28.12.12

[187]

pernah tidak merasa, atau kita bercakap cakap sendirian, "okay. ini lah masa nya!"?

tak kira lah untuk apa perkara sekali pun. kita merasa seperti saatnya dah tiba. atau inilah masa yang paling tepat, yang betul. yang betul betul kita inginkan. dan berkobar gila gila. pernah? dan pernah juga ke alami, yang rupanya, segala masa yang kita rasa dah betul tu - dah paling tepat dah. rupanya masa yang salah. salah sama sekali. pernah?



dan masa yang betul yang ditunggu tunggu tu, datang tiba tiba. tanpa kita perasan pun. tanpa rasa apa apa. tanpa apa apa halangan. dan kita jadi lega. dan jadi senang hati. dan bersyukur sangat.

--------

mungkin ini bukan masa yang tepat.
tapi selagi tak bergerak, macam mana nak jumpa masa yang betul betul tepat tu, kan?

[186]

sepertinya dia
selalu senang keliru 
sama hidupnya dia, dirinya dia. 
serasa, apa yang dibuatnya kini, 
apa betul betul benar?

sepertinya dia 
merasakan kini ruang nya ini 
bukan milik dia lagi. 

ruang yang dahulunya menjadi teman 
selalu memeluk pujuk - menyuruh sabar 
selalu menyimpan semua rasa dan rahsia 
yang dia rasakan paling selesa paling selamat 

tapi untuk momen ini - tidak. tidak. 

sepertinya dia dan ruang ini 
menjadi sesuatu yang asing - jauh. 


dan seperti dibilang tadi. 
dia selalu senang keliru. 
apa sebenarnya, 
ruang ini yang menjauh 
atau hati nya dia yang memang tidak betah lagi di sini. 


selamat tinggal, Disember.

27.12.12

[185]

assalamualaikum awak awak :)

hari ini saya nak bercakap cakap tentang buku. padahal bukan hari ni, dah lama dah, siap buat reminder lagi nak tulis pasal entri berbuku. ok, apa ke benda nye dah ni. dan kenapa nak bersaya awak pulak ni? adoyai! 


baik. kembali ke asal. ehem. rata-rata orang kalau cakap pasal novel dari seberang mesti kebanyakan nya novel nukilan Andrea Hirata atau tak pun Habiburrahman El-Syirazi (aku siap gugel nak eja nama dia ni haa). tapi aku tak pernahnya lah nak terbaca novel mereka mereka walau pun aku tengok je Laskar Pelangi tu, Ketika Cinta Bertasbih tu. dan memang best lah ceritanya. entah nanti nanti lah aku rajin aku pergi beli.


okay. pernah dengar tak nama Tere-Liye? hah hah hah, aku suka dia. sangat. 

hah ni lah novel yang aku nak cakap kan tadi. hehe
perlu dinyatakan di sini yang sebenarnya aku tak pandai pun nak buat review pasal buku. heh. 

Bidadari Bidadari Syurga berkisah kan tentang pergorbanan seorang kakak buat adik adik nya, yang sebenarnya bukan adik adik nya pun. mungkin orang akan cakap, alah macam cerita biasa biasa. balek balek pengorbanan. habis tu yang balek balek cerita kahwin paksa tu tak pertikai pulak, huh? eh, tetiba je nak emo kejap. ya, mungkin novel ni sama aje dengan cerita cerita pasal pengorbanan yang lain. tapi, sebab Tere-Liye yang tulis, dia jadi... lain. 

ayat ayat dalam novel ni, memang ayat biasa. bukan nya ayat bombastik atau puitis sangat atau apa. ayat ayat biasa. tapi disusun atur menjadi sesuatu yang macam, luar biasa. ya, Tere-Liye bijak menarik aku untuk terus baca dan baca dengan cerita dia. dalam jenaka nya, ada nasihat. dalam syahdu nya, ada kegirangan. 

novel ini ajarkan aku cinta. sungguh.

---------------
sebelum ni, aku pernah cakap pasal novel dia yang lain [klik sini]. kalau aku sarankan yang kawan perempuan aku untuk baca Bidadari Bidadari Syurga, kawan lelaki aku akan saran kan yang Rembulan Tenggelam di Wajah Mu. alah padahal dua dua pun boleh je sesiapa nak baca. dan aku pun bukan nya ada kawan lelaki pun nak saran sarankan sebenarnya. haha. aku baru ada dua je novel Tere-Liye ni. dan ya, misi aku nak kumpul semua novel novel dia. pesta buku nanti aku akan pergi serang PTS. tu pun kalau duit mencukupi. hehe. dan sini, kalau nak jenguk fesbuk nya Tere-Liye. sungguh bahasanya indah. 

ouh lupa, Bidadari bidadari Syurga ni baru aje difilemkan di Indonesia sana 6 Disember lepas :)




Dengarlah khabar bahagia ini. 
       Wahai, wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih daripada itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari Syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari Syurga parasnya cantik luar biasa. 
- Bidadari Bidadari Syurga


26.12.12

[184]


berasalkan cuma satu titik kecil. kemudian merebak ke seluruhnya. bagai virus yang tak termampu dilawan. dan. akan terus menjalar bila dikongsi sama. 



kasih.

-----------
dahulu. aku selalu menconteng. ini contengan yang ke berapa pun tak tau. kertas asal nya pun dah hilang. sayang. nasib sempat dirakam. sekarang, dah ditarik. aku tak mampu lagi menconteng walau seorang orang lidi. ada hikmah. cuma Dia yang tahu. 



ouh. aku ada buat blog khas untuk segala contengan aku lama dah dulu. nanti aku pindahkan semua nya ke sini. bila bila kalau aku teringat lah :)

[183]

sepertimana kau lihat gugurnya dedaun dari pohonnya, begitulah aku.

kuning.
kering.
sendiri.
sepi.
punah.
ranah.
tercebis.
terbiar.




terbiar.
oleh orang orang lalu lalang.
oleh hati hati tidak sudi.



tapi bukan Dia. kekasih agung.

[182]

hai stranger.
lama tak bertemu.
semoga kau sihat sihat, jiwa dan iman.



tunggu aku.

25.12.12

[181]

aku tatau ini anugerah atau apa.

aku pernah katakan yang dengan mudah nya masalah boleh hilang dari dalam kepala aku. ini memang sesuatu yang baik atau yang buruk aku pun tak tahu lah. bagaimana aku boleh lupa pada masalah yang melanda dengan mudah nya? aku pikir sekejap, kemudian aku menangis sekejap (ya, aku memang kuat. kuat menangis. heh.), kemudian aku pun tertidur - sebab dah penat menangis. kemudian aku bangun, dan
poop!! aku macam manusia baru yang tak ada masalah apa apa. macam manusia yang dah hilang ingatan pada masalah masalah tadi.


tapi sekarang dah jadi lagi kronik.

sebab aku bukan saja lupa pada masalah. aku lupa juga pada kenangan.
sama ada kenangan yang mencipta genangan mahu pun kenangan yang mencipta kegirangan.



aku tatau ini anugerah atau apa.



kasihan aku. heh.

23.12.12

[179]

pagi tadi. 
aku kalah pada marah. 
terus sabar aku jadi sia.

dan aku. 
dihukum bisu. 



ironinya. 
aku mahu. 
terus menjadi bisu. 
biar tiada hati menjadi sakit. lagi.

22.12.12

[178]

Sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. [Al-Ahzab : 35]




lelaki dan perempuan. tempat nya sama disisi Allah. selagi kedua nya beriman dan beramal soleh pada Nya.

29.11.12

[177]

ini kenangan. segala tulisan aku ada dalam tu sebelum aku ada blog. gambar ni kalau dah besarkan pun, takan boleh baca tulisan tu (kalau nak baca). sama ada sebab tulisan aku yang memang cenonet dan juga sebab tangan aku tak mahir nak amik gambar. 



ini benda lama. tahun 2009 tak silap. puisi nama jiwa cantik. puisi ini bukan permulaan segala. aku tulis pun masa tu sebab ter-inspirasi. ini bukan permulaan segala, tapi dari sini mulanya aku rasa, yang aku tak boleh berhenti dari menulis. menulis puisi mungkin.

apa rasa seorang budak enambelas tahun yang, yang sangat lah baru dalam dunia blog, yang tak tahu apa apa tentang puisi, yang menulis mengikut suka dia tiba tiba dia dapat emel dari seorang pemuisi perempuan, yang bercerita menjadi gagah dan sangat lah dikagumi kerana bakat nya? apa rasa? tak terucap. bila tengok nama akak tu terpamir kan emel aku aje, aku dah mematung depan laptop lama. belum kira berapa kali aku ulang baca. diingat kembali, aku masih hingusan masa tu.

ringkasnya, kakak tu cakap;
tolong, dik. 
jangan berhenti menulis. 
jangan takut jadi pelik. 
jangan gentar ikut suara jiwa.

jangan biar dunia telan jiwa kamu yang sangat cantik ini. 


rupanya dia perasan komen aku yang secebis di blog dia. dan kemudian dia baca pula tulisan tulisan aku. rasa aku tak terucap. sungguh ini kenangan istimewa.

terima kasih, kakak :)

28.11.12

[176]


masing masing, ada masa silam. 
antara kita mungkin ada, masa silam yang gelap. yang kalau mampu, nak disembunyikan menjadi rahsia. walau untuk diri sendiri. 

dan. bila tiba saat nya ditampar berkali kali dan menjadi sedar yang harus nya untuk berubah. menjadi lebih baik. semua rasa payah dan rasa tak rela dan rasa macam seorang seorang pun muncul. tiba tiba semua benda yang nak dibuat, benda baik yang nak dibuat rasa payah. tiba tiba rasa letih. lebih letih dari rasa nak buat jahat. 

dalam keadaan macam ni. hati memang perlukan makanan yang betul. salah pilih, boleh bawa penyakit. mungkin boleh bawa mati juga. menjadilah hati yang mati. 

dalam keadaan macam ni. diri sendiri kena lawan dengan diri sendiri. kaki kena betul betul pasak kat tempat yang dah diri. yakin dah tempat ni tempat yang betul. tak boleh tumbang. sebab bila dah tumbang, mungkin jadi lagi payah nak bangun balik. tambahan, bila tumbang ke dalam lubang yang penuh dengan emas berlian, yang rupanya palsu. 

untung sebenarnya mereka yang ada rasa payah ini. sebab manusia ini memang jenis makhluk pelupa. yang bila diberi senang sedikit, diberi gembira sedikit, terus lupa semua. sampai lupa pada yang memberi segala, Dia. jadi bila ada payah dan tambah pula dengan sedikit rasa hampir putus asa, buatkan manusia makhluk pelupa ini jadi ingat pada Dia. 

dalam keadaan macam ni. masing masing sebenarnya, dididik. dididik untuk terus yakin pada Dia. terus berharap pada Dia. dan terus cinta pada Dia. Allah Maha Esa. sebab tu perlunya hati sentiasa disantap dan disuapkan dengan makanan yang betul betul berkhasiat dan mengikut jadual. solat dan doa. perlu juga dijauhi dari mengambil makanan tambahan yang berupa perkara perkara lagha. ini kemudian menjadikan diri lebih kuat menentang rasa payah. 'payah' yang rupanya cuma bisikan syaitan yang buat diri berada dipersimpangan. kembali ke cerita silam gelap. atau kembali ke cahaya, jalan Dia.

----------

cuti ini. betul betul letakkan aku dalam keadaan yang payah tu. 
yang sampai semalam, aku tak suapkan hati aku dengan makanan yang betul. 
yang sampai semalam, aku tak pasak kan diri aku betul betul. tegap tegap. 
sampai semalam, aku menjadi goyang dan hati aku koma. nasib belum mati. 

sebulan lebih. bayangkan kalau dua bulan? sungguh. aku masih tak mampu kuat sendiri. 

dalam keadaan macam ni. satu lagi yang memang semua orang perlu: manusia lain yang bantu mengingat. 

hidup kita penuh dengan pencarian dan pilihan. ada nya manusia yang tepat dalam hidup untuk bantu ke jalan Dia, pilihan sendiri. ada  nya manusia yang salah membawa kedurjanaan, pilihan sendiri. semua bermula dengan pencarian. dan kemudian penemuan. 





cahaya kan pasti muncul selepas gelap yang panjang. nah sikit cenderahati :)


27.11.12

[175]



memang penghambaanku belumlah sempurna
segala nilai ibadah masih terpatri duniawi
segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

23.11.12

[174]

i'm just out  to find 
the better part of me 

looking for special things inside of me




it's not easy to be me.

[173]

setelah sekian lamanya.
aku ini. masih. dan masih.

sesat di dalam bayang sendiri.

21.11.12

[172]

hati aku terlampau kecil untuk memuatkan seorang lagi manusia seperti kau.
tapi kenapa, kepala aku terlalu kosong sampai sempat memikir kau barang dua minit?

19.11.12

[171]

andai. memohon maaf berdepan itu mudah. buat aku.
andai. menundukkan sedikit ego itu aku mampu. 

andai. 
tubuh aku bergerak mengikut kata hati dan akal tidak menegah. dan. 
tubuh aku bergerak mengikut kata akal dan hati tidak menegah.

*tarik nafas dalam*



segalanya sia. 
kerana aku masih aku. 
yang maafnya cuma tersekat dikerongkong.


andai. ini semua mudah bagi aku.

14.11.12

[170]

bismillahirrahmanirrahim.

ya Allah.
jauhkan lah aku dari rasa putus asa dalam mencari dan menemu redha Mu.
berikan lah aku rasa sabar dalam mencari dan menemu redha Mu.





dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik
[Al-Ankabut:69]

8.11.12

[170]

dan aku.
memilih diam.

bahagianya aku punya seorang.
sakitnya juga aku punya seorang.

seorang. bersama sama Dia.

kerna Dia tak akan pernah membagi kecewa.
dan kerana. cuma Dia yang aku ada.







sampai mati.

28.10.12

[169]

hujan.
lebat.
dan petir itu terus terpanah
tepat ke

hati.

yang baru kembali pulang.

[168]

aku rasa.
sudah sampai masa.
aku berhenti menipu
dan ditipu diri sendiri.


kan?

25.10.12

[167]

dalam diam diam.
dalam tak sedar.
kita memilih.

untuk dengar apa yang kita mahu dengar.
untuk nampak apa yang kita mahu nampak.



padahal. keberangkalian untuk apa yang kita nak dengar nak nampak itu.
adalah salah.




kita memilih.

[166]

jangan jadi zalim dengan diri sendiri. -Tentang Dhiya




dan untuk beberapa saat tadi. hah! itulah aku.
menjadi kejam pada diri sendiri.

24.10.12

[165]





*menangis*

[164]

seperti mana engkau jumpa manis dalam pahit-pekat-hitam kopi.
begitulah aku sekarang.






tapi. aku tak pernah suka minum kopi. motif bagitau? :)

[163]

kasihan.
dan kasihan itu tidak tahu, patutnya dituju pada siapa.

pada orang yang diketepikan.
atau pada yang mengetepikan.

bodoh bodoh kau mengejar yang dimimpi.
sampai lupa pada yang realiti.
kau guna konsep pandangan mata ke hadapan.
sampai tak ingat pun nak jeling jeling sikit pada yang di sebelah.






mata kita memang bukan macam mata arnab. tapi kita ada akal ada hati. pandang sekeliling dengan mata hati. kalau rasa hati menipu, akal ada. guna baik baik. bukan letaknya untuk biar bersawang.

[162]

tadi pagi aku terjaga. 
aku pegang pegang dada. 
serasa macam pelik.

ah! berlubang!

aku lihat cermin.
mana? mana hati aku?

tak guna! dah hilang!

--------


hati aku.
tertinggal di sana.
jika tak mahu.
pulangkan ke aku.


[161]

biarkan.
biar bertebar kemana mana. 



kerna sungguh.
cuma ini yang aku ada.

22.10.12

[160]

sakit ini magis. 

tak nampak. 
tak tergambar. 
tak tercerita. 
tak dapat faham. 

magis. yang berkepul kepul. 
magis. yang sesak. 

tulis ini juga sakit. 

lihat. 

sakit ini magis. 
nak cerita. 
nak gambarkan. 
nak nampakkan. 
nak fahamkan. 


tapi tetap tak mampu. 
sebab tu magis namanya.

[159]

hidup kau simple. biasa biasa saja.
hidup kau tak se-dramatik orang lain.

namun,
kau yang paling mengeluh kuat.
kau yang sering mengadu hebat.
engkau bilang, "hidup aku tak patut begini!"  
engkau persoal macam macam.

rimas sama kau. rasa nak ketuk ketuk aje kepala kau.

mana syukur kau?
apa bodohnya kau, bila Tuhan sudah permudah semua.
tapi kau. meminta bukan bukan jadi payah.




eh! jangan nak berdrama sangat.

21.10.12

[158]

hari ini baru aku faham.

kenapa akak manis yang aku kenal tak sampai sebulan, yang aku baru main sms dengan beliau dua kali, itu pun atas urusan bisnes, yang pada message nya kali ketiga bertanyakan "iman hari ini apa kabar?"

masa baca mesej akak tu, aku jadi kaku.
jadi kalut, 'ah! macam mana nak balas ni?'
aku taip aku padam. aku taip aku padam.
alih alih aku jujur, aku cakap aku tengah teruk.

dan akak tu tak pernah lupa nak tanya tentang iman aku macam mana bila kami saling main sms.
dan aku jadi suka tentang itu.


hari ini baru aku nampak, apa penting nya persoalan tu pada diri sendiri.
bila tiap malam sebelum tidur atau bila bila masa yang terluang,
bertanya pada diri sendiri, 'iman aku macam mana hari ini?'
buat kita sedar mana silap kita hari tu.
dan kalau kita tanya tu, kita tak jumpa silap dosa kita,
dia ajar pula kita supaya jangan rasa riak.



benarlah. iman kita ada turun naiknya.

[157]

dulu aku percaya, jalan pada kejayaan.
kau kena usaha banyak kemudian doa banyak dan berakhir dengan tawakal.
ini yang aku pegang. masa aku tak matang. (ceh.. macam sekarang dah matang)


kemudian aku fikir.
macam tak betul aje benda yang aku pegang ini.
usaha itu bagaimana?
doa juga usaha.
tawakal itu serupa doa juga.


dan aku dapat tangkap dah. (heh lambatnya...)
yang jalan untuk berjaya itu.
kau kena ada usaha dan doa dan tawakal.
kena seiring. kena sama sama.
tak boleh ada didahulukan tak boleh ada terkemudian.

tiap apa yang kau usahakan,
perlu ada doa. biar permudah. tunjuk ini usaha yang betul.
dan tawakal.

[156]

untuk enam bulan sebelum,
ini antara;


benda buat kuat bila hancur. 
benda buat peringat bila leka.


dan biar lah jadi penguat jadi peringat sampai mati.



ah aku rasa rindu aku rasa sayu pada semua cerita sepanjang enam bulan lepas. 
lebih sayu dari rasa rindu aku nak balik rumah kemarin. kenapa?

20.10.12

[155]

gelap pekat malam.
sunyi sendiri malam.
buat aku rasa jauh.
jauh dari serabut.
buat aku jadi dekat.
dekat dengan yang namanya tenang.

aku jatuh cinta.
aku jadi terlampau rindu.
dan perlahan lahan mengharap,
ayuh, lekaslah pergi siang. 
ayuh, lekaslah pulang malam! 

jika aku resah juga.
aku selesa resah aku bertemankan malam.
bagaikan semua rasa yang aku punya aku cuma mahu kongsi sama malam.
aku jadi kedekut pada terang siang.


dan gelap malam dengan cahaya sedikit.
buat aku rasa, aku perlu untuk keraskan asa.
buat aku nampak, untuk mengejar cahaya itu perlu jadi kuat.
kuat tidak tenggelam dek larut gelap hilang arah.

buat aku lebih rasa.
hidup aku terlampau pendek untuk menjadi sia.





peliknya. aku menulis tentang malam. dalam siang.
saja bikin cemburu barangkali.


Slim River, 1330

[154]


aku jarang menconteng sesuatu dengan diinspirasikan sebuah lagu. 
okay bukan jarang. tak pernah sebenarnya. 




nah lagu nya.

[153]

aku hitung hitung
enam bulan sudah aku  habiskan
sekali lagi, di sini.
enam bulan yang sekejap.

dan untuk sekejap ini
aku bilang bilang
ini pertama kali aku lihat
bulan senyum indah.
sungguh.
bulan malam terakhir.

dan entah kan apa,
mahunya aku membiar malam ini
menjadi panjang.


lebih panjang dari enam bulan yang sekejap



rugi aku tidak rakam gambarnya...

30.9.12

[152]

dari dahulu.
resah aku mampu hilang bagai angin lalu.
bila dengar suara bunda.


dari dahulu.
dan biarlah sampai bila bila.


syukur.
panjangkan umur bunda lagi, Tuhan.





cakap cakap kita dengan mak kita pun dah kira zikruallah - Ustaz Ghazali

[151]

dan.
telah aku buang semuanya.
yang pernah aku suka kan.






boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
[2:216]

28.9.12

[150]

i show you the mask of the best i can give.
would you call me a hypocrite?








will you hate me?


[149]

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. 

sembilan belas tahun membagi peluang. 
dibentang pilihan pilihan. 
dianugerah yang terbaik. 

segala puji hanya bagi Allah. 

16.9.12

[148]

Katakan lah, "Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dia lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Az-Zumar:53]


--------------
jawapan untuk aku. untuk kita. 
setiap jawapan persoalan kita. 
ada dalam love letters Dia. 
Allah sangat sayang kita kan? :')

[147]


aku jatuh.
jatuh cuma. masih mampu bangkit lagi.
kan?


tapi sepertinya.
aku mahu kekal jatuh.
kerna baru aku perasan aku berpijak tanah.
aku kecil hama.

sebetulnya.
aku takut untuk bangkit.
risau menjadi sombong hina.
risau menjadi gagal.



ini.
putus asa kah?

14.9.12

[146]

menulis ini juga payah. 
meluah rasa apa entah lagi. 


menulis ini juga terketar. 
gementar seluruh nadi. 
jika di sini penamatnya seorang aku, 
sungguh aku belum mahu rela. 

jika ini akhirnya aku. 
sungguh ini yang terpaling sesal. 

bagaimana mampu aku mati, tanpa melaku sedikit jihad? 
tak perlu pikir jauh. tak usah lari jauh. 
jika jihad menunduk nafsu juga tidak termampu, 
usah mimpi tidur malam ini. 

bagaimana mampu aku mati, tanpa menjadi askar dahulu? 
tak perlu keluar perang. tak perlu angkat senjata. 
jika hasut syaitan juga tidak mampu tapis, 
jangan mimpi untuk jadi kuat. 

[ok. apa sebenarnya yang aku nak cakap pun aku dah tak faham.]


meluah rasa juga payah. 
menulis ini apa entah lagi.

[145]

dosa dosa semalam.
menjadi dosa hari ini.
betapa aku telah gagal dalam nikmat gembira.
tiap malam penuh sesal.
tiap malam penuh janji,
'esok pasti 'kan aku menjadi lebih baik'.

masih. dosa dosa semalam.
terus. menjadi dosa hari ini.
menjadi langsung lupa dalam gembira.
malam kembali sesal, kembali janji,
kembali mungkir.



masih.
aku-pendosa-bertopeng.

10.8.12

[144]

bagaimana boleh, aku menjadi kaku menulis?
sepatah ditulis, sepuluh dipadam. ditulis kembali.

dan.
bagaimana boleh, aku merasa sekejap benar?
bagai kan tak sempat pejam kemudian celik kembali pun,
ramadhan sudah hampir penghujung.


entah kan mungkin atau tidak
aku ada lagi untuk ramadhan yang nantinya.
entah kan mungkin atau tidak
aku merasa esok.



moga. ramadhan ini tak menjadi sia.
moga. ramadhan ini benar benar beri makna.
moga. segala ibadah dibuat, terus dibuat dan ditambah
untuk bulan bulan yang lain nya.


moga. kita menjadi tambah dekat dengan Nya. dan tambah cinta pada Dia :)

21.6.12

[143]

hari ke dua puluh satu. aku memecah diam.


hari pertama syaaban. 
dan bunda dan kakanda selamat berlepas petang tadi.
tiada apa mahu kata. kerana memang tidak tahu apa mahu kata.

Ya Allah, semoga engkau permudahkan urusan bunda dan kanda. semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang di Tanah Suci. semoga apa yang dihajati tercapai. semoga bunda dan kanda dan kami sekeluarga sentiasa berada dalam redha dan rahmat Mu. Amin!

1.6.12

[142]

juni tiba.
dan aku diam.

31.5.12

[141]

mei hiba.
dan aku leka.

[140]

aku.
aku tak tahu kenapa.
garisan lengkung yang sangat sukar terbentuk ke wajah aku akhir akhir ini,
boleh muncul. dengan sangat lebar. sangat.

bila aku terjumpakan video ni.

30.5.12

[139]



ubat.


--------------------------
belajar memberi. dan kau bakal menerima. 
dan bukan meminta semata.

29.5.12

[138]

beri hadiah pada hati.
dan ikhlaskan lah maaf mu.
-Ili Syazwani

26.5.12

[137]

turunlah.
turunlah wahai hujan.



basahi jiwa ku.

- Bin Jidan, Garisan Abstrak

[136]

dengar sini.
ini permintaan yang dah tak mampu dihitung.


tolong. jangan degil.
tolong. sangat sangat.

dan belajar.
belajar memohon maaf.



tolong ya? *tepuk tepuk dada*

[135]

apa perkataan tu? sebu? ke tepu?
entah. yang aku tahu. saluran nafas aku hingga ke dada, ada sesuatu di situ.
macam tiba tiba jadi penuh. sangat penuh. sangat mampan (?).

saat aku ketandusan ayat ayat dalam kepala untuk menulis sesuatu.
saat aku mencemar jiwa mendengar pada yang tak patut.
saat aku mengaku betapa aku rasa kan yang aku ini seorang hipokrit terlampau.
saat fikiran aku dan hati aku seluruhnya aku punyai sekarang tidak benar benar ingat pada Dia, Maha Satu itu,

nah! dengan sangat sekejap, ini yang muncul;
             hari ini kita masih leka, padahal masa sudah semakin tiada.




kenapa? ya Allah kenapa?
seperlu apa lagi yang aku perlu kata kan?

*pause*

aku ini apa sebenarnya?
bagaimana baik nya Dia kepada aku? lihat.
dengan sangat sekejap. Dia selalu beri kan jawapanNya kepada aku dengan sangat sekejap.
dan, tidak tahu mahu kata apa, selalunya juga, jawapan jawapan itu melalui seorang orang yang sama.
jika dia itu terjumpa kan blog aku ini, dan dia pasti tahu siapa dia, terima kasih. sungguh.

*pause lagi*

apa hendaknya aku ini sebenarnya?
bagaimana baik nya Dia kepada aku? lihat.
aku selalu persoalkan, kenapa jalan cerita aku ini tidak sedramatik hidup yang lain.
aku selalu persoalkan, kenapa dengan mudah nya masalah pergi dari fikiran aku.
apa memang hidup aku ini, terlalu mudah?
menangis bersungguh sekali. masalah hilang. apa memang terlampau senang begitu?

sehingga aku tersedar sendiri,
"sudah disetiap subuh engkau minta dipermudahkan segala urusan kau, jadi, nah! Dia berikan. perlu apa lagi segala soalan soalan itu?".
serius aku rasa. aku macam bodoh. heh.

---------------------------------------------------

ya! aku perlu kan seseorang untuk tampar aku dengan sangat kuat.

25.5.12

[134]

jatuh hati lagi. pada entah siapa siapa.
jatuh cinta lagi. pada tulisan tulisan dia.

pada dia yang entah siapa siapa.
yang tulisan tulisan nya berkisah tentang surat surat cinta dari Dia.




sungguh. dalam diam diam. aku sudah jatuh cinta. *senyum*

24.5.12

[133]

bagaimana lagi mampu ku berdalih.
kerna sungguh aku pemegang cemburu paling tinggi.



----------------
bila kah aku boleh jadi 'comel' macam mereka mereka ni semua, ya Allah?

22.5.12

[132]

oh manis ku.
mahu kah kira nya kau sempurnakan aku?
apa bisa kah kau memapah aku yang tempang ini?

kalau tidak mahu pun.
apa bisa kah kau ajarin aku sesuatu?
ajarin aku tentang cinta. mahu?

tentang bagaimana cantik nya cinta.
tentang bagaimana mahu menanam cinta.
dan kemudiaan nya semakin bertambah.
seluruh nya tentang cinta.

apa kah engkau sudi, oh manis ku?



ajarkan aku.
tentang cinta.
cinta pada Dia.

---------------
mood baru habis baca Tunjuk Langit Cinta - Sharizad Shafian :)

[131]

indahnya dunia sudah kau punya dari dahulu lagi, sayang.
lantas, untuk apa engkau menjadi kejam pada diri?
mencemari indah yang kau punya?

sayang. sungguh sayang sekali.

[130]

jam 0430. 
peperangan hati dan minda.
----------------------------


ini tentang pertanyaan pertanyaan yang terluah.
ini tentang jawapan jawapan yang tidak terluah.



apa yang engkau mahu jumpa kan sebenarnya?
kesedaran yang hadir memang akan dibiar terus lenyap saja, kah?

bila mana engkau mahu bangun dari duduk mu, apa memang akan kembali jatuh?
apa memang engkau tidak punya daya lansung untuk bangkit sendiri?
apa memang masih mahu menanti ada yang menarik kau keluar dari dasar laut
dan bawa kau terbang jauh?

persediaan seperti apakah yang engkau mahu sediakan?
mahu sehingga nya engkau tidak merasa terhina sungguh baru hendak memula langkah?


sungguh aku tanya, apa sebenarnya mahu mu?


pingin bertemu Tuhan, tapi apa sahaja yang engkau sudah selesaikan?
bukan. apa sahaja yang engkau sudah mulakan?



sudah tahu jawapannya?
tidak tahukah engkau yang penerimaan kau ini
sebenarnya penafian semata?

----------------------------

sampai bila? sampai bila mahu berada dalam keadaan yang sudah terbiasa? 
'keadaan terbiasa' yang memang dah tahu banyak salahnya?

20.5.12

[129]

angin kuat.
awan gelap.

anehnya.
cuma di satu tapak itu saja.
cuma di sekitar dia itu saja.

dia - perempuan.


perempuan.
yang kakinya terikat kuat akar bumi.
yang tangannya cuba mencapai apa saja - tapi tiada dapat.

dia. tetap di situ.
cuma menanti. cuma menanti.




rahmat yang bakal turun basahi dia.

[128]

ini benar benar sudah melampau.
benar benar sudah tenggelam jauh.
nafasnya masih ada, syukur.
nadinya masih ada, syukur.
cuma sudah tidak keruan denyutnya.
sudah tidak lancar hembusnya.

ikut kiraan yang sering silap,
mungkin lah sudah belasan kali.
tenggelam timbul tenggelam timbul.

ikut kiraan yang selalu tersalah congak.
ya, baru belasan cuma.
dicuba sendiri menolak kaki menguak tangan
untuk timbul mengutip nafas.
baru belasan kali bukannya ratusan ribuan jutaan kali.


tapi sudah hilang daya begini.
tapi sudah hilang daya untuk setiap kali sebenarnya.

ini benar benar sudah habis daya. (mungkinkah?)

"tarik kan aku. dan bawa aku terbang."

12.5.12

[126]

menyembunyikan diri adalah perkara yang jauh lebih sukar rupanya daripada melarikan diri.


bila mana engkau melarikan diri, kalau terserempak dengan sesuatu, seseorang yang kau sedang cuba larikan diri tu, kau tak akan rasa takut sangat. atau terasa sangatlah kaku. dan tindakan refleks kau, kau akan lari. jadi lagi mudah. sebab kau memang dalam keadaan itu. sedang berlari. dan dah nama pun engkau melarikan diri, kau dah sedia maklum yang ada sesuatu, seseorang mengejar kau. kau dah sedia maklum dengan mungkin segala tindak tanduk lawan kau tu. dia kejar kau dengan laju, kau lari dengan lebih laju. konsepnya mudah. tapi yeah, masih ada payahnya. dan penatnya.



tapi, bila mana engkau dalam keadaan bersembunyi, menyembunyikan diri. konsepnya jadi lebih sukar. engkau akan berada dalam keadaan yang sangatlah tak bersedia bila lawan kau tiba tiba muncul depan mata. sebab kau tengah sembunyi. tahap untuk kau merasa terkejut bercampur dengan rasa takut adalah sangat sangat tinggi. ini sungguh. dan kau jadi tak boleh nak buat apa apa. sebab engkau sudah dijumpa kan. engkau cuma sibuk persiapkan segala perlindungan daripada dijumpa lawan kau. yang bawa maksud kau tak sedia maklum pun dengan tindak tanduk lawan kau. apakah dia masih mencari kau? apakah dia sudah letih lantas menyerah kalah dan hanya menanti kau tunjukkan diri sendiri? kau tak tahu. dan satu keputusan kecil kau buat akan ubah banyak perkara.





menyembunyikan diri lebih penat daripada melarikan diri. sangat.


----------------------
makin jauh kau lari dari masalah, makin cepat dia datang. dengan lebih garang!
makin lama kau sembunyi dari masalah, makin........?

[125]

ditembak. peluru tembusi kepala. tapi darahnya tiada! tapi kesannya tiada!






tak boleh biar. ini sungguh tak boleh dibiar.

11.5.12

[124]

engkau mampu saja matikan mimpi ku.
cuma tolong jangan patahkan asa ku.
engkau mampu saja bikin hati ku lumpuh.
cuma tolong jangan hentikan harapan ku.


engkau mampu saja.
cuma tolong jangan.
tinggalkan ku seorang.

[123]

dakapi aku malam.
jangan. jangan lepaskan.

dakapi aku. cumbui aku.
biar hingga tulang ku retak semua.
biar aku tiada daya membebas diri.

selimuti aku. temani aku.
cuma jangan.
pujuki aku. lagi.

[122]

masa. adalah penawar.
masa juga. penyeksaan.



biarkan aku.
lesap. sekejap pun jadilah.
lenyap ditelan masa.
aku mahu. sangat mahu.


masa yang menjadi penawar.
aku mahu. sangat mahu.

7.5.12

[121]

ini adalah satu benda yang sangat lah tiba tiba.


aku rasa. akhirnya. aku dah jumpa seseorang yang macam aku juga. mungkin lah ada dua tiga benda yang tak macam aku. dan entah. tiba tiba aku rasa bahagia.


pelik aku ni. hahaha

5.5.12

[120]

pada momen pensil bertemu kertas kertas lusuh
pada momen jari jari bermain main bersama papan kekunci

pada saat dahi menyentuh sejadah, bersujud memohon
pada saat telapak tangan ditelekup ke muka, berdoa memohon


aku ini
rasa ini
aku ini masih tidak mampu meluah
rasa ini masih tetap tidak terluah



dan untuk beberapa saat ini,
jari jari aku kejang, terhenti.
otak aku berdengung, beku.
masih tidak mampu jua mencari satu patah kata yang tepat untuk lahirkan
segala rasa segala letak duduk nya aku sekarang.





aku cuma sudah letih.

[119]


hari hitam putih aku yang selalunya dulu
dah jadi banyak warna.

kejap kejap aku hiba.
kejap kejap aku suka.
kejap kejap aku simpati.
kejap kejap aku menyampah.


dalam satu hari. aku boleh ada empat macam keadaan. (atau lebih)
dalam satu hari. aku boleh jadi empat manusia lain. (atau lebih)



ya. jiwa-hati-minda-jasad aku. jadi lebih terisi dengan banyak banyak warna.
yang serabut.

3.5.12

[118]



aku. sangat suka kan bintang. 

29.4.12

[117]

ok. aku tak tahu ini apa. tapi..

ha aku dah selesai baca 4 novel Syud buat. jalan cerita novel dia ringkas. maksud, memang cerita cerita tu selalu je terjadi dalam dunia sebenar. perkara perkara biasa yang terjadi pada orang biasa. dan aku bukan lah nak cerita pasal novel dia sangat. cuma apa aku nak bagitau, aku tak pernah rasa 'sedekat' ini dengan segala buku yang pernah aku baca. tapi 4 novel Syud tu dah berjaya buat aku rasa sangat 'dekat'.

ni novel yang 4 aku cakap kan


rasa tu hadir (ceh macam apa je...) sebab semua watak heroin dalam novel novel Syud ni, aku rasakan ada cebisan cebisan diri aku. diorang, watak watak tu macam pecahan diri aku, dibahagi empat, dan dibuat cerita. mula mula aku tak perasan benda ni. tapi lepas aku baca novel novel tu versi ulangan yang entah berapa kali dah (ye, aku memang suka baca buku sama banyak banyak kali sebab aku tak ada dan malas nak beli buku yang lain kalau aku tak nak, peratus tak nak beli lebih tinggi lah), aku mula rasa satu macam. umpamanya Syud tu sangat lah kenal dan faham aku. 


aku ada 'kepakaran' yang sama macam Aulia, yang boleh buang masalah keluar dari kepala. aku ada sifat yang macam Iman, yang terbiasa simpan semua benda sorang sorang. aku ada sikit sikit pemikiran Wardah. dan sikit sikit pemikiran dan rasa macam Lisa.

mula mula aku ingat ini semua cuma, aku yang terperasan sendiri. konon konon berangan nak jadi macam watak dalam novel dan jalan cerita hidup macam novel. tapi bila dah lama lama, aku perasan yang sememangnya itulah cebisan cebisan diri aku. sebab tu lah aku rasa 'dekat' sangat dengan novel novel ni semua sampai buatkan aku nak menangis sebab terharu. hahaha.

tapi dalam banyak banyak persamaan aku dengan watak watak tu semua, ada satu perbezaan yang sangat lah nampak. diorang tu suka makan asam pedas, tapi aku tak berapa minat. wahal aku asal Johor juga. haha


kalau aku terjumpa Syud dekat PWTC nanti, mungkin aku akan memberanikan diri cakap, hai dan terima kasih sambil sengih sengih sikit. tapi aku pasti benda tu tak akan terjadi sebab aku ni penakut.


# saja nak bagitau juga. beberapa kawan aku cakap diorang takut nak tegur aku masa sebelum jadi kawan sebab aku macam garang. padahal yang diorang tak tahu adalah, aku ini sangat lah pemalu, ok penakut sebenarnya nak tegur orang lain. hehe.

28.4.12

[116]

Gadis Kecil dengan Payung dan Se-orang Tua dengan Beca Tua


gadis kecil sunyi itu, jalan di satu lorong dalam hujan. lebat. payung di tangan tapi tidak dibuka. membagi percuma hujan basahi diri. tidak merasa risau sakit yang bakal timpa. untuk apa bila momen ini pun dia sudah merasa sakit?
lalu beca tua, dikayuh se-orang tua berbaju hujan. lusuh. kuning pudar. becanya bukan baju hujannya. melaung kuat se-orang tua melawan suara hujan memanggil gadis kecil sunyi. mahu ditumpangkan gadis bersama payung itu, walau nanti dia tahu tempat duduk beca nya bakal basah dan dia juga bakal penat untuk keringkan kembali. tapi itu, belakang cerita.

sunyi. cuma suara hujan yang menjadi latar. dan kadang kadang, guruh juga.


gadis kecil bersama payung nya terletak di sebelah, bersuara mengeluh.
"saya ini tidak ada apa apa pakcik. saya ini tidak hebat. bagaimana mahu jadi hebat seperti mereka mereka yang hebat itu ya pakcik?"

se-orang tua yang dipanggil pakcik itu, diam.
gadis kecil bersuara lagi. lebih keras. geram mungkin.
"saya mahu jadi hebat seperti mereka yang lain lain!"

se-orang tua berhenti dari kayuh beca tua. di hadapan se-buah kedai kopi.
se-orang budak laki-laki mata sepet, selekeh tapi comel, keluar dari kedai sambil tangan pegang satu rokok. masih baru.

"Ah Kit, bapak lo mana?". se-orang tua bersuara sambil terima rokok dari budak mata sepet, selekeh tapi comel.
"bapak pergi bandar". balas budak mata sepet. pelat pelat.


se-orang tua senyum sengih. nampak kedut kedut sikit tapi masih manis. rokok dicucuh api. sedut rokok dalam hujan. beca dikayuh kembali. hujan dah macam tak lebat sangat.

"kau mahu jadi hebat macam mereka buat apa, nak. kau tak perlu jadi hebat macam mereka. cukuplah kau jadi hebat macam diri kau."

"apa pakcik merepek ni.. saya ni tak ada hebat nya."

"hai anak, tak ada guna kau nak jadi hebat, tapi serupa macam yang lain lain. kau patutnya jadi hebat seperti kau. seadanya kau. lihat aku. kalau kau tanya aku kimia, aku tak tahu. aku tak hebat dalam kimia. tapi, cuba kau tanya kan aku nama setiap lorong di pekan ini, juga pekan sebelah sana, aku tahu. sebab aku hebat. anak, barangkali kau masih belum sedar. yang kau hebat juga. kau ada hebatnya. cuma mungkin, Tuhan belum mahu tunjuk pada kau yang kau hebat."

beca tua lusuh kuning pudar diberhentikan lagi.

"sekarang. turun engkau pergi ke sana. doa minta, diberkatkan hidup kau, kau kuat iman. doa minta kau jadi sabar, jangan riak. nanti kau akan jadi hebat." arah se-orang tua dengan senyum sikit. tapi manis.


gadis kecil kerut kerut dahi. tak lama. kemudian senyum juga. puas. turun dia dari beca pergi ke surau sana. payung dibiar tinggal di kerusi beca tua. gadis kecil tak perlu payung lagi. sebab hari dah tak hujan.

se-orang tua tidak berbaju hujan dengan beca tua nya pergi.
mahu tumpangkan yang lain.




# ini cerkon yang aku tulis masa umur berapa entah. ini cerkon aku yang paling aku suka. sebab... entah. aku pun tak tahu sebab apa. heh.



[115]

semalam baru aku sedar.

yang jika engkau mengharap tinggi
pada satu orang yang engkau sangat
hormat-kasih-sayang kan,

kau harus bersedia untuk rasa kecewa yang sama tinggi.
sebab kalau tak, engkau akan jadi macam luarnya ada dalamnya tiada.



heh. aku cukup tak suka keadaan ini.
sebab aku lah, orang yang tak bersedia tu.

26.4.12

[114]

salam :)


hari ni birthday bapak tapi hari ni yang masak makan tengah hari tadi pun bapak. bukan aku. ngehehehe. bapak masak kari kepala ikan yang memang superb! wahaha bapak kalau masak benda yang dia suka memang lazat aje. kalah mamak. sorry lah bapak, anak perempuan mu yang umur dah nak penghujung belasan ni masih belum tahu nak menggulai ke mengkari ke. kalau tak memang dah masak kan dah untuk bapak tapi rasa nya still tak boleh lawan lah kari bapak. best je tadi makan berdua dengan bapak. lepas tu bapak pun bagitau lah anak dia ni sikit macam mana nak masak kari nak masak gulai lemak. wuhoo! :D


moga bapak panjang umur sempat lah nak tengok anak dia punya anak. hehe. kalau dapat suami macam bapak best jugak ni.


okay. ni lah bapak saya yang osem dan hensem :)



# ouh dah aku tatau kenapa kawan kawan aku macam pelik bila aku panggil bapak aku bapak. apa kah?

17.4.12

[113]

apa jadi nya pada pelanduk di tengah gajah sama gajah bergaduh?
mati tersepit?

aku. belum lah mati tersepit.

kemungkinan pertama;
aku, boleh jadi pelanduk yang tolong mendamaikan. dan mereka berbaik.

kemungkinan kedua;
aku, boleh jadi juga pencetus pergaduhan yang lagi dasyat. dan aku mati tersepit.


aku lagi suka kemungkinan yang pertama tu.
aku selamat. mereka sejahtera. aman.




ya Tuhan. izinkan aku menjadi pendamai bukan pencetus perang. Amin.

7.4.12

[111]

Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutan kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. [59:21]

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang. [59:22]

Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. [59:23]

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [59:24]



alhamdulillah. jangan pernah kedekut berdoa. sungguh, Dia Maha Mengetahui.


Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu. [57:9]

3.4.12

[110]

A man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.




aku percaya, setiap orang boleh berubah dengan bersebabkan apa apa saja.
kadang kadang sebab tu boleh jadi sangat lah tak relevan.

dan aku, mula berasa hendak berubah, menjadi sesuatu yang lebih baik, dari pandangan Dia, bersebabkan dengan baca Versus, Hlovate yang buat. time tu memang rasa aku hidup selama ni, aku jadi baik selama ni sebenarnya masih belum cukup baik. itu satu.

kemudian tadi, lepas dah baca separuh Contengan Jalanan, ada satu rasa lagi datang. yang perubahan yang aku buat ni, masih belum cukup. banyak lagi rompong nya. masa tak pernah menunggu manusia. dan kenapa aku, manusia yang nak menunggu saja sampai tiba masa yang tepat untuk aku bergerak? macam mana kalau masa yang tepat kononya pada pandangan aku, itulah masa yang aku tak tersempat?

1.4.12

[109]

berhenti mengeluh.
ucap syukur.
dah banyak nikmat Allah bagi kau.
apa lagi yang kau nak?

30.3.12

[108]

aku sangka aku kuat macam kayu.
tapi aku lupa kayu pun boleh reput.
aku pikir aku tahan lasak macam besi.
tapi aku lupa besi pun boleh karat.

bila dibiar makan anai-anai.
bila dibiar letak bawah hujan terik hujan terik.
aku lupa. yang sebenarnya aku ini.





rapuh macam biskut kering.

26.3.12

[107]

aku hilang dia.
sebulan, dua atau hampir enam bulan sudah barangkali.
entah aku tak pernah hitung. aku malas.

aku punya semua.
keluarga, kawan-hujan-ribut-taufan aku.
dan ouh, zon selesa aku.

tapi entah kan kenapa, aku masih mahu dia.
tamak? mungkin. tak reti nak bersyukur? separuh betul.

aku masih mahu kan dia.
ah! ini sudah terlampau lama.
ah! aku sudah terlampau rindu.

ini permintaan aku.
jika Engkau kenan kan ya Tuhan,
pinjamkan dia ke aku kembali.
kerana sungguh.
aku sudah terlampau rindu.


pinjamkan ke aku semula.
segala tulisan tulisan yang aku pernah punya dahulu.
segala kata kata yang aku punya, yang kuatkan aku.
segala butir perkataan, yang aku guna dahulu bila hendak meluah segala isi jiwa.

aku mohon.

3.2.12

[106]

assalamualaikum. hee~~
lama nya gila lah tak menulis. selalu je ada rasa rindu nak menulis macam dulu dulu. tapi selalu lah juga tak kesampaiaan. sebenarnya, skill menulis macam dulu dulu tu dah hilang. pergi mana entah dia pun tak tau. ok dah.

alhamdulillah. dalam masa yang sepi tanpa menulis kat sini, dah banyak dah belajar. insyaAllah lekat lah sampai mati ilmu tu. lekat lekat juga, amal pun kena juga ye dak. hehe. ada benda nak cerita tapi macam tak boleh nak cakap. mungkin sebab tak tahu nak susun ayat yang macam mana kut. ouh aku memang ada masalah susun ayat dari dulu samapi sekarang. heh.

dan ok lagi. last hari tu tulis pasal hati kosong-jiwa tiada-hapus rasa, kan? yep, memang tu pun aku rasa. rasa macam jasad ada tapi dalam semua dah lesap. masa hari tu lah. sekarang Alhamdulillah dah normal balik kut. hahaha. Alhamdulillah juga, Allah bantu. bantu hantarkan sahabat sahabat yang baik. jaga aku ingat kan selalu tentang apa apa yang terlupa. ya, kita manusia memang selalu terlupa kan. masa kosong tu, Allah sedarkan, Allah ketuk hati dan seru, 'jalan dah ada, bila nak mula melangkah?'. maksud, melangkah ke arah Dia. insyaAllah semoga terus kuat.

aku bukan nya orang yang boleh melakukan perubahan secara drastik. tak boleh. sebab nanti aku rasa bosan atau aku akan rasa sangat terkejut. jadi tak boleh. aku orang nya yang suka situasi yang tenang tak kelam kabut. ada baik dan buruk nya, aku tahu. tapi itu aku. aku hendak berubah. kenapa kata hendak? sebab aku yakin, aku belum berubah sepenuhnya lagi. aku perlahan lahan melangkah. nasib aku mungkin baik. sebab aku dikelilingi dengan ramai orang yang turut sama sama berubah. bekas kawan sekolah, kawan universiti. Alhamdulillah. diaorang semua nya yang mengingatkan aku. mengingatkan kat sini bukan maksud macam nasihat menasihati. tak. tapi dengan perwatakan diorang sendiri. bila kau tengok diorang dah lain, dah berubah ke arah jalan Allah. lebih dekat kepada Allah. aku jadi macam,' ah! aku nak juga jadi macam korang.' nak juga rasa bahagia macam diorang semua. serius kut dengan tengok keadaan diorang yang sekarang ni je dah rasa bahagia, apa kan pulak kalau kat tempat diorang kan.

aku suka tengok orang. aku jadi tenang sendiri tengok masing masing dah berubah. nak kata diorang dulu jahat tak lah. tapi mungkin cuma, pergaulan lah agak tak jaga kan. dan sekarang ni bila masing masing dah besar, yang seorang tu dah belajar nak tutup aurat dengan sepenuhnya, maksud pakai baju longgar tudung labuh, aku rasa selamat sangat. aku yang rasa selamat. ini kan pula dia. aku macam, 'mus, dia dah buat, kau bila lagi? nak tunggu Allah seru nyawa kau ke?'.

ya, kita ada sebab sendiri untuk berubah, boleh jadi kerana orang yang dicintai. boleh jadi macam aku, lihat oarang lain. sebab wasiat atau apa apa saja lah. dan mungkin orang akan cakap. "eleh kalau berubah tapi tak ikhlas sebab Allah baik tak payah berubah". ouh aku paling tak suka orang cakap macam tu. bagi aku, kadang kadang kita perlukan keadaan yang memaksa kita untuk wujudkan ikhlas itu sendiri. ok, mungkin pada awal nya, dia tu berubah sebab makwe ke pakwe dia suruh. tak apa. asalkan dia ada hati untuk berubah. dia ada hati untuk jadi yang terbaik. dan dalam tempoh berubah tu, tempoh belajar tu lah akan hadir nya ikhlas tu sendiri. sebab kita belajar. sebab kita cuba dalami ilmu. sebab kita bila makin belajar, makin tak tahu. dan lama lama, insyaAllah, di buka kan pintu hati, biar nampak biar jelas yang segala perubahan yang kita lakukan tu untuk diri kita sendiri. bukan untuk siapa siapa dah. tapi untuk Allah.

dan aku yakin. dalam setip diri manusia dalam sepanjang masa dia dah bernafas, akan terdetik mungkin dalam sesaat, yang dia inginkan perubahan. cuma ada nya kita buat tak tahu je benda tu, adanya kita terus cuba bangun untuk berubah. macam ada aku terbaca satu ayat ni, 'esok memang ada untuk kita, tapi kita belum pasti ada untuk esok'. selagi ada masa, lakukan sesuatu untuk hidup kau. bukan di dunia tapi akhirat. jangan duk nak tunggu datang orang tolong bantu pimpin tangan kau ke arah jalan benar. kau cuba sendiri. kau pimpin sendiri hati kau ke arah jalan betul. apa guna pun kalau ada orang pimpin tapi hati kau tak nak. aku belum baik. belum baik dari pandangan manusia, apatah lagi dari pandangan Allah. ini pun cuma nak mengingatkan diri sendiri.

dan untuk kawan kawan yang aku tengok kau orang tanpa kau orang sedar, terima kasih. sebab dah banyak sangat bantu aku. semoga aku mampu capai kebahagiaan macam kau orang :)

2.1.12

[105]

terima kasih.
kerna telah menjadikan aku
seorang orang yang tidak lagi punyai jiwa.

terima kasih.
kerna membuatkan aku
hilang rasa pada setiap perkara.



terima kasih.
kerana engkau
jiwa aku
sudah mati.