mainkan.

13.5.13

[201]

ini perkongsian. aku pernah cerita dalam blog juga dahulu tentang bagaimana aku nak berubah pakai tudung labuh baju longgar tutup aurat dengan sempurna semua. dan ini, cerita yang sama juga. cuma lebih terperinci, mungkin.

dan entri ini untuk satu peraduan sebenarnya [klik sini].

------------------------

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” [An-Nur: 30]

            Dahulu, aku pernah belajar tentang aurat. Tahu yang menutup aurat itu hukumnya wajib. Menutup aurat bukan menutup kepala atau ‘membalut’ tubuh. Tahu tapi tidak lakukan. Sedangkan caranya tentang menjaga aurat dengan sesempurnanya telah diberitahu sejak lebih 1400 tahun dahulu lagi. Dalam Al-Quran. Salah satunya dalam Surah An-Nur ini. Dahulu, tak rajin baca tafsir. Jadi tak faham. Dan hanya ikut bulat-bulat apa yang diajarkan. Tak hayati. Dahulu, beberapa tahun lepas.

Untung aku dipilih sambung belajar di tempat pengajian aku sekarang ini. Hasil Minggu Destini Siswa mungkin, aku ingin tahu banyak. Ingin tahu banyak tentang Islam lebihnya. Hanya dengan bersebabkan, cara penampilan kakak-kakak fasi yang aku nampak bahagia.

“Apa kakak ni semua tak ada rasa panas, rimas ke? Aku yang pakai tudung macam ni saja pun , kadang-kadang dah rasa panas rimas semua.”

Itu, apa yang pertama kali terlintas di hati aku. Ya, aku yang dah bertahun pakai tudung bidang 45 ini saja pun kadang-kadang ada rasa panas dan rimas. Bagaimana mereka, kakak-kakak fasi itu semua boleh pakai tudung labuh bidang 60 - berlari-lari ke sana ke mari - menguruskan kami-kami pelajar baru ini saat panas terik, terlihat bahagia? Bahagia di dalam ketenangan sebegitu?

Sungguh! Aku kagum.

Tapi aku masih aku. Yang kagumnya sementara. Yang kagumnya cuma kagum begitu tanpa ada rasa mahu buat apa-apa. Aku masih belum ada rasa nak nampak bahagia macam kakak-kakak fasi itu semua.

Dan Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Sesungguhnya, Dia sangat baik terhadap hamba-hambaNya.

Masuk semester kedua, hati aku dilembutkan Dia. Sekali lagi aku dapat melihat bahagia. Pada riak wajah kawan-kawan sekeliling aku. Tanpa mereka tahu, mereka bertiga telah menjadi sebab hati aku menjadi lembut. Seorang lelaki dan dua orang perempuan. Dua orang bekas kawan sekolah dan seorang kawan sekelas aku di universiti (sekarang dia naqibah saya. Alhamdulillah).

Bekas kawan sekolah aku yang dua orang itu, aku tahu dahulu mereka orangnya bagaimana. Tidak lah jahat sangat, tapi mereka bukan seperti mereka yang sekarang. Yang perempuan, kawan baik. Yang lelaki, kawan bas sekolah.

Bila aku melihat perubahan besar dan penuh makna yang mereka lakukan, sungguh aku mengucap panjang. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Tiada kata lain.

Yang perempuan sudah pakai tudung labuh. Yang lelaki, statusnya di laman Facebook, semuanya tentang Islam. Tentang keindahan Islam. Berkongsi ilmu tentang Islam. Aku tidak tahu orang lain – kawan-kawan kami yang lain, tapi aku, sungguh aku menangis. Menangis dalam hati sambil tersenyum. Bahagianya mereka... Subhanallah!

Hati aku dah cair.

Hati aku bertambah cair bila selepas balik dari bercuti Tahun Baru Cina tahun lepas, aku lihat kawan sekelas aku yang seorang ini sudah pakai tudung labuh – baju longgar. Tertutup sempurna. Aku tak rapat pun dengan dia. Cumanya, sebelum cuti dia pernah bagitahu aku, yang dia teringin untuk pakai tudung labuh tutup aurat dengan sempurna. Dia kata, dia jadi lembut hati nak berubah sebab arwah nenek dia yang baru lepas meninggal di Mekah. Dia rasa terpanggil. Nenek dia memang ada banyak tudung labuh. Aku pun tak tahu kenapa hari itu, aku boleh balik dari kelas sama-sama dengan dia, dan dia pun suarakan keinginan dia pada aku.

Sungguh! Aku kagum. Untuk kedua kalinya.

“Dan kali ini, tak akan aku nak lari lagi? Allah dah ketuk pintu hati, tak akan aku tak nak buka? Tak akan aku tak nak sahut? Nak tunggu berapa lama lagi? Kalau umur panjang, kalau tak?”

Diam-diam, perubahan yang mereka bertiga lakukan menjadikan aku yang sekarang. Sebelum mereka bertiga, sebenarnya ada lagi manusia-manusia lain. Manusia yang aku tak kenal pun mereka dan mereka tak kenal pun aku. Manusia-manusia yang Allah turunkan untuk ketuk hati aku. Berkali-kali. Tapi aku, selalu abaikan.

Kali ini, bersama dengan dua orang kawan universiti aku, kami berubah. Untuk jadi lebih baik. Baik bukan hanya pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Pencipta.

Betapa baiknya Allah. Tiada halangan buat aku. Tidak seperti orang lain, contoh kawan sekelas aku yang tadi tu, keluarga dia pada awalnya membantah keras dengan perubahan pada penampilannya. Tapi aku, keluarga aku dapat terima. Alhamdulillah! Dan aku juga, ada kawan untuk harung sama-sama. Ada kawan untuk berubah sama-sama. Bukan seorang, tapi dua orang lagi. Ya Allah!

Kami bermula perlahan-lahan. Tidak terlampau drastik. Bermula dengan memakai stokin dan sarung lengan. Selepas itu, saling belanja beli t-shirt labuh dan longgar. Satu dua helai. Beli tudung labuh bidang 50 dahulu sehelai warna hitam. Kemudiannya, mengubah penampilan luaran sehingga jadilah kami yang macam hari ini. Ya, perubahan ini ambil masa berbulan. Boleh jadi bertahun. Bukan sehari dua.

Ada orang kata, buat apa pakai tudung labuh baju longgar tapi perangai tak semenggah? Ada orang kata, pentingnya yang di dalam bukan apa yang dilihat di luar.

Betul. Aku setuju juga dengan cakap-cakap orang itu.

Tapi bila dah memakai tudung labuh, aku rasa terjaga. Terasa seperti aku terlindung. Terlindung dari melakukan perkara yang tidak tidak. Jadi tidak lepas laku. Sebabnya, aku jadi segan. Sebabnya, aku tahu macam mana orang lain pandang pada orang yang pakai tudung labuh ini. Pandangan sebahagian orang pada perempuan yang bertudung labuh ini;

Perempuan tudung labuh = banyak ilmu agama = tak boleh ada salah silap.

Aku tahu, sebab dahulu aku sebahagian daripada orang yang memandang. Pandangan ini salah.

Sebenarnya, manusia ada kekurangannya. Ada keburukannya. Tidak sempurna. Dan perempuan yang bertudung labuh  adalah manusia. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Tapi, dengan penampilan yang sebegitu, menjadi ‘teguran’ buat diri sendiri.

Jadi lebih malu. Malu untuk buat benda yang tak baik.

Sehingga ke hari ini, walaupun aku dah upgrade sikit dengan memakai tudung labuh bidang 60 berpin, aku masih manusia. Yang tidak lepas daripada melakukan dosa. InsyaAllah, dari sehari ke sehari, akan diusaha untuk menjadi yang lebih baik dari yang semalam.

Semua orang, dalam doanya, terselit satu harapan untuk menjadi yang lebih baik daripada semalamnya. Dan doa pasti temannya usaha dan tawakal.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”[Ar-Rad:11]

Ada orang, memilih untuk berubah dengan memperbaiki hati dahulu baru penampilan luaran.

Ada orang, memilih untuk berubah dengan memperbaiki penampilan dahulu baru hatinya.  

Dan ada orang, memilih untuk berubah dengan memperbaiki kedua-duanya sekali gus.

Bagaimana pun pilihannya, arah tuju tetap sama. Untuk dapat keredhaan Allah SWT. Untuk jadi lebih dekat dengan Dia. Untuk capai Syurga-Nya.

Selagi diberi peluang bernafas, selagi itu ada terbentangnya pilihan. Pilihan untuk merancang kehidupan yang bagaimana. Bukan untuk di sini sahaja, tapi untuk kehidupan yang di Sana utamanya. Belajar merancang hidup dan belajar yakin walau apa pun, semuanya atas kuasa Dia.

Sungguh, perancangan dan peraturan Allah itu yang paling-paling indah. Dan sungguh, hati kita bukan milik kita. Pemilik hati cuma Dia, Allah Maha Pencipta.

Ya, hati kita bukan milik kita. Tapi kita, tak nak usahakah supaya hati itu jadi cantik untuk dipulangkan pada Pemiliknya?

-----------

sekali lagi. untuk mereka mereka yang dah bantu aku tanpa mereka sedar, semoga sentiasa di dalam redha dan lindungan Allah. terima kasih. sungguh.


11.5.13

[200]

setiap cerita,
permulaannya adalah sebuah pengakhiran.

dan kita,
bukan hidup sekali.

hidup yang di sini tentukan hidup kita yang di Sana.

berbaik baik lah.


Salam 1 Rejab.

29.4.13

[199]

perlahan-lahan. 
cahaya menjadi jauh dari dia. 

jauh. perlahan-lahan. 

dia tahu sebenarnya dia yang menjauh.
dia tahu, dengan hanya 'tahu' saja tidak cukup. 

---------
ya. dengan hanya tahu saja belum cukup. 
macam kita ada ilmu tapi kita tak amal.

28.4.13

[198]

tadi. cuma sekejap.
malam datang bersama hujan.



dan aku.
terpujuk.

26.4.13

[197]

menunggu tanpa apa apa.
itu percuma.

bina daya mu dengan usaha.
dan doa pastinya.

berbalik pada Maha Perkasa.
engkau akan ketemu asa.
dan cinta.

[196]

bersama tanya tanya ku.
aku pasti tetap menunggu mu, 
wahai malam ku.

menunggu pasti. 
ini janji. 


--------
Laila, di mana engkau?

22.4.13

[195]



Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. [al-Baqarah: 186]

16.4.13

[194]

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging  yang dimaksudkan ini adalah hati. [Riwayat Bukhari dan Muslim]



berkawan rapat lah dengan hati.
apabila kau menjaganya, dia akan menjaga mu.
apabila kau memperindahkan nya, maka dia turut mengindahkan mu.
sesungguhnya dia lah yang paling dekat dengan mu.



insyaAllah, kita mampu :)

14.4.13

[193]



Ya Rabbi, 
hanya kepada Mu, aku berserah diri. 
bantu lah aku dalam meluruskan hati.

7.4.13

[192]

pada malam bulan suram.
dia mengadu pada angin rawan.

tolong, tolong kirimkan sahabat buat dia.

yang tidak kisah segala cela dia,
dan sanggup mempercantik molek kan dia.
yang tidak memanjai dia, si perempuan degil,
dan sanggup memperkasa hati dia menjadi kuat.

tolong, tolong.
daratkan ke sisi dia seorang teman.
yang mempertunjukkan jalan.
yang memimpin tangan.

menuju ke Syurga bersama.
kehadapan Tuhan Maha Kuasa.

---------

sekuat mana pun kita berteriak, kita katakan, aku mampu seorang seorang harung semua.
tetap bila tergelincir jatuh tergolek, Allah akan hantarkan seseorang untuk bantu.
Allah tahu. sungguh Dia tahu. waktu mana kita mampu sendiri. waktu mana kita mesti berteman.

---------

sehingga ke waktu yang ditetapkan.
dia harus terus menjadi kuat sendiri.
untuk terus menunggu.

26.3.13

[191]

dulu aku pernah cakap;
bila mana kita sudah letak kan harapan yang sangat tinggi pada seseorang, 
saat itu kita harus sedia untuk merasa kecewa yang sama tinggi juga.

tapi itu dulu. sebelum aku berhenti meletakkan harapan pada manusia. 
sebelum aku mula belajar untuk berharap hanya pada Dia. sungguh sungguh. 

dan selepas selepas itu, aku tak jumpa dah kecewa. 

sebab Allah Maha Tahu. 
Dia tahu aku. 
lebih dari aku tahu diri aku sendiri. 

meski Allah tak bagi seperti apa yang aku harapkan. 

[source: nadhirahhadi.tumblr.com]

sebab Dia, tak bagi apa yang kita mahukan. Dia bagi apa yang kita perlukan.


14.2.13

[190]

hujan basahi aku.

basahi aku.
dengan cinta.
cinta milik Dia.

[189]

adakah kita mahu menjadi pencinta Cinta,
atau mahu menjadi pencinta Pencipta Cinta?

- Rin Ahmad, Untuk Semua Dosaku

5.2.13

[188]

bagaimana aku tega,
kembali dengan hati yang ini?

hati yang tak terjaga baik.
hati yang tiada indah seperti mula mula
dahulu yang Engkau pinjamkan.

bagaimana aku bisa pulangkan kembali?
ke Negeri sana?
ke hadapan Mu?

[tentang]
sungguh. aku tak sanggup. 
bantulah aku, bimbing lah aku, Ya Rabb.